pic-pinterest

Wanita, hatinya setipis kulit bawang. Diciptakan dengan penuh kelembutan, kasih sayang  dan mudah mengalirkan air mata jika ada perkara yang memilukan terjadi padanya. Mereka juga mudah sekali mengambil keputusan singkat kerana terdorong dengan sifat emosinya yang ditonjolkan. Umumnya wanita lebih suka menangis kala diri dalam keadaan tertekan.

Wanita cenderung menggunakan perasaannya ketika menyelesaikan masalah yang dihadapinya, Berbeza keadaan dengan lelaki yang banyak menggunakan logik pada setiap masalah yang dihadapinya. Walau sekuat mana hati wanita, kebanyakan wanita tetap akan menitiskan air mata kerana tidak tertanggung oleh perasaan. Lelaki perlu tahu dan prihatin dalam menjaga hati wanita .

Kenapa wanita menangis?

Faktor Hormon

Ketika Pra menstruasi atau PMS, wanita  sering bersikap yang tidak biasanya, seperti sering marah-marah, sukar mengatur emosi dan sangat sensitif dengan hal-hal yang boleh menyinggung perasaan. Maka  wanita yang sedang mengalami pra menstruasi kadang kala tidak mampu mengawal tingkat emosinya dan seketika meledak dan membuat lelaki bingung menghadapi sikap tersebut.

Menarik simpati
Rasa bersalah atau malu sering kali diungkapkan oleh wanita dengan menangis, hal ini dilakukan semata-mata untuk menarik rasa simpati dan usaha untuk menutupi kesalahan dari lelaki agar tidak marah atau kecewa dengan dirinya. Memang hal ini boleh dikatakan tidak mencerminkan sikap kedewasaan di depan lelaki, namun sebahagian wanita menganggap cara ini cukup efektif untuk mendapatkan maaf atau sekadar menunjukkan rasa ingin dimanja.

IKLAN

Perasaan Emosi
Banyak faktor yang menyebabkan wanita merasa emosi seperti kecewa, sakit hati atau masalah lainnya yang melibatkan perasaan. Ketika perasaan emosi wanita sedang memuncak dan tidak menemukan tempat untuk mencurahkan isi hatinya, biasanya menangis menjadi solusi yang dipilih untuk melepaskan rasa sesak pada perasaannya.

Kehilangan

Ketika wanita merasa kehilangan sesuatu dalam dirinya mahupun dalam hidupnya mereka akan menangis. Hal ini tidak lepas daripada sifat wanita yang selalu menjaga apa pun yang dimilikinya. Wanita yang tegar akan menerima dengan ikhlas namun di sebalik keikhlasan itu kemudian dia menangis kadang-kadang tidak ada orang lain yang melihatnya. Sebahagian lagi ketika merasa kehilangan sesuatu, mereka akan meluahkan perasaannya dengan tangisan.

Dibohongi

IKLAN

Pada ketika wanita merasa dirinya telah dibohongi perasaan kecewa dan sedihlah yang timbul. Pada ketika situasi seperti ini wanita cenderung diam dan menyesali keadaan kenapa sampai dibohongi. Akhirnya kadangkala tanpa disedari dalam lamunannya wanita mengeluarkan air matanya.

Dilupakan

Wanita selalu ingin diperhatikan oleh pasangannya seperti mengingati tarikh ulang tahun contohnya. Ketika pasangannya lupa hari ulang tahunnya maka reaksi yang timbul ialah rasa kecewa dan sedih yang berhujung dengan air mata yang keluar. Wanita selalu ingin dikenang dan tidak mahu dilupakan, maka ketika dia dilupakan wanita jadi sedih dan menangis.

Terharu

IKLAN

Perasaan ini muncul ketika wanita melihat mahupun mendengar hal-hal yang menyentuh perasaan. Kadang perasaan sedih namun hal-hal yang membahagiakan pun mampu membuat wanita terharu. Ketika wanita merasakan sesuatu yang menyentuh perasaannya dan merasa terharu biasanya mereka menangis. Hanya ketika wanita terharu mereka menangis menitiskan air mata tanpa mengeluarkan suara.

Marah

Ketika  marah, wanita  berteriak atau berkata kasar sampai menangis. Keadaan itu kadang kala membuat orang di sekitarnya dan terutama pasangannya ikut terkena akibat dari amarahnya. Jika sudah dalam situasi demikian, biasanya wanita ingin sekali diperhatikan, didampingi dan didengarkan keluhannya oleh orang yang disayangi. Dengan cara itulah yang boleh menurunkan rasa marahnya kerana wanita merasa memiliki kekuatan dari orang-orang yang boleh mengerti situasinya.

Terkenang Sesuatu
Teringat kenangan masa silam sama ada yang menyenangkan atau menyedihkan tentunya pernah dialami setiap orang. Reaksinya juga berbeza-beza jika mengingat kenangan tersebut. Khususnya bagi wanita, jika teringat kenangan manis, biasanya dia akan tersenyum sambil mencuba kembali ke masa itu, tetapi jika teringat hal yang menyedihkan sikapnya pun boleh berubah secara tidak terduga, entah itu marah atau sedih, bergantung daripada situasi pada ketika itu.

Wanita boleh menitiskan air matanya atas beberapa alasan ini. Maka lelaki jagalah hati wanita agar  tidak mudah tersentuh.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI