Masih ingatkah anda sewaktu ingin memasuki institusi pengajian atau memasuki alam pekerjaan yang memerlukan pemeriksaan kesihatan? Begitu jualah dengan gerbang perkahwinan di mana pasangan beragama Islam diwajibkan menjalani ujian HIV bermula 2009. Statistik menunjukkan sehingga akhir 2009, sebanyak 87,710 kes jangkitan HIV dilaporkan.

Ada beberapa lagi pemeriksaan kesihatan yang boleh dilakukan di beberapa syarikat swasta untuk menentukan bahawa kedua-dua pasangan baik dari segi mental dan fizikal termasuk:

  • Pemeriksaan am seperti tekanan darah, jantung dan paru-paru
  • Saringan air kencing untuk protin dan gula
  • Penentuan penyakit keturunan seperti Thallasemia serta kecacatan lain melalui ujian darah

Faktor usia juga merupakan salah satu faktor utama dan pakar sering menyarankan untuk mencuba mendapatkan zuriat sebelum mencecah usia 35 tahun. Selepas berusia 35 tahun, peluang untuk hamil menjadi sukar kerana jumlah telur yang dikeluarkan semakin menurun.

Sewaktu dilahirkan, wanita mempunyai antara 1-2 juta telur dan hakikatnya telur tersebut akan semakin berkurangan apabila meningkatnya usia. Sebagai contoh, apabila wanita mula mendapat haid pertama, mungkin telur berjumlah 1 juta namun pada usia 25 tahun, ianya mungkin telah menurun menjadi 300,000 sahaja.

 

Gambarajah 1 : Jumlah telur wanita seiring dengan usia

IKLAN

Pemeriksaan Kesihatan Penting Untuk Bakal Pengantin Demi Kebahagiaan Masa Depan

Gambarajah 2 : Peratus untuk hamil lebih rendah jika wanita telah berusia.

Pemeriksaan Kesihatan Penting Untuk Bakal Pengantin Demi Kebahagiaan Masa Depan

Lelaki turut mengalami isu kesuburan

IKLAN

Kajian pada April 2018 mendapati bahawa terdapat peningkatan lelaki yang menghidap kanser prostat. Justeru itu, dianggarkan lebih banyak isu kesuburan lelaki yang bakal dihadapi oleh pasangan yang berkahwin dan tidak memiliki cahaya mata.

Berikut adalah antara beberapa faktor isu kesuburan lelaki:

  1. Crytorchidism (kegagalan zakar untuk berada di dalam keadaan normal sejak kelahiran)
  2. Kemoterapi atau sinaran radioterapi
  • Sejarah penyakit beguk
  1. Pendedahan kepada bahan toksin
  2. Pengangkutan sperma (Obstructive)
  3. Pembedahan zakar
  • Pembaikan hernia
  • Kecacatan Reproduktif (ketiadaan vas deferens)
  1. Persekitaran bekerja seperti racun perosak, logam berat, bahan kimia toksik dan radiasi

Dalam kebanyakan kes, tiada tanda-tanda jelas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kesuburan. Lazimnya menerusi hubungan kelamin, ereksi dan ejakulasi  tidak dapat memberikan gambaran sebenar mengenai kuantiti dan kualiti air mani yang dihasilkan. Namun, menerusi ujian klinikal analisa daripada contoh air mani serta pemeriksaan fizikal dapat diketahui sekiranya menunjukkan tanda-tanda ketidaksuburan dan pesakit akan dirujuk kepada pakar.

Semakin ramai lelaki telah berani untuk tampil ke hadapan dan menjalani pemeriksaan air mani berbanding 10 tahun yang lalu. Jika ianya ditangani dengan segera, doktor boleh membantu untuk meningkatkan kualiti air mani tersebut dan menyarankan rawatan yang bersesuaian samada ubatan secara oral, permanian berhadas, pembedahan jika perlu atau rawatan intra vitro fertilisation (IVF) dengan ICSI.

IKLAN

Amat disarankan untuk pasangan tidak mengambil masa terlalu lama sehingga melewati usia kerana umur dan tahap kesihatan memainkan peranan utama dalam menghasilkan zuriat yang sihat dan cergas.

Oleh :

Pemeriksaan Kesihatan Penting Untuk Bakal Pengantin Demi Kebahagiaan Masa Depan

Dr Pravin Peraba

Perunding Sakit Puan dan Pelatih Reproduktif

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI