Bila dah start kahwin ni, anak pula menjadi persoalan orang ramai, bila agaknya nak dapat anak ni…Mungkin dengan 5 petua ini membantu ramai pengantin baru sekiranya anda bersedia untuk digelar ibu dan ayah.

Lepas Kahwin, Tiba Masa Nak Anak Pula, Ini 5 Petua Kalau Betul-Betul Dah Bersedia Nak Hamil

Mengambil langkah awal prakonsepsi

Bagi menjamin kehamilan yang sihat, anda perlu berada dalam kondisi kesihatan yang baik. Berhubunglah dengan doktor untuk mengetahui keadaan kesihatan anda serta mula mengambil vitamin pranatal yang mengandungi folat, demi mengurangkan risiko bayi anda mengalami spina bifida atau kecacatan tiub saraf yang tidak terbentuk sempurna ketika dalam kandungan.

Kecacatan tiub saraf selalunya berlaku pada minggu ke-3 hingga ke-4 kehamilan dimana kebanyakan wanita masih tidak menyedari bahawa mereka sedang mengandung. Walau bagaimanapun, risiko kecacatan tiub saraf ini boleh dikurangkan sekiranya pengambilan 400mcg asid folik seawal merancang kehamilan dan terus mengambilnya semasa awal kehamilan.

Lepas Kahwin, Tiba Masa Nak Anak Pula, Ini 5 Petua Kalau Betul-Betul Dah Bersedia Nak Hamil

IKLAN

Mengadakan hubungan intim pada waktu yang tepat

Sangat penting untuk anda mengetahui kitaran haid anda. Kebanyakan pasangan masih tidak berpeluang hamil meski kerap melakukan hubungan intim. Ini kerana waktu paling sesuai untuk melakukannya adalah kira-kira tiga hari proses ovulasi sedang berlaku.

Peka dengan petanda-petanda ovulasi ini sebenarnya sangat membantu. Antara petanda yang perlu anda ambil tahu adalah perubahan mukus pada serviks anda. Mukus ini akan berubah menjadi nipis dan licin ketika tempoh anda paling subur. Sesetengah wanita pula akan berasa sedikit pedih sekitar kawasan tersebut.

Lepas Kahwin, Tiba Masa Nak Anak Pula, Ini 5 Petua Kalau Betul-Betul Dah Bersedia Nak Hamil

Mengamalkan gaya hidup sihat

Anda perlu makan makanan yang bernutrisi tinggi, mengekalkan berat badan yang sihat, bersenam dengan kerap dan buang tabiat yang tidak sihat seperti merokok, minum alkohol atau menggunakan dadah apabila anda mengambil keputusan untuk hamil. Selain itu, hadkan pengambilan kafein kepada hanya 200 mg dalam sehari. Pengambilan kafein yang melebihi had akan mengundang kepada masalah kesuburan.

IKLAN

Ini semua juga perlu dilakukan oleh pasangan anda. Mereka juga perlu membuang tabiat merokok, minum alkohol atau mengambil dadah yang boleh menjejaskan kuantiti dan kualiti sperma.

Berhenti menggunakan kontraseptif seawal mungkin

Kebanyakan para ibu lupa untuk berhenti menggunakan kontraseptif  atau pil perancang keluarga sekurang-kurangnya sebulan sebelum hari ovulasi berlaku.

Kajian menunjukkan bahawa ada kaedah perancangan keluarga yang akan menyebabkan kesan sampingan ke atas  kesuburan, walaupun anda telah berhenti menggunakannya. Ini mungkin akan mengambil masa beberapa bulan untuk hormon dan kitaran haid anda menjadi normal semula.

IKLAN

Memilih untuk mempunyai anak merupakan keputusan yang perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Mungkin terdapat banyak petua untuk mempercepatkan kehamilan, namun tidak semua adalah tepat. Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, berbincanglah dengan doktor anda untuk mendapatkan bantuan.

Lepas Kahwin, Tiba Masa Nak Anak Pula, Ini 5 Petua Kalau Betul-Betul Dah Bersedia Nak Hamil

Amalkan pengambilan asid folik dalam diet harian anda

Bagi wanita yang merancang untuk kehamilan dan yang sedang mengandung, kebanyakkan mereka akan mengambil asid folik sebagai langkah perlindungan untuk kesihatan bayi dan juga untuk membantu pembentukan sel-sel darah merah. Secara amnya, 85 dalam 100 wanita di Malaysia tidak mempunyai kandungan folat yang mencukupi di dalam ujian darah mereka.

Dos yang diperlukan untuk mencegah kecacatan tiub saraf hanyalah 400 mikrogram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskan pengambilan suplemen asid folik ini sekurang-kurangnya pada 3 bulan pertama kehamilan.

 

Artikel ini dibawakan oleh Appeton Essentials Folic Acid

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI