Kulit wajah merupakan bahagian yang selalu dititikberatkan oleh semua baik lelaki mahupun perempuan. Jadi tidak hairanlah ramai yang sanggup berhabis wang ringgit terutamanya wanita bagi mendapatkan kulit yang sihat dan bebas cela.

Namun, masalah jerawat seringkali menghantui. Ditambah dengan jeragat atau tompokan di bahagian wajah, pasti bertambah stress. Sebenarnya ada petua mudah yang boleh digunakan oleh anda untuk menghilangkan masalah ini.

Perkongsian oleh Zilla Janis yang tular di laman sosial facebook ini boleh dijadikan panduan. Hanya menggunakan cuka apple, dalam tempoh seminggu sahaja tompok hitam di mukanya makin pudar.

Jom kita ikuti perkongsian gadis ini seperti di bawah. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba !

Tak sangka cuka apel ni bagus untuk hilangkan jeragat!

Bukan tu ja. Tompok hitam kat muke pon boleh pudar.Dah seminggu zilla cube dap dap cuka epal ni kat muke. Alhamdulillah menjadi. Tompok hitam kat muke pudar. Senang je nak buat. Serius senang.

  • 1sudu cuka epal.
  • 1sudu air suam.
  • Kapas.

Campurkan 1 sudu cuke epal dan 1 sudu air suam dalam mangkuk. Gaul sebati. Ambik kapas. Rendam sikit kat dalam cuke epal tadi. Pastu dap dap kat seluruh muke. Pastikan muke korang bersih ye.

Untuk lebih jelas, jom tengok gambar di bawah ini.

Celop kapas dalam air suam sikit, sebab nanti nak dap dap kat muke uolss kan.

Bagusnye cuke epal ni untuk jeragat sebab cuke epal ni bersifat antiseptik tau untuk menyingkirkan bakteria dari jeragat dan menyucikan kulit. Lepas 3 ke 4minit lepastu boleh cuci muke dengan air suam. Amalkan hehari. Untuk kesan yang lebih cepat. Makin hari jeragat pudar. Hati pon riang ria.

Jangan Lupa Komen: