Dalam hubungan suami isteri, perkara yang menyempurnakan dan mengeratkan kehidupan dalam rumah tangga ialah melakukan hubungan ‘suami isteri’ yang menjadi salah satu aktiviti kemestian. Bukan setakat memperoleh zuriat, melakukan hubungan intim dapat memperkuatkan cinta antara keduanya.

Sumber womenshealthmag.com, ketika melakukan hubungan intim juga perlu dalam suasana selesa,penuh semangat dan cinta. Ini agar hubungan yang dilakukan mencapai klimaks dengan baik. Juga, agar kedua pasangan dapat merasakan kenikmatan yang sama-sama membuat mereka puas serta bahagia.

Agar hubungan ‘suami isteri’ memberi mood agar mencapai kepuasan dengan baik anda boleh lakukan beberapa hal kecil dan manis bersama pasangan.

 

Sentiasa memberi senyuman

Bila anda memberikan senyuman, ia bahasa tubuh yang memberi makna anda bersedia dan selesa dengan pasangan. Dengan tersenyum ia boleh meningkatkan kebersamaan semasa bersama pasangan. Sesekali tersenyum pada pasangan ketika melakukan hubungan ‘suami isteri’ akan membuat pasangan semakin merasa teransang. Ini juga boleh membuat perasaan bahagia,selesa dan tenang sepanjang berhubungan ‘suami isteri’.

Mengeluarkan suara halus

Dengan mengeluarkan suara-suara halus yang menyenangkan sepanjang melakukan hubungan bersama, ini akan membuat pasangan semakin terangsang. Ini juga boleh membuat pasangan semakin menikmati hubungan yang mereka lakukan. Bila mengeluarkan suara halus adalah perkara manis yang boleh meningkatkan ghairah dan membuat hubungan tersebut semakin hot.

Membuka mata

Sesekali membuka mata dan menatap mata pasangan dengan penuh cinta akan membuat pasangan semakin bahagia, timbul rasa ghairah juga bersemangat selama melakukan hubungan intim. Mary Kay Cocharo, seorang pakar cinta dan  California mengungkapkan jika saling menatap mata pada jarak yang dekat akan meningkatkan keselesaan, memberi reaksi positif pada otak dan membangkitkan rasa ghairah hubungan ‘suami isteri’ semakin meningkat.

Memegang dengan erat

Mencengkam dan memegang erat tangan pasangan akan membuat pasangan semakin rasa ghairah. Ini juga akan membuat hubungan yang dilakukan semakin intim, memberi kesan yang mendalam dan klimaks. Selain memegang dengan erat, penting juga untuk saling bersentuhan dengan lembut, manis dan penuh cinta.

Membisikkan kata cinta

Sesekali membisikkan kata cinta pada pasangan akan membuatnya merasa dihargai. Ia juga akan membuatnya merasa sangat bererti. Ketika perasaan ini muncul di hati dan fikirannya, secara tidak langsung ia akan membuat cintanya terus bertambah dan dia pun akan melakukan yang terbaik. Hubungan ‘suami isteri’ yang semakin hot, manis dan mencapai kepuasan dengan baik akan sentiasa tercapai.

Itulah beberapa perkara manis yang boleh dilakukan sepanjang melakukan hubungan intim dengan suami. Selain hal di atas, hal lain penting juga dilakukan demi tercapainya hubungan ‘suami isteri’ yang berkesan iaitu suasana bilik yang tenang dan romantis, bersih, jauh dari gadget, privacy dan wangi.

 

 

Jangan Lupa Komen: