Kadang kala, lelaki bila nampak wanita bekerja mesti ingat high maintanance atau mungkin demand terlebih – lebih. Padahal kita tak tahu realitinya mungkin ada sesetengah daripada mereka yang bersifat terbuka berkenaan pemilihan teman hidup. Baca perkongsian yang dikongsikan wanita ini kepada Pesona Pengantin.

Lelaki, Jangan Takut Approach Wanita Walaupun Rasa Tak Layak & Rendah Diri
Gambar Sekadar Hiasan

Assalamualaikum Pesona Pengantin,

Ada luahan yang saya nak kongsikan bersama..

Saya seorang wanita yang alhamdulillah dilahirkan dari keluarga yang agak berada. Pendek kata cukup-cukup semuanya rezeki yang Allah bagi buat saya dan adik beradik.

Saya adik bongsu dan sekarang ni sambung belajar di luar negara, adik beradik saya pun yang lain pun alhamdulillah boleh dikatakan berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan. Jujur saya bukan nak banggakan diri, tapi nak kongsi apa mungkin orang di luar sana tak faham terutamanya dari kaum adam.

Bila saya dan adik beradik dah kerja ataupun belajar dari luar negara, maka banyak yang kami jumpa mereka yang senasib dengan kami, iaitu tiada jodoh lagi atau lambat jodoh.

Saya tahun ni dah 28 tahun dan memang tiada siapa lagi mengisi hati, adik beradik saya yang lain dah 30tahun ke atas, sahabat-sahabat kami pun umur sebaya.

IKLAN

Kami cuba mencari punca.. (bukan menolak takdir Allah, tapi kami cuba tengok dari segi usaha itu) dan kami sedar sebenarnya ramai je lelaki yang sama belajar tinggi atau bekerjaya elok, tapi mereka takut untuk mendekati kami kaum hawa dengan alasan “keluarga mereka berada”, ” mereka tu belajar tinggi-tinggi”, atau siapa lah kami kalau nak dibandingkan dengan mereka..?”.

Tapi tahu lah anda, saya, adik beradik mahupun sahabat-sahabat kami kebanyakkan tak pernah bercinta atau merasa dicintai. Yang banyak berani mendekati kami ni golongan lelaki/bapa orang yang memang sah-sah lah kami taknak.

Bila ditanya pasal hal ini pada kawan-kawan lelaki kami untuk kami singkap dari perspektif mereka, mereka jawab sebagai lelaki bujang, mereka tahu tanggungjawab jadi suami sangat besar, apatah lagi kalau kaum hawa tu dari latar belakang keluarga yang agak berada.

Jadi mereka risau kalau kahwin nanti tak sampai “up to standard” perempuan tu, dan mereka kata “kaum hawa dari keluarga biasa-biasa atau belajar setakat diploma ni senang nak dijaga”, dan bagi lelaki ‘perasan’ bujang pula, mereka berani mendekati kerana ego! Iye lah, “aku ni dah ada bini, tapi perempuan bujang kerja doctor graduate overseas (contoh) boleh sangkut dengan aku.” dengan bangga kembang hidung mendabik dada pada ahli-ahli Persatuan Suami Perasan Bujang yang lain..

IKLAN

Apa yang saya nak sampaikan ini, wahai lelaki bujang luar sana. Kami tak pandang pun latar belakang keluargamu, asalkan kamu boleh bertanggungjawab sebagai suami. Asalkan kamu sanggup untuk belajar dan majukan diri.

Kami tak kisah pun kamu belajar kos yang kamu kata, “ala.. kos biasa-biasa je, bukannya engineering/perubatan/law macam awak”, asalkan kamu itu sanggup bertanggungjawab jadi suami dan bakal bapa.

Tolong lah berani mendekati kaum hawa macam kami ni. Percayalah, kami memang takdenye nak wedding gah hantaran RM50K tu. Kalau nak tahu mereka yang nak wedding gah mahal-mahal tu kebanyakkan yang “acah-acah” je.. Cuba lah tengok kes-kes yang viral mengenai hantaran mahal-mahal sebelum-sebelum ni..

IKLAN

Banyak dah kes sebenarnya kawan-kawan saya ‘direject’ keluarga lelaki mahupun dengan lelaki itu sendiri dengan alasan “dia tu family berada, tak layak dengan kau.. tanggungjawab besar.. boleh ke nanti kau masuk dengan keluarga dia?”, malah saya sendiri pernah mengalami pristiwa sebegini kerana lelaki itu dihasut oleh teman-temannya yang saya ini susah untuk dijaga kerana sudah terbiasa makan di “TGI Friday/Sushi King dan sama waktu dengannya, kerana hari-hari saya akan demand makan di tempat tersebut”, memang saya suka makan sana sekali sekala.

Tapi percaya lah saya lebih suka makan nasi panas berlaukkan kari ikan dengan sambal belacan ulam.. kalau ada ikan kering lagi hulamaakk.. kadang hingga saya dan kakak-kakak tercakap, “kalau lah kami tidak dilahirkan dari keluarga ini”, bukan tak bersyukur, tapi kami rasa sedih bila umur dah makin injak tapi belum bertemu sesiapa lagi.

Tipulah kalau kami taknak rasa pengalaman berkahwin, merasa mengandung dan lahirkan zuriat suami. Pelbagai kata perlian kami dapat kerana dikatakan “memilih dan cerewet sangat”, mana tak nya kami memilih kalau lelaki yang datang adalah suami orang? Kami ni kaum hawa, bila umur meningkat ni sangat risaukan tahap kesihatan kami untuk dapatkan anak nanti kerana faktor risiko.

Jadi pesanan saya, kaum adam.. tolong jangan takut ye untuk approach kaum hawa walaupun anda rasa macam tak layak… hakikatnya kami sama je.. mudah didekati.. tak cerewet pun.. Be confident dan InsyaAllah dipermudahkan..

Sekian,

Gadis Andartu

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI