IMG-20190709-WA0000

Bab perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Bila sudah berkahwin anda perlu tahu tanggungjawab dan tugas anda. Jangan mengharapkan pasangan anda sahaja melakukan segala perkara. Nanti ada pula yang terasa hati dan merajuk. Wanita sinonim dengan sifat ‘merajuk’ kerana mereka mahukan perhatian dari anda. Biasalah, isteri mana sahaja yang tidak mahukan perhatian dari suaminya betul?

Atau mungkin mereka juga menginginkan seorang lelaki yang mampu menawan hati mereka. Bukan paras rupa semata-mata menjadi tarikan, banyak faktor mengapa seorang lelaki itu memilih wanita tersebut menjadi teman hidup. Antaranya ialah:

Percayalah, Isteri Buat Perangai Sebab Dia Inginkan Perhatian Dari Seorang Suami

1. Sikap Keibuan

Banyak lelaki yang terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang.Wajah yang keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas, gelisah dan senang.

2. Cara layanan

Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka terasa terhibur dengan keletah anda, tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati. Tetapi sikap keanakan yang menyenangkan. Misalnya kemanjaan wanita yang membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki, wanita ceria membuat lelaki lebih ghairah.

3. Memahami

Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya.

4. Tahu Menghargai

Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki.Berbeza dengan wanita yang suka di perlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Pengharg-aan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.

5. Menjaga Penampilan

Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilan agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.

6. Pandai Berbual

Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI