Pelakon kacak yang sedang meningkat naik, Ben Amir mengakui sedang menjalin hubungan istimewa dengan Uqasha Senrose. Sikap Uqasha yang jujur dan telus membuatkan Ben senang mendekatinya. ” Dia menjadi dirinya sendiri , tidak dibuat-buat. Ini salah satu ciri yang membuatkan Ben selesa berkawan dengan Uqasha. Kami jadi rapatpun sebab Uqasha sering menemani adiknya, Nelydia Senrose yang merupakan pelakon utama telenovela Cinta Tiada Ganti ke lokasi penggambaran dan sejak itulah kami semakin mesra dan rapat,”tambahnya.

Ben sempat berkongsi perihal jodoh dan perkahwinan bersama Pesona Pengantin.

 

Pengertian jodoh buat anda. 

Bagi Ben jodoh membawa maksud satu perkara yang kita tidak boleh kawal. Kadang-kadang apa yang kita mahu kita tidak dapat sebaliknya apa yang kita tidak mahu itu yang kita dapat.

Apakah sedang dalam fasa bercinta?

Ben tidak mahu terus menerus bercinta. Kena slowly kenal dan sekarang memang dalam proses mengenali Uqasha dan setakat ini semuanya berjalan dengan lancar. Kami masih di peringkat  mengenal hati budi masing-masing.

IKLAN

Ciri-ciri wanita yang disukai?

Yang penting sekali bagi Ben dia sangat memahami kerjaya Ben sebagai pelakon dan public figure. Selain itu mempunyai sifat penyayang dan saling hormat menghormati . Itu sangat penting dalam hubungan.

Adakah mencari pasangan di kalangan artis?

Sebenarnya tidak pernah terfikir pun nak ada pasangan dalam industri yang sama. Sebab Ben masuk dalam industri ini seratus peratus fokus terhadap kerja , tidak terfikir nak bercinta. Tetapi seperti yang Ben cakap jodoh itu datang dengan sendiri. Seperti perkenalan dengan Uqasha ini pun tidak rancang, maksudnya bila kita jumpa kita sembang timbul rasa selesa dan ada chemistry.

IKLAN

Sasaran usia untuk berkahwin?

Sekarang usia Ben 28 tahun.  Ramai orang kata umur itu sudah sesuai untuk mendirikan rumah tangga. Insyallah jika tidak halangan . Sasaran Ben dalam usia 30 tahun untuk akhiri zaman bujang. Zaman sekarang lelaki, usia 30 masih muda lagi dan baru nak mula kehidupan sebagai lelaki. Bagi Ben usia tersebut sesuai untuk move forward dalam kehidupan.

Majlis perkahwinan yang bagaimana impian anda?

Saya mahukan majlis yang sangat simple, private seperti beach wedding. Mungkin semasa akad nikah , very personal tetapi kita akan juga buat majlis untuk peminat dan media. Bagi Ben itu yang sangat penting sebenarnya. Nak nikah bukan nak grand, nak tunjuk pada orang yang kita buat. Bagi Ben cukup syarat dan agama lebih diutamakan.

IKLAN

Tema warna

Kalau beach wedding lebih kasual dan bertema putih. Ben suka tengok majlis perkahwinan Yuna dalam hutan. Elemen garden simple yet elegan juga jadi tarikan.

Apa pendapat anda jika wang hantaran yang tinggi?

Tentang wang hantaran sebaiknya kedua pihak perlu ada toleransi dan faham antara satu sama lain . Tidak kisah nak beri berapa banyak, tetapi masih dalam lingkungan yang diterima oleh akal. Janganlah sampai melampau. Perkahwinan ia bukan sesuatu yang sekejap, ia bersifat selamanya. Kehidupan selepas berkahwin itu adalah lebih penting.

Perceraian berlaku kerana….

Kerana masalah kewangan dan kepercayaan telah dikhianati, alasan ini sangat biasa didengari. Lelaki perlu bertanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan rumah tangga. Tidak boleh mengharapkan isteri. Lelaki ada tanggungjawab, dia harus bekerja keras dan melengkapi keperluan keluarga. Pengalaman ini telah saya lalui dan tidak mahu ia berulang kembali.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI