Sesungguhnya, semua manusia akan diberikan ujian mahupun musibah cuma caranya berbeza mengikut kemampuan masing-masing. Sebagai seorang hamba-Nya, siapalah kita untuk menafikan takdirnya. Apa yang pasti, manusia telah diajar supaya menerima qada dan qadar kerana di setiap ujian pasti ada sesuatu yang baik bakal menanti. Begitulah yang dialami oleh Syahrain Azri yang telah kehilangan isteri kesayangannya walaupun baru 3 bulan berkahwin.