Tujuan mendirikan masjid adalah untuk  mendapat ketenangan dan keredaan Allah SWT. Namun, kebahagiaan itu tidak akan datang dengan sendirinya. Bila melihat calon pasangan untuk sehidup semati, anda harus ingatl, inilah orang yang akan bersama anda sepanjang hayat. Tidur sebantal, makan sepinggan, berkongsi susah senang dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, penting untuk anda memastikan beberapa perkara tentang pasangan sebelum anda membuat keputusan untuk berkahwin dengannya. Jom kita lihat!

AGAMA

Sebelum mendirikan rumah tangga, perihal agama harus dilihat terlebih dahulu. Ini kerana, suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumah tangganya. Jika terdapat salah dan silap yang dilakukan oleh isteri, suami wajar menegur bagi mengelakkan perkara-perkara yang boleh melanggar syariat Islam.

IKLAN

Lelaki sebenarnya digalakkan berkahwin dengan wanita yang kurang ilmu agama supaya suami dapat mendidik isteri menjadi wanita solehah. Wanita pula tidak digalakkan berkahwin dengan lelaki kurang ilmu agamanya kerana wanita bukan ketua keluarga. Ini kerana lebih susah mendidik lelaki yang kurang ilmu agama berbanding mendidik wanita yang kurang ilmu agamanya.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Sebelum berkahwin, ambil masa untuk mengenal dengan keluarga pasangan anda. Ini penting untuk mengetahui cara dia dibesarkan, dengan siapa dia bergaul, di mana dia membesar dan lain-lain lagi. Semua ini adalah faktor-faktor yang banyak mempengaruhi personaliti dan cara dia berfikir. Ketahui baik buruknya, hobi dan cita-citanya, hubungan dia bersama keluarganya dan sebagainya. Ini amat penting untuk memastikan keserasian anda berdua bagi membina masa hadapan bersama.

IKLAN

KEADAAN KESIHATAN

Sekiranya anda atau pasangan mempunyai penyakit, anda harus memberi tahu terlebih dahulu pasangan anda sebelum berkahwin. Contohnya, jika anda mempunyai penyakit kronik, eloklah memberitahu kepada pasangan supaya dia dapat menerima anda seadanya dan boleh bersedia untuk menjaga anda setelah berkahwin. Berilah sokongan dan semangat kepada bakal pasangan anda terhadap penyakit yang dihadapinya.

IKLAN

PELAN JANGKA MASA PANJANG

Penting buat pasangan saling menyokong antara satu sama lain. Apabila sudah berkahwin, semua perkara akan dikongsi bersama. Maka, rancanglah kehidupan anda bersama dan atur kehidupan selepas berkahwin dengan terancang. Rancang perjalanan karier, keluarga dan kewangan sekeluarga. Letakkan keutamaan di tempat yang sepatutnya. Bertolak ansur dan saling bantu-membantu agar rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia.

KEDUDUKAN KEWANGAN

Sebelum berkahwin, ketahuilah pekerjaan dan status kewangan pasangan anda. Anda juga perlu tahu simpanan yang dimiliki oleh pasangan demi menjamin kesejahteraan anda berdua selepas berkahwin. Sekiranya anda atau pasangan anda memiliki hutang, berkongsilah pendapatan bersama untuk menyelesaikan hutang tersebut. Tidak menjadi kesalahan isteri membantu meringankan beban suami selepas mendirikan rumah tangga. Selepas berkahwin rancang kewangan keluarga anda bersama dan pastikan anda mempunyai simpanan untuk masa hadapan.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal ā€“ bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI