Memang benar waktu di awal perkahwinan merupakan fasa yang paling mencabar. Ketika ini, anda dan pasangan yang masih di peringkat baharu dalam alam rumah tangga pasti akan diduga dengan pelbagai ujian. Ada pasangan yang tidak mahu menyusahkan keluarga malah sanggup harungi susah senang sendiri bersama pasangan.

Wanita bernama Syifaa Nur berkongsi pengalaman susah senangnya bersama pasangan di awal perkahwinan mereka yang sewajarnya dijadikan iktibar buat bakal pengantin. Kepayahan yang ditempuhi mereka nyata memberi 1001 pengalaman dan nikmat yang cukup berharga, selain mematangkan mereka dalam menempuh onak duri sebagai pasangan suami isteri.

— RUMAH LAMA —-

Bila masuk je rumah ini perasaan sedih. Semua cerita lama bangkit.
Kau bayangkan dua tahun lepas aku baru lepas bersalin, aku dan suami kena cari rumah sendiri, berdikari sendiri. Suami diberhentikan kerja, aku tak kerja. Duit masing-masing tak ada. Deposit rumah kena bayar. Pinjam merata tapi sorang pun tak ada masa itu.

Suami jual sparepart moto kesayangan dia dapat la RM5K, itupun bukan dapat lamsam jual barang, dapat jual barang dapat. Lepas tu beli barang Anggun dulu. Lepas itu bawa masuk ke rumah ni 2015 ritu.

Permulaan dalam rumah ni sangat-sangat mencabar, boleh dikatakan nak makan pun susah wey menangis aku kadang-kadang aku teruji kuat sangat. Kesusahan sampai tahap berapa kali aku minta cerai dekat suami 😭😭 (Ampunkan sayang, ayg)

Bukan semua orang tau susah kami macam mana, susah sangat. Rumah ini saksi segala kejadian bergaduh, terjerit-jerit anak menangis tengok kami bergaduh sebab hidup serba tak cukup. Tetapi beruntungnya aku sebab laki aku bukan kaki pukul. Gaduhlah kami macam mana pun.

2 tahun duduk rumah ni, Anggun kecil sampai sekarang, macam-macam ujian. Anggun anak susah senang kami, mata perasaan budak dia yang tengok Mami Daddy dia bela dia macam mana. Allah 😣 takut sangat bila ingat balik cerita lama dulu. Tiba Allah dah kata rezeki memang takkan ke mana, masuk rumah baru ni kami tak terniat langsung akan duduk rumah yang cukup selesa macam sekarang.

Seingat aku, asal boleh dijadikan wang, kami laki bini laju-laju redah hujan hantar order customer. Orang tak tahu kami susah macam mana. Dengan orang keliling mengata kami termasuk kawan-kawan sendiri 😣😣. Ada yang cakap kami ni pengemis, ada yang sampai cakap kami ni tak sedar, dah la miskin tak berharta hidup hanya nak senang. Ternyata kami bukan la orang senang. Kami memang kurang kawan selepas daripada kami bangkit semula.

Rumah lama ku berat sangat nak lepaskan kaki ni keluar. Terima kasih dengan segala kenangan susah senang. Terima kasih sudi tumpangkan kami selama 2 tahun. Terima kasih kerana menjadi saksi susah senang kami 3 beranak. Terima kasih sebab jadi yang pertama dalam keluarga kami. Kejap lagi owner nak ambil kunci rumah, semoga tenant baru akan ceriakan rumah ni, jaga macam mana kami pernah jaga dulu 🤗

Semoga tahun depan adalah tahun yang lagi sempurna daripada tahun ni. Target tahun depan dah ada, kita jalan je seperti biasa. Positifkan diri. InsyaAllah semua akan jadi mudah nanti. *keluar airmata 😂 

Pesanan untuk mereka yang nak kahwin atau baru berkahwin, sebaiknya keluarlah dari rumah ibu bapa kamu selepas kamu bernikah. Belajarlah erti kesusahan bersama suami, bangun bersama-sama, cukupkan kehidupan kamu dan suami bersama. Baru kamu tau nikmat hidup susah bersama suami. Nak kahwin, nak naik pelamin memang senang tapi susah lepas kahwin bukan siapa pun tahu.

Lagi satu, ingat tau suami isteri gaduh sebab duit, semua serba tak cukup tu adalah ujian nak test sama ada korang kuat atau tidak. Ramai yang gagal, salah satu punca sebab giveup atau dah malas nak ambil port tanpa fikir keadaan anak atau masa depan. Ingat tau perkahwinan bukan satu perkara yang mudah. Tengok orang kahwin, kau sibuk nak kahwin. Risau kiamatlah, tak sempatlah. Kau kena fikir dulu bila kau kahwin nanti, benda-benda ni kau kena hadap. Kalau kau mampu sekarang, kau dah boleh buat apa yang patut. Sebagai ketua keluarga, kena mainkan peranan yang besar jaga bini, jaga anak, jaga keluarga. Tak sama macam kau jaga moto kau, tak sama macam kau jaga kereta kau ataupun mata pancing kau ya ☺️.

* Siapa ada pengalaman macam aku sekarang boleh share di bawah sama-sama kita ambil dia sebagai pengalaman merangkak selepas berkahwin. Sapa yang tak pernah rasa susah memang tak syok eyhh 😭

Jangan Lupa Komen: