Sejak berusia lima  tahun Nooredayu Binti M.Selim pemilik Dayu Designs seringkali membantu ibunya memetik daun-daun inai daripada pokok inai yang ditanamnya. Sering melihat ibu mengisar daun-daun inai tersebut bersama sedikit air kopi, gambir dan nasi sejuk untuk dijadikan pes bagi rawatan rambutan dan mewarnakan uban. Bermula dari situ pendedahan tentang inai sebati dalam dirinya.

Pakar Inai, Dayu Designs Berkongsi Keistimewaan Dan Lakaran Inai Yang Dihasilkannya

“Saya dan kakak akan menghabiskan masa bersama untuk memakai lebihan pes inai tersebut di hujung jari jemari dan juga membuat corak berbentuk bulat pada kedua telapak tangan. Mula melukis corak inai sejak berada di zaman kampus sekitar tahun 1999 menggunakan kon dulhan yang dibeli di kedai India secara suka-suka pada sahabat handai serta sanak saudara. Ketika itu saya menuntut di Universiti Teknologi MARA, Shah Alam di dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Seni Reka Grafik,” ujarnya.

Rentetan situasi kon inai yang dijual secara komersial ketika itu mendatangkan masalah untuk saya menghasilkan karya yang kemas dan halus, bermulalah ideanya untuk menginovasikan peralatan lukisan inai daripada jenis yang kon kepada menggunakan botol plastik yang mudah dipicit dengan mata besi yang pelbagai saiz.

“Saya amat terbuka untuk berkongsi resepi bancuhan inai ini kerana saya mahu menggalakkan orang ramai untuk cuba membancuhnya sendiri agar bancuhan yang dihasilkan adalah segar, asli dan selamat. Resipinya ringkas dan bahan-bahan alami yang digunakan adalah mudah diperoleh iaitu hanya menggunakan serbuk daun inai (‘Body Art Quality’) yang mana serbuknya sehalus bedak talkum dan telah disaring antara tiga hingga lima kali, gula tebu, minyak pati (‘Essential Oil’) dan Air Mawar atau Jus Lemon,” kongsinya.

Segalanya menjadi lebih serius pada tahun 2004 bila mana sewaktu itu dia melihat kebanyakan jurugambar-jurugambar perkahwinan di Malaysia mempromosikan hasil karya mereka menerusi platform online iaitu Fotopages.Com. Dia turut berkongsi koleksi gambar-gambar seni lukisan inai yang dihasilkannya. Maklumbalas positif diterimanya yang menyokong hasil karya seni lukisan inainya dan yang paling menyeronokkan apabila saya mula menerima tempahan daripada bakal-bakal pengantin dan juga badan-badan korporat serta individu-individu yang ingin menganjurkan majlis keraian seperti Hari Keluarga, Majlis Sambutan Hari Jadi, Majlis Pelancaran Produk, Majlis Cukur Jambul, Majlis Rumah Terbuka Hari Raya, Majlis Resepsi, Majlis Pertunangan, ‘Bachelorette Part’ or ‘Hens Night’ iaitu Parti yang dianjurkan oleh rakan-rakan perempuan untuk bakal pengantin sebelum Majlis Pernikahan.

Keistimewaan inai yang dihasilkan

Lukisan inai bunga ros yang eksklusif seakan-akan hidup merupakan corak signature dan menjadi pilihan yang paling popular apabila pelanggan membuat tempahan. Rekaan inai yang dihasilkan menggunakan inai asli, mampu mengindahkan tangan atau kaki wanita dan bertahan lima hingga 10 hari bergantung pada aktiviti si pemakai. Di samping itu, ia mempunyai kesan terapeutik dan khasiat penyembuhan serta dijadikan terapi diri dan juga minda.

IKLAN

“Saya menggunakan pes inai asli yang dibancuh sendiri untuk memastikan kualitinya terjamin, kekal segar, asli, selamat, diyakini dan bebas daripada bahan-bahan pengawet, tidak mengandungi bahan-bahan yang terlarang serta bebas pewarna tiruan,” jelasnya.

Campuran minyak pati (essential oil) yang terdapat di dalam pes inai asli yang dibancuh boleh membawa si pemakai hanyut ke dalam dunia khayalan seolah-olah berada di Ladang bunga sekitar Cameron Highland. Apatah lagi bila bancuhan inai ini dipakai oleh bakal pengantin dua hari sebelum majlis mampu memberi ketenangan, menghilangkan debaran, melenyapkan darah gemuruh serta mengurangkan tekanan dalam membuat persediaan untuk mengharungi gerbang perkahwinan yang bakal ditempuhi.

Terdapat enam jenis servis seni lukisan inai yang ditawarkan iaitu lukisan inai asli, lukisan inai jagua, lukisan inai putih, corak inai neon (glow in the dark), corak inai glitter dan sticker inai. Servis seni lukisan inai ini tidak terhad untuk dekorasi tubuh sahaja malah boleh dilukis inai pada busana, tudung, kasut atau beg hantaran  mengikut citarasa pelanggan yang ingin tampil kelainan dan eksklusif.

“Seni ukiran kayu yang dapat dilihat pada bahagian-bahagian rumah, perabot, hiasan rumah, mimbar dan rehal serta corak batik pada fabrik turut memberi inspirasi kepada saya. Unsur flora merupakan motif corak inai yang sangat penting dalam seni lukisan inai yang dihasilkan. Biasanya tumbuhan yang menjalar dijadikan motif sampingan kerana sulur pautnya yang lembut dan menjalar mudah diubah suai bentuk mengikut cita rasa untuk dipadankan pada pelanggan. Saya juga suka membeli bahan bacaan yang dipenuhi dengan visual untuk dijadikan rujukan. Saya akan lakar dan olah kembali visual yang dilihat untuk dijadikan motif corak inai.

Kebiasaannya, pelanggan akan berbincang terlebih dahulu dengan saya untuk corak yang mereka ingini. Saya akan memberikan konsultasi berdasarkan kesesuaian majlis dan mengikut bentuk tangan mereka atau kawasan anggota tubuh yang ingin diinaikan. Kebebasan berkarya yang diberikan oleh pelanggan menjadi dorongan dan motivasi untuk saya hasilkan dengan penuh minat dan kasih sayang, melukis terus dari hati rekaan inai yang menarik,” ceritanya.

IKLAN

Pakar Inai, Dayu Designs Berkongsi Keistimewaan Dan Lakaran Inai Yang Dihasilkannya

 

​​Cabaran 

Sekitar tahun 2008, kecoh isu pemakaian inai (henna) bercorak dikaitkan dengan pemakaian tatu (syimaah) dan menyebabkan ramai keliru dan timbul keraguan. Persoalannya adakah ia dibenarkan dalam syarak? Jika dibenarkan apakah syaratnya? Bolehkan memakai inai bercorak? Terdapat juga beberapa pengantin yang terpaksa membatalkan tempahan mereka berikutan isu tersebut.

IKLAN

Situasi menjadi semakin reda, tempahan kembali dibuat dan pelanggan mulai jelas bilamana Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalahdibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.
Pautan Rujukan: !! ⚠➳ http://piswi.islam.gov.my/index.php/himpunan-fatwa/30-himpunan-fatwa/sosial/27-hukum-pemakaian-inai-bercorak-mengikut-syarak

Pakar Inai, Dayu Designs Berkongsi Keistimewaan Dan Lakaran Inai Yang Dihasilkannya

 

Pakar Inai, Dayu Designs Berkongsi Keistimewaan Dan Lakaran Inai Yang Dihasilkannya

Ujar wanita ini untuk pakar dalam pemakaian henna pupuklah semangat pembelajaran sepanjang hayat dalam diri dan tingkatkan kemahiran melalui seminar, kursus, pembacaan dan sebagainya. Melaburlah untuk peralatan melukis inai dan produk yang terbaik untuk hasil rekaan inai yang menarik serta peruntukkan masa sekurang-kurangnya satu jam sehari untuk membuat latihan melukis inai atau lakaran.

Jangan lupa saksikan keistimewaan inai yang dilukis Dayu Designs dalam video ini.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI