Ianya mungkin persoalan yang “cliché” tetapi isu keputihan ini dialami hampir 75 peratus wanita yang telah berkahwin disebabkan aktiviti seksual. Keputihan merupakan cecair atau lendir daripada faraj wanita. Keputihan yang normal biasanya disebabkan oleh perubahan hormon estrogen. Apabila seseorang wanita hampir dengan tarikh haid, lendir yang terhasil akan lebih likat dan putih.

Secara semulajadi, alat sulit wanita atau lebih dikenali sebagai vagina mempunyai bakteria yang baik. Fungsi utama bakteria yang baik adalah:

  • memberikan “dominasi berangka” – mereka melebihi jumlah bakteria berbahaya lain yang mungkin masuk ke dalam vagina membantu menjaga keseimbangan pH vagina (keasidan vagina) pada tahap yang sama
  • membantu menjaga keseimbangan bakteria yang sihat
  • boleh menghasilkan bacteriocins (secara semulajadi antibiotik) untuk mengurangkan atau membunuh bakteria lain yang memasuki vagina
  • menghasilkan bahan yang berhenti menyerang bakteria yang menempel pada dinding faraj serta menghalang bakteria menyerang tisu yang lain

Jika keseimbangan bakteria terganggu, ini boleh menyebabkan jangkitan dan keradangan. Bakteria yang dipanggil lactobacilli membantu menjaga keseimbangan pH vagina pada tahap rendah normal (kurang daripada pH 4.5), yang juga menghalang pertumbuhan organisma lain.

Jika pH faraj meningkat – ia menjadi kurang berasid – kualiti atau jumlah lactobacilli boleh jatuh dan bakteria lain boleh membiak. Ini boleh menyebabkan jangkitan seperti vaginosis bakteria yang boleh menyebabkan gejala termasuk gatal-gatal, kerengsaan dan mengganggu kesimbangan bakteria baik.

Secara amnya, kesihatan faraj yang baik adalah dengan memastikan wanita mempunyai tahap kesihatan yang baik termasuk senaman dan pemakanan yang sihat. Senaman membantu mengekalkan fungsi faraj serta senaman kegel membantu memastikan lantai pinggul berada dalam keadaan optimum.

Vagina direka untuk menjaga persekitarannya agar bersih dengan bantuan rembesan semula jadi.Faraj adalah tiub otot di dalam tubuh wanita yang bersambung dari serviks (pembukaan rahim) ke pembukaan faraj. Organ seks luar, yang dipanggil vulva, mengelilingi pembukaan faraj. Douche mangalirkan air ke dalam faraj dan membersihkan cecair vagina. Sesetengah wanita menggunakannya untuk “membersihkan” vagina, tetapi menggunakan douche boleh mengganggu bakteria yang baik jadi tidak disyorkan untuk anda menggunakannya.

Kajian tidak menunjukkan bahawa douching melindungi daripada Sexual Transmitted Disease (STI) atau jangkitan vagina malah mungkin meningkatkan risiko untuk mendapat:

  • Jangkitan vagina. Kandungan yang terdapat pada cairan dalam teknik douching ternyata mengganggu keseimbangan bakteria di dalam vagina. Perubahan ini menjadikan bakteria dapat tumbuh dengan subur sehingga menyebabkan jangkitan.
  • Pelvic Inflammatory Disease(PID) atau penyakit radang pelvis. PID boleh menyebabkan jangkitan kepada rahim, saluran fallopian tiub, dan/atau ovari. Kajian menyatakan bahawa wanita yang melakukan teknik douching mempunyai risiko 73 % lebih tinggi untuk mendapatkan PID
  • Komplikasi kehamilan. Wanita yang melakukan teknik douching lebih dari sekali dalam seminggu memiliki risiko yang lebih tinggi sukar hamil. Ada kajian menyatakan bahawa Douching juga dapat meningkatkan risiko kehamilan ektopik (embrio di luar rahim) sebanyak 76%

Oleh itu, untuk menjaga kebersihan vagina lebih baik jika ianya dicuci dengan menggunakan air suam serta lap hingga kering tanpa menggunakan sebarang alat pencuci keintiman wanita.

Gambarajah 1: Tahap pH Vaginal yang normal

Gambarajah 2 menunjukkan graf keseimbangan bakteria baik dan yang lain

Gambarajah 3 menunjukkan kedudukan bakteria di dalam faraj

 

Dr Salini Suhaila Nasir

Perunding Sakit Puan dan Pakar Reproduktif

Jangan Lupa Komen: