Miliki nilai hikmah tinggi

Seorang yang bersangka baik akan memiliki nilai hikmah tinggi dalam dirinya sementara orang yang bersangka buruk pula mempunyai hati kecil dan tidak ada kejujuran dalam setiap kata-kata serta perlakuannya.

Bersangka buruk kepada manusia dan Allah SWT kerana hati tidak bersih. Hati menjadi kotor kerana tidak dibersihkan melalui solat, tidak ditenangkan dengan zikir, tidak disucikan oleh puasa bahkan tidak dekat dengan amal ibadah yang akan mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Perasaan Dengki, Hati Kotor Antara Sebab Jodoh Susah Lekat

Hakikatnya, dalam setiap apa yang terjadi di dunia ini adalah mengikut aturan dan kehendak Allah SWT. Bagi manusia yang bersangka baik dengan Allah SWT, mereka menerima ujian dan kesulitan dengan sabar serta solat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Wahai orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah, ayat 153)

IKLAN

Namun, bagi mereka bersangka buruk dengan janji Allah SWT, setiap ujian dan ketentuan-Nya disambut dengan hati yang sempit, fikiran serabut, kata nista, bahkan tidak reda takdir yang disusun oleh Allah SWT kepadanya.

Aturan cukup sempurna

Sedangkan Allah SWT adalah Tuhan selayaknya menentukan perjalanan hidup manusia yang lebih baik kerana Allah Yang Maha Besar lebih tahu apa yang sebaiknya buat setiap hamba-Nya. Allah SWT menyusun hidup manusia dengan aturan cukup sempurna sebagaimana dicipta kedudukan langit dan bumi.

Putaran perjalanan bumi dan matahari, susunan penciptaan alam ini menurut aturan yang menjadikan segala-galanya sempurna dan saling memberi kebaikan antara satu sama lain.

IKLAN

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan sesungguhnya kepada Tuhanmulah kesudahannya segala sesuatu, Dan sesungguhnya Dialah yang menjadikan orang tertawa dan menangis. Dan sesungguhnya Dialah yang mematikan dan menghidupkan.” (Surah an-Najm, ayat 42-44)

Perasaan Dengki, Hati Kotor Antara Sebab Jodoh Susah Lekat

Manusia yang hatinya tidak bersih sering melihat setiap berlaku yang tidak kena dengan kehendaknya sebagai sesuatu yang menyusahkan, tidak baik dan tidak elok. Sedangkan, jika hatinya bersih, dia akan melihat perkara menyulitkan sebagai sesuatu yang paling baik menurut takdir Allah SWT.

Justeru, jika seorang itu selalu berusaha membersihkan hatinya daripada sifat mazmumah nescaya akan selamat daripada kepanasan api neraka. Tetapi jika dibiarkan hati jauh daripada suruhan Allah SWT, menuruti bisikan syaitan yang sentiasa menguasai nafsu menyebabkan dirinya akan tersesat ke jalan neraka.

IKLAN

Jauhi sifat mazmumah

Seorang Mukmin hendaklah sentiasa menjauhkan diri daripada sifat mazmumah seperti hasad dengki, marah, suka mengumpat, fitnah dan sebagainya yang akan menjurus mereka melakukan perkara akan merosakkan hati.

Sifat dengki datang daripada perasaan iri hati melihat hidup orang lain lebih senang, kaya raya, berharta, mewah dan tiada sebarang kesusahan, sedangkan nikmat kepada manusia itu juga satu bentuk ujian Allah SWT kepada hamba-Nya.

Begitu juga rasa cemburu terhadap kejayaan seseorang yang dapat kenaikan pangkat sedangkan kedudukan dan pangkat bukan anugerah, tetapi amanah perlu dilaksanakan. Malah, jika amanah itu tidak dilaksanakan seseorang itu akan menerima hukuman dan pembalasan Allah SWT.

Oleh itu, jangan hanya meletakkan material sahaja sebagai sebab musabab untuk menjadi lebih baik dan jangan sesekali mengukur kebaikan serta kebahagiaan pada saat mendapat kesenangan sahaja. Oleh itu ubahlah pandangan mata hati dan berdoalah mendapat pengakhiran yang baik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI