Kecur liur bila tengok sambal yang dah siapkan Puan Afy Al Habibi atau dikenali dengan panggilan Cikgu. Stok sambal ni bukan sahaja boleh memudahkan kerja para isteri malah orang bujang pun boleh buat stok macam ni banyak-banyak.

 

Ada orang yang suka makan sambal untuk menaikkan selera makan. Bayangkan makan nasi panas-panas, ada ikan goreng atau ayam goreng dan ulam-ulaman, memang dah tak toleh belakang dah bila makan.

 

Jom kita semak cara membuat sambal lima beradik ni.

 

========================================================

Sambal 5 Beradik Ni Boleh Buat Para Isteri Jadi Chef Pujaan Suami!
SAMBAL BELACAN

 

RESEPI SAMBAL BELACAN MENYENGAT

1. Sediakan bahan-bahan di bawah;

– dua genggam cili padi merah + hijau
– *2 biji bawang merah (saiz bola ping pong)
-*1/4 bawang besar Holland
– *1 ulas bawang putih
– *2 inci belacan
(bahan bertanda * dibakar terlebih dahulu*)

2. Masukkan kesemua bahan tadi ke dalam pengisar.
Tambahkan :
– 3 sudu besar cuka
– 1/2 sudu kecil garam
– 2 sudu besar gula
– secubit dua ajinomoto
– sedikit air masak ( jangan letak banyak. Nanti cair sangat)
* kuantiti garam gula mungkin perlu ditambah atau dikurangkan mengikut bahan atau citarasa sendiri*

3. Selepas itu, kisar semua bahan hingga lumat. Hidangkan. Perah sehiris dua asam limau nipis.
Siap!

Betul-betul sedap!

========================================================

Sambal 5 Beradik Ni Boleh Buat Para Isteri Jadi Chef Pujaan Suami!
IBU SAMBAL KICAP

 

RESEPI IBU SAMBAL KICAP MABELESS

1. Bahan-bahan yang diperlukan;
– dua genggam cili padi hijau
– 8 ulas bawang putih

* Tips sambal kicap lebih sedap dan tahan lama,
– Goreng seketika dua bahan di atas.
– Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Masukkan bahan tadi dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap. Cikgu suka guna kicap Jalen lemak manis. Nak guna kicap cap apa pun boleh. Kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

IKLAN

4. Cikgu tambahkan juga dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk seimbangkan rasanya.

5. Untuk menambahkan kepekatan dan rahsia sambal lebih sedap, cikgu tambahkan 1/2 genggam kismis dan 3 sudu besar bawang goreng untuk dikisar sekali. Perasakan dengan sedikit gula mengikut citarasa.

6. Kisar semua bahan tersebut sehingga lumat. Selepas itu, tuang dalam mangkuk. Kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

7. Cara simpan ibu sambal kicap supaya tahan lama:
*masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.*

*kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak. Kacau sebati. Perasakan lagi sekali jika tidak memadai*

========================================================

Sambal 5 Beradik Ni Boleh Buat Para Isteri Jadi Chef Pujaan Suami!
SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

 

RESEPI SAMBAL AYAM PENYET MENGOSEK

1. Sediakan bahan berikut untuk digoreng seketika;
– 20 batang cili merah
– segenggam cili padi merah + hijau
– 1/2 biji bawang holland
– 2 biji bawang merah saiz bola pingpong
– 4 ulas bawang putih
– 2 biji tomato kecil
– 2 genggam kecil ikan bilis
– 1 sudu kecil udang kering
– 1/2 inci belacan

2. Gorengkan bahan-bahan di atas untuk seketika.
Cikgu goreng asing cili dengan bahan lain.

3. Semua bahan yang sudah siap digoreng disejukkan seketika lalu dimasukkan ke dalam tabung pengisar. Tambah sedikit air untuk melumatkan bahan.
*simpan segenggam ikan bilis untuk ditabur dalam sambal selepas ini*

4. Panaskan minyak gorengan tadi. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga sedikit garing.

5. Masukkan pula baki ikan bilis tadi.
Biarkan sambal terus masak dalam api perlahan.

IKLAN

6. Perasakan sambal dengan nisse @ gula melaka, gula, garam bukit dan secukup rasa.
Kuantiti terpulang kepada citarasa sendiri.

7. Masak kira-kira 30-45 minit dalam api perlahan. Keluarkan sedikit lapisan minyak setelah sambal pecah minyak sepenuhnya.

Ikut tips penyimpanan cikgu untuk tahan lama. Bahagikan stok untuk simpanan dalam tempoh lama letakkan dalam freezer.

Untuk tempoh 2-3 minggu memadai sahaja simpan dekat chiller.

Sambal boleh bertahan seminggu jika diletakkan diluar peti.

*Gunakan sudu kering setiap kali mengambilnya*

========================================================

Sambal 5 Beradik Ni Boleh Buat Para Isteri Jadi Chef Pujaan Suami!
AIR ASAM KETAGIH

 

RESEPI AIR ASAM KETAGIH

https://www.facebook.com/100007817593160/posts/2204743959796169/

*Ada sedikit kelainan dalam resepi cikgu kali ini*

Untuk tempoh penyimpanan yang lebih lama dan mengekalkan rasanya, cikgu tak terus tambah kulit limau kasturi*

Nak makan baru letak.

IKLAN

1. Sediakan bahan-bahan berikut.

– 2 biji bawang merah
– 1 biji bawang besar Holland
– 1 biji tomato
– 3 ulas bawang putih
– 1 inci belacan

Belah dua bahan di atas kecuali belacan. Bakar atas pan non stick.

2. Selepas dibakar, sediakan bahan tambahan;

– 5 biji limau kasturi 2 biji limau nipis.
Perah jusnya. Asingkan biji.
– 5 tangkai cili padi hijau
– 5 tangkai cili padi merah

3. Masukkan semua bahan tadi dalam pengisar.

Tambahkan sekali 1 1/2 gelas air asam jawa.
(Segenggam besar asam jawa + 1 1/2 gelas air)

* Ikut kepekatan yang diingini*

4. Masukkan juga 1 sudu besar garam bukit dan 1/2 sudu besar gula perang. Kemudian kisar selumatnya.

5. Selepas dikisar, masukkan stok air asam ke dalam bekas kedap udara. Simpan dalam peti.

6. Cara hidangan untuk kesegaran berpanjangan.

– Ambil beberapa sudu besar stok air asam. Masukkan dalam mangkuk.Tambahkan potongan bawang merah, tomato dan cili padi. Sedia dihidangkan.

========================================================

Sambal 5 Beradik Ni Boleh Buat Para Isteri Jadi Chef Pujaan Suami!
SAMBAL POWER

 

RESEPI SAMBAL POWER

Sediakan bahan-bahan di bawah:

– dua genggam cili padi merah
– 2 sudu besar gula
– 3/4 sudu kecil garam ( atau masukkan sikit-sikit)
*boleh tambah@kurangkan gula dan garam ikut citarasa sendiri*
– 1/2 cuka dari sukatan cili dalam blender
*boleh tambah sedikit air jika alah dengan cuka*

Kisar semua bahan di atas hingga lumat dan selepas sehari dua cili semakin sedap untuk dimakan.

Makan dengan nasi bungkus ni jaddi sangat!

Mudah kan? Jom masuk dapur dan kita start dengan satu jenis sambal dulu. Lepas tu boleh la buat sambal lain keesokkan harinya pula. Selamat mencuba!

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI