Wahai wanita, berhati-hatilah dengan lelaki sweet talker. Kenapa? Kerana dia mungkin tidak serius dengan setiap ayat mereka. Ada sesetengah wanita mudah terpedaya kerana bagi mereka, lelaki itu berjaya membuatkannya bahagia.

Apabila lelaki sweet talker mengeluarkan tujuh ayat ini, wanita harus waspada. Anda mungkin ingat dia bersungguh-sungguh namun sebaliknya ada maksud lain yang ingin disampaikannya. Bagi mengelakkan anda tersalah faham, perlu wanita beri penekanan dengan tujuh ayat ini.

Wanita Perlu Jaga-Jaga Bila Lelaki Sweet Talker Ucap Ayat-Ayat Ini

Katanya: “Awak memang seorang kawan yang baik!”

Maksud: Anda janganlah menaruh harapan yang tinggi kerana peluang untuk menjadi seseorang yang istimewa buat si dia adalah sangat tipis. Dia hanya menganggap anda sebagai temannya dan tak lebih dari itu. Tapi, jangalah pula anda bermasam muka dengannya ye!

Katanya: “Jom jumpa! Saya jumpa awak dekat sana terus ye.”

IKLAN

Maksud: Tidak kira sama ada menerusi telefon ataupun sms, dia tidak bersungguh-sungguh ingin berjumpa anda malah mengambil jalan mudah untuk berjumpa anda. Tidak bersifat gentleman. Barangkali dia kurang berminat dengan anda dan menganggap anda sebagai teman biasanya sahaja.

Katanya: “Semalam keluarga saya ada tanya pasal awak.”

Maksud: Dia serius dengan anda. Lelaki yang memperkenalkan teman istimewanya kepada keluarga biasanya mereka betul-betul serius dalam perhubungan.

IKLAN

Katanya: “Jom hang-out sama-sama.”

Maksud: Si dia mungkin tertarik dengan anda dan mahu meluangkan masanya dengan orang yang telah mencuri hatinya itu. Ini juga salah satu cara dia mendekati diri anda. Bak kata orang, menyelam sambil minum air!

Katanya: “Kenapa baru sekarang kita kenal? Kenapa tak dari dulu?”

IKLAN

Maksud: Wah! Nampaknya si dia betul-betul jatuh cinta dengan anda. Mungkin si dia mengagumi diri anda dan mahu mengenali anda dengan lebih mendalam.

Katanya: “Setakat nak jumpa kawan je pun. Buat apa nak pakai lawa-lawa?”

Maksud: Si dia cemburu kerana ada orang lain dapat melihat kecantikan anda. Si dia takut anda dikacau atau digoda oleh orang lain.

Katanya: “Saya perlukan ruang.”

Maksud: Ini ayat yang paling digeruni oleh setiap pasangan! Ayat ini bermaksud anda terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada hubungan anda. Si dia benar-benar mahukan ruangnya sendiri dan tidak mahu diganggu oleh anda. Dia benar-benar sudah bosan dan tidak mahu meneruskan hubungan dengan anda.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI