Bertuahnya menjadi Haas Ja’afar. Walaupun ada halangan kecil sebelum bergelar isteri kepada jejaka kacak dari Rusia, Yaroslav Popov, Haas bahagia kerana sebelum berkahwin dia diterima dengan baik keluarga mentua dan disayangi seperti anak sendiri.

 

Untungnya HAAS JAAFAR. Walau Beza Agama, Disayang MENTUA Macam Anak Sendiri!
Instagram: @haasjaafar
Untungnya HAAS JAAFAR. Walau Beza Agama, Disayang MENTUA Macam Anak Sendiri!
Instagram: @haasjaafar

 

Dalam temubual eksklusif bersama pasangan ini, Haas akui sewaktu awal perkenalan dengan keluarga masing-masing, ada halangan sedikit kerana adanya perbezaan agama, budaya dan bangsa. Namun, dari hasil perbincangan kedua-dua belah pihak, semuanya berjalan dengan lancar.

 

“Berkahwin campur ni memang akan timbul halangan tetapi komunikasi dan perbincangan bersama ahli keluarga terutamanya mak dan ayah adalah sangat penting. Bila dah berbincang elok-elok, baharulah kami mencapai kata sepakat.”

 

Jodoh kan perancangan Allah. Sebagai manusia, kita berusaha untuk mencari pasangan hidup dengan niat berkahwin kerana Allah Taala. Siapa jodoh kita tak ada siapa pun tahu. Bercakap soal jodoh, ada yang bertemu pasangan hidup dari latar agama dan bangsa berbeza.

 

Tak salah pun kahwin campur malah ia digalakkan kerana membawa kepada banyak kebaikan. Sebagai insan yang lahir sebagai Muslim, lakukanlah dan ajarkanlah pasangan anda ilmu agama secukupnya agar dapat menjalani kehidupan sebagai pasangan Muslim dalam ajaran Islam.

 

IKLAN

Hasil perkongsian hidup pemilik dan pengasas Eva Health Beauty, Petik Bunga Langkawi dan La Parte Decorator bersama Yaroslav Popov, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Eva Elizaveta Popova dan Leon Luth Popova.

 

KEBAIKAN KAHWIN CAMPUR

 

Harmoni

Tidak dinafikan perkahwinan campur di Malaysia dapat mengeratkan keharmonian kaum lebih-lebih lagi di Malaysia. Bukan setakat kaum di Malaysia, hubungan sesama insan boleh dieratkan lagi dengan pasangan dari luar negara. Asalkan mereka boleh menerima agama kita dengan hati terbuka, apa salahnya!

 

Genetik yang baik

IKLAN

Soal genetik juga menjadi antara sebab utama ramai yang memilih untuk kahwin campur. Anak hasil daripada perkahwinan campur juga mempunyai wajah eksotik dan menarik.

 

Mengenali budaya

Melalui perkahwinan dengan pasangan yang datang dari budaya berbeza, secara tidak langsung kita boleh melihat budaya lain dari perspektif berbeza. Dalam masa sama, kita akan lebih terbuka dan menghormati budaya orang lain.

 

Berfikiran terbuka

IKLAN

Siapa kata budaya dan bangsa lain tidak dapat menerima budaya kita? Ramai sebenarnya yang bersikap terbuka untuk mempelajari dan mengenali budaya kita dengan lebih baik. kita juga perlulah ada perasaan sama agar kita tidak terlalu hidup di dalam kepompong.

 

Belajar bahasa asing

Jangan terkejut apabila anda melihat anak kecil lagi sudah pandai belajar pelbagai bahasa. Perbezaan budaya dan bahasa ini membuatkan anak hasil dari perkahwinan campur lebih bijak dan universal. Asalkan masih mengikut ajaran agama Islam, pun dah bagus!

 

Nak lagi seronok, jom tonton video ni dan anda dapat bayangkan sendiri kebaikan dari perkahwinan campur! Klik je SINI.

 

Untungnya HAAS JAAFAR. Walau Beza Agama, Disayang MENTUA Macam Anak Sendiri!
Instagram: @haasjaafar
Untungnya HAAS JAAFAR. Walau Beza Agama, Disayang MENTUA Macam Anak Sendiri!
Instagram: @haasjaafar

 

Kredit foto: Instagram Haas Ja’afar

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI