Tiada siapa yang akan menunjukkan kepada anda realiti sebuah perkahwinan. Tiada siapa yang akan berkata bahawa perkahwinan adalah mudah. Orang akan tunjuk apa yang mereka mahu orang lain lihat.

Lelaki bernama Mizan Dzai berkongsi realiti sebenar sebuah perkahwinan. Jadilah insan yang sentiasa bersyukur dikurniakan isteri yang banyak bekorban dan belajar erti sabar.

PERKAHWINAN PERLU BERKONGSI

Sebenarnya, perkahwinan dan kehidupan aku tak seindah yang kau orang sangkakan. Bohong kalau aku tak pernah bergaduh dengan isteri, bohong kalau aku sentiasa berduit, bohong kalau bisnes-bisnes aku tak pernah ada masalah.

Ramai orang PM aku bertanyakan tips, nampak hidup aku indah, kononnya aku suami yang penyayang dan ada bisnes-bisnes yang maju, katanya aku ada anak-anak yang comel ikut El yang berkacukan Arab.

Orang nampak kita senang, orang tak tahu susah kita macam mana.

HIDUP NI BUKAN SEINDAH DRAMA PUKUL 7 TAPI HIDUP NI CUKUP INDAH KALAU KITA BERSYUKUR DENGAN CABARAN DAN DUGAAN YANG MENDATANG. BAGI AKU, KUNCI KEBAHAGIAAN DAN KEJAYAAN ADALAH BERMULA DENGAN BERSYUKUR.

Siapa kata aku tak pernah bergaduh besar dengan El? Dia jenis yang tak banyak cakap, susah nak membebel dan dia akan pendam kalau terasa dengan aku sampai aku jadi bengang kekadang.

Mana taknya, aku dok fikir apa salah yang aku buat sampai salam yang patutnya cium tangan pakai mulut tapi dia pakai dahi. Cramp otak aku asik fikir apa aku buat, aku ada pergi rumah urut tanpa sedar ke apa semalam?

Untunglah kalau kau ada pasangan yang suka membebel atau meluahkan perasaan sebab mudah untuk kau tahu apa masalah atau kesalahan yang perlu kau baiki. Macam aku ni, sampai ke lubang cacing kena korek sendiri.

Menurut Ustaz Abdullah Khairi, kaum wanita ni bercakap 26,000 patah perkataan sehari tapi El 260 patah perkataan je sehari aku rasa. Dia lain, sebab tu aku cintakan dia sangat-sangat.

Kekadang sampai menangis El aku paksa bagitahu apa salah aku. Tak adil untuk aku dihukum tanpa aku tahu cerita sebenar atau disedarkan bahawa aku dah buat silap atau benda yang dia tak suka.

Nak kata aku tak utamakan keluarga, sebelum ayam habis aku dah topup yang baru termasuk kepala dengan tongkeng sekali. Nak kata susu Farrel habis, aku jenis yang beli satu kotak terus.

IKLAN

Nak kata barang makeup habis, aku simpan wax dan sikat dalam beg makeup El supaya aku tahu apa bekas yang dah ringan dan perlu aku tanya bila nak pergi beli. Tekan punya tekan, rupanya aku balik lambat dan asik pegang phone memanjang. Alahai sayang.

PEREMPUAN NI TAK FAHAM YANG KITA SIBUK SEKARANG SEMENTARA MASIH MUDA DAN KUAT SUPAYA NANTI ADA MASA UNTUK KELUARGA, UNTUK KESENANGAN MEREKA. TAPI MENJADI TUGAS KITA SEBAGAI SUAMI UNTUK BAGI DIA FAHAM.

Mana dia nak faham, kau kerja asik stalk Instagram ex girlfriend kau, asik like, PM yang bukan-bukan dan komen kat Facebook awek lain. Perempuan gila je boleh faham sebab apa yang kau buat tu kerja gila bang walaupun bagi kita yang lelaki ni sekadar berkawan, sekadar mengusik.

Dia takkan faham kalau kau kantoi karaoke sambil peluk rama-rama kanan kiri sambil bergesek atau pergi Crown berkali-kali bang. Sudah-sudahlah, kalau roger aku sekali tak apa juga kah kah.

Bukan tak nak bagi berdikari tapi aku jarang bagi El keluar kecuali ada teman terutama beli barang keperluan dia atau rumah secara sendirian. Selalu aku minta untuk tunggu aku sebab lunyai dia kena belasah dengan Farrel nanti.

Anak aku, aku tahu lasak dia MashaAllah! Kalau tangan dia pun dia boleh masukkan dalam ekzos kereta lepas tu jilat, kalau iPhone 7 Plus Red Edition bini aku pun aku boleh jumpa dalam air baldi mop, kau rasa mak dia kena lanyak macam mana nanti?

Bukannya sebagai beban tapi terkial-kial dia nanti nak jaga anak-anak kat luar, bukan senang dengan stroller 4mom Origami yang macam motor LC 135 beratnya.

Nak topup bekas susu, pampers, baju spare, air panas air suamnya lagi, kena make sure atau tunggu anak-anak berak dulu sebelum keluar supaya tak cranky dalam kereta, dalam mall nanti. Kalau kau yang bekerja kata sibuk dan tak ada masa, aku jamin aku 5x lagi sibuk dari kau.

IKLAN

Cuma kita sebagai suami kena ingat, kita terlalu meremehkan hal-hal di dalam rumah seperti tentang perkembangan anak-anak, kepenatan isteri jaga makan pakai kita, barang mandi atau perhiasan isteri dah habis, stokin dan spender campak merata dll.

Penat weh urus rumah tangga sebenarnya, dulu masa Farrel lahir aku jaga El pantang dan uruskan hal rumah pun penat. Sekarang bila Aldric lahir, aku uruskan Farrel yang cranky gila sebab ada adik plus El tengah berpantang lagilah 10x ganda penat.

TAPI ITULAH KITA SEBAGAI SUAMI, KALAU TAK BERSEDIA NAK BERKORBAN JANGAN GATAL NAK ANAK ORANG. INGAT, LELAKI DILAHIRKAN UNTUK BERKORBAN DAN BERJUANG. JANGAN ASAL BALIK KERJA BALIK MELEPAK, KAU GOYANG KAKI GOYANG TELOR, TAU-TAU SEMUA DAH TERHIDANG.

Tengah malam yang kau tahu nak pakai isteri. Dia separuh nyawa bersilat dari siang sampai ke malam kau tak fikir? Time ni pandai pula cakap isteri walau atas unta sekalipun wajib layan suami.

Habis tu sediakan keperluan, mengemas, memasak kau ingat dalam Islam tugas isteri? Banyak kau punya lawa ya, tugas isteri ni melayan suami dan anak-anak je sebenarnya bang.

Bawa-bawalah kurangkan melepak malam kalau tak mendatangkan faedah. Apa yang kau nak malu sangat member cakap #SalamGari atau bini singa? Bukan member basuh spender kau bang. Bukan member yang tahan lapar bila kau tak ada duit nak beli barang dapur.

Suka aku pesan, member ada hadnya. Member ada tempatnya. Isteri bukan hamba tapi adalah separuh jiwa. Kau abaikan isteri sama macam kau tengok bapak kau abaikan mak kau. Suka?

IKLAN

Kalau kau tak ada member yang dok sindir, yang tak nak paham tugas sebagai suami tu, kau tak rugi satu sen pun bang. Jangan kawan dia. Kalau dok ejek kau juga, kau starlight kan je. Bangang.

Anak-anak tengok layanan kau pada isteri, dia orang ingat macam mana kau buat pada mak dia orang. Dah tua esok, nangis air mata darah pun dah tak guna kalau anak anak ketepikan kau dan utamakan member-member dia yang tak ada masa depan dan bawa pengaruh yang buruk.

BELUM TERLAMBAT UNTUK KITA BUAT ISTERI KEMBALI TERSENYUM MACAM MULA-MULA KAHWIN DULU. TIADA ISTILAH TERLAMBAT SELAGI NYAWA MASIH DIKANDUNG BADAN, BELUM TERLAMBAT SELAGI PERNIKAHAN MASIH HALAL DAN PENCERAIAN BELUM DIFAILKAN.

Bahagia ni bila kau bertolak-ansur, bahagia ni bila saling memahami satu sama lain dan bahagia ni bukan hanya suami yang bersenang-lenang. Ianya bukan sekadar kau cantik, bukan sekadar kau hebat berniaga.

Kau kongsilah segalanya dengan pasangan terutama dari segi kewangan. Ini sangat penting supaya suami atau isteri faham situasi dan gelora yang sedang melanda keluarga. In shaa Allah segalanya akan dapat diatasi.

KALAU BUKAN KEBAHAGIAAN UNTUK KEDUA-DUA PIHAK YANG KAU CARI, TANYA DIRI SENDIRI UNTUK APA KAU BERKAHWIN KERANA SESEBUAH PERKAHWINAN ITU ADALAH SATU PERKONGSIAN.

Kau patut bersyukur kerana dianugerahkan seorang isteri dan ibu yang baik lagi penyayang. Betul kata Nabi, pilihan yang mendapat restu ibu bapa dan Ilahi akan membuahkan keberkatan. Dia seorang yang penyabar.

Kesabarannya itu menyebabkan banyak perubahan dalam kehidupan kau bang. Dia mula sanggup berkongsi masa dengan kerja, kawan atau hobi kau tanpa mengeluh.

Dia sanggup menunggu kepulangan kau walaupun telah larut malam demi kelangsungan periuk nasi keluarga dan mereka-mereka yang bekerja dibawah kau.

Dia tak pernah putus memberi semangat dan nasihat kepada kau hinggalah ke saat ini. Kita sebagai suami banyak terhutang budi dengan isteri.

Allah, peliharalah permaisuriku Eleena Arif ini, panjangkan umurnya, murahkan rezekinya dan bahagiakan kami seperti mana kau bahagiakan ibu bapa kami hingga ke syurgaMu.

KALAU INI PUN KAU TAK BOLEH BACA SAMPAI HABIS, MACAM MANA KAU NAK HARAP ISTERI FAHAM DENGAN DIRI KAU?

Lapangkan dada, baca dengan fikiran yang positif in shaa Allah semoga ada manfaat untuk kita semua.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI