Menguruskan majlis kahwin pastinya membuatkan anda kurang rehat dan tidak cukup tidur. Kesannya lingkaran gelap di bawah mata atau mata panda mula kelihatan sehinggakan menjejaskan penampilan di hari bahagia. Atasinya dengan lima petua mudah ini.

  1. HIRISAN KENTANG

Kentang sememangnya memberi banyak manfaat untuk kecantikan terutamanya bagi mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata. Anda hanya perlu hiris kentang secara nipis dan sejukkan ia seketika di dalam peti sejuk. Setelah itu keluarkan dan tempek hirisan tersebut pada mata anda. Lakukan secara konsisten sehingga kesan hitam itu berkurangan.

Elak Mata Panda Di Hari Bahagia Dengan Petua Mudah Ini

  1. HIRISAN TIMUN

Timun kaya dengan kandungan air di mana ia membantu menghidratkan bahagian mata. Ia juga mempunyai vitamin K yang berfungsi untuk mengurangkan sebarang keradangan atau perubahan warna. Atasi mata panda dengan menggunakan hirisan timun. Biarkan beberapa minit sebelum menggunakan hirisan tersebut pada bahagian mata.

IKLAN
  1. MASKER KUNYIT

Kunyit merupakan salah satu rempah-ratus yang banyak kegunaannya. Ia mengandungi bahan kurkumin yang aktif dan boleh menjadi ejen anti-radang yang kuat, mengurangkan bengkak dan mencerahkan warna yang pudar. Untuk membuat masker ini, kisar kunyit bersama nanas hingga halus. Sapukan masker ini pada lingkaran gelap di bawah mata. Pastikan anda berhati-hati ketika menyapu masker ini agar ia tidak terkena mata. Selepas 10 minit, bersihkan masker tersebut dengan tuala hangat. Air nanas berfungsi untuk mencerahkan kulit kerana ia kaya dengan vitamin C.

Elak Mata Panda Di Hari Bahagia Dengan Petua Mudah Ini

 

IKLAN
  1. DAUN PARSLI

Daun parsli kaya dengan vitamin C dan K di mana ia dapat membantu mencerahkan kulit dan mengurangkan bengkak di bawah mata. Tumbuk daun parsli sehingga halus bersama sedikit air agar ia menjadi seperti pes. Tekapkan campuran ini pada kapas muka atau span solekan sebelum meletakkannya di bahagian mata yang bermasalah. Selain itu, anda juga boleh masukkan campuran daun pasli ini ke dalam bekas ais batu dan biarkan ia membeku. Setelah keras, keluarkan satu kiub dan oleskan pada bahagian yang gelap tadi.

Elak Mata Panda Di Hari Bahagia Dengan Petua Mudah Ini

IKLAN

 

  1. UNCANG TEH

Teh bukan sahaja enak dijadikan minuman, malah ia juga berfungsi untuk mengecutkan saluran darah dan mencerahkan lingkaran gelap di bawah mata. Selepas anda selesai minum air teh, jangan membuang uncang teh tersebut. Ia boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan gelap di bawah mata. Caranya, anda simpan uncang teh itu di dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 20 minit sebelum menampalkannya pada mata anda.

Elak Mata Panda Di Hari Bahagia Dengan Petua Mudah Ini

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI