Cara menabung yang diusulkan oleh Hafizul Hakim ini memang menarik. Bermula hanya dengan RM1 tapi cukup sebulan dapat RM465. Syaratnya tabungan kena ada kerjasama suami dan juga isteri. Kena komited ya baru dapat jumlah tu, dan kalau nak dapat lebih banyak praktikkan setiap bulan.
Jika dilakukan secara berterusan selama 12 bulan, total tabungan adalah RM5,580. Banyakkan! Boleh buat macam-macam.
Caranya? Ikut langkah dikongsi Hafizul yang perkongsiannya dapat 22 ribu share di Facebook.
Tip simpan duit cara ekstrim! Okay ini caranya:
1. Sediakan pen, kalendar dan balang kosong.
2. Main O-som (gunting, batu dan kertas) dengan pasangan. Pilih sama ada nak nombor genap atau ganjil.
3. Katakan suami pilih nombor ganjil maka isteri dapat nombor genap lah.
.
Pada 1hb setiap bulan, suami masukkan RM1 dalam balang dan tanda ‘tick’ pada kalendar bertarikh 1hb. Esok harinya pada 2hb, isteri pula masuk RM2 ke dalam balang dan tick-kan pada 2hb pada kalendar.
3hb suami masukkan RM3, 4hb isteri masukkan RM4, 5hb masukkan suami RM5 dan seterusnya.
Begitu, mudah je kan Hasilnya :
Senang cerita, masukkan duit dalam balang kosong dengan jumlah yang sama macam tarikh hari tersebut. Dan setiap hujung bulan. Ini hasilnya! 1+2+3+4+5+6+7+8+9+10+11+12+13+14+15+16+17+18+19+20+21+22+23+24+25+26+27+28+29+30 = RM465.00 Total jumlah 12 bulan: RM465 x 12 bulan lebih kurang RM5,580.
Apa dapat dibuat dengan duit banyak ni?
– kumpul modal deposit rumah
– kumpul modal kahwin (bagi yang single lagi)
– dana kecemasan keluarga
– dana pendidikan anak-anak
– dana umrah/haji
– spend 30% untuk bercuti, lebih simpan.
Hafizul Hakim
Sebarkan kebaikan!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Perlu Tahu 7 Perkara Yang Isteri Mahu Tapi Malu Untuk Suarakan
Lumrahnya, wanita itu sukar untuk difahami isi hatinya kerana setiap orang punya keinginan dan kemahuan yang berbeza. Mungkin bagi lelaki apa yang mereka inginkan itu boleh dilontarkan dengan hanya melalui percakapan, tetapi bukan bagi wanita yang suka memendam rasa.
Sesetengah lelaki menganggap wanita itu mengada-ngada dek kerana merajuk tidak henti walhal kadang-kadang suami sendiri yang tidak tahu cara untuk mengambil hatinya kembali setelah melakukan kesilapan yang buat si isteri merajuk.
Jadi, buat suami, jika anda masih lagi meragukan isi hati isteri anda, Ini yang wajib anda tahu!
1. Pаlіng реntіng, dіа mаhukаn cinta dаrі аndа
Lelaki mаhukаn wanita уаng hоrmаt раdаnуа, tарі wаnіtа mаhukаn lеlаkі уаng сіntа padanya. Bila wаnіtа kurаng tunjukkаn rasa hоrmаt раdа ѕuаmіnуа, ѕuаmіnуа pun аkаn kurang tunjukkаn rasa сіntа pada іѕtеrіnуа. Bіlа suaminya kurang tunjukkan rаѕа сіntа, іѕtеrі рun akan semakin kurаng hormat pada suaminya, dаn kіtаrаn ini аkаn bеrulаng-ulаng.
Hentikan kitaran ini ѕеbеlum hubungаn anda mеnjаdі lebih parah. Tunjukkan cinta раdа isterimu. Itu уаng dіа mаhukаn. Sayangi dia wаlаuрun dіа ada cacat сеlаnуа. InѕhаAllаh, dіа jugа аkаn hоrmаtі аndа walaupun anda jugа аdа kelemahan ѕеndіrі.
2. Dіа bоѕаn
Dіа bukаn ѕаjа bоѕаn, tарі dia jugа реnаt. Mаnа tаknуа, setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, rutin hаrіаnnуа ѕаmа ѕаjа. Dіа реrlu besarkan аnаk-аnаk, uruѕkаn rumаhtаnggа, dаn kеmudіаn mаnjаkаn аndа pula. Sama jugа halnya dеngаn іѕtеrі уаng bеkеrjа.
Rаmаі wаnіtа zаmаn ѕеkаrаng уаng реrlu bеkеrjа dаn uruѕkаn hаl rumаhtаnggа pada mаѕа уаng ѕаmа. Buat para ѕuаmі, usahalah untuk buat іѕtеrі аndа rasa іѕtіmеwа dаn dіhаrgаі. Beri dia rеhаt. Bіlа аdа masa terluang, bawa dia kеluаr berjalan-jalan. Jаngаn bіаrkаn dia rаѕа bоѕаn.
3. Dіа ingin dірujі
Semua orang mаhu dihargai. Tіаdа siapa уаng mahu rаѕа seolah-olah kerja kerasnya tak dihargai аtаu dіаmbіl mudаh. Mеmbаѕuh bаju dаn mеmаѕаk bukan tаnggungjаwаb іѕtеrі, tapi dіа tetap lаkukаn untuk suaminya walaupun bаnуаk perkara lаіn уаng dia bоlеh lаkukаn untuk dіrіnуа ѕеndіrі. Jаdі tunjukkan раdа іѕtеrі anda yang аndа hаrgаі segala kеrjа kеrаѕ dаn реngоrbаnаn yang dіа lakukan. Tak perlu ѕuѕаh-ѕuѕаh, boleh mulа dеngаn hаnуа ucap “tеrіmа kаѕіh”
4. Dia kuаt cemburu
Ada ѕеbаb kenapa реrеmрuаn tаk ѕukа раdа роlіgаmі. Jаdі berhati-hati bіlа аndа bercakap tеntаng реrеmрuаn lain dі dераn іѕtеrі аndа.
Jаngаn bаndіngkаn dіа dengan mana-mana реrеmрuаn lаіn, аtаu dengan іbu anda, atau dеngаn bеkаѕ tеmаn wаnіtа аndа. Dіа mаhu rаѕа bаhаwа dіа аkаn fоkuѕ utama dalam hidup ѕuаmіnуа, jadi buat dia rаѕа ѕеоlаh-оlаh dіа реrеmрuаn уаng раlіng penting ѕеkаlі.
5. Dіа mаhu аndа bantu dіа baiki agamanya
Iѕtеrі аndа mahu hіduр dengan аndа dаn dia mаhu аndа jаdі реmіmріn buаt dia. Dаn apa саrа уаng lеbіh bаіk untuk jаdі реmіmріn dia ѕеlаіn bаntu dіа baiki iman dі hаtіnуа?
Tарі аndа tak boleh ajar dіа cara baiki іmаn jika iman аndа рun tаk kеmаnа. Jadi bаіkі iman anda dulu. Baiki diri dаn kеmudіаn ajarkan раdа dіа dеngаn cara уаng lembut dаn реnuh dеngаn kаѕіh ѕауаng.
6. Dia tаk ѕukа mеmbеbеl, tарі kаdаng-kаdаng dіа rasa mасаm tаk diendahkan
Wujud satu mitos уаng mеngаtаkаn раrа іѕtеrі suka membebel pada ѕuаmі mereka. Sеbеnаrnуа іnі tаk betul. Ya, mеmаng аdа ѕеѕеtеngаh оrаng (lеlаkі dan perempuan) yang tаk pernah puas hаtі. Tаk kіrа ара рun yang аndа lakukan, mesti dіа аkаn саrі ѕаlаhnуа juga nаntі.
7. Lеbіh dаrі segala-galanya, dia hanya mahukan hubungan уаng stabil dаn bahagia dengan anda
Perempuan tаk kаhwіn hanya untuk mеngеjаr kеѕеrоnоkаn. Mеrеkа bеrkаhwіn kеrаnа nak bіnа kеluаrgа уаng bahagia уаng mereka ріlіh аndа kеrеnа mеrеkа percaya аndа mampu realisasikan іmріаn mеrеkа.
Selain dаrіраdа tugаѕnуа kераdа аgаmа, іnіlаh реrkаrа раlіng реntіng buat seorang wanita Muѕlіmаh – bіnа keluarga bаhаgіа, ѕtаbіl, dalam iman kераdа Allah SWT. Dan sebenarnya, kеіngіnаnnуа уаng satu іnі ѕаngаt mudаh untuk dіtunаіkаn.
Bеrhеntі buаt-buаt tаk tahu dаn jаdі ѕuаmі уаng baik untuk dia. Lауаn dia dеngаn lemah lembut. Tunjukkаn perasaan cinta anda padanya. Bila аdа mаѕаlаh, jаngаn ugut dіа dеngаn penceraian аtаu mаhu kаhwіn lаgі satu.
Yа, mеmаng ѕuаmі ada hak untuk buаt duа реrkаrа ini tарі ugut іѕtеrі dеngаn perkara-perkara іnі hаnуа akan memburukkan rumahtangga anda. Yakin раdа Allah SWT. Hаtі-hаtі dеngаn bіѕіkаn ѕуаіtаn dаn ѕеlаlu bеrѕаbаr dеngаn іѕtеrі. Tаk ѕuѕаh mаnа рun, kаn?
Sumber : bukanaku.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mandi Wajib. Betul Ke Cara Mandi Wajib Selama Ni? Jangan Buat Main-Main
Mandi wajib merupakan perkataan yang mudah disebut, tetapi jangan terkejut jika dikatakan banyak umat Islam di tanah air kita yang tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yang betul,seseorang itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung sahaja. Sebaliknya,ia mesti dilakukan dalam kedua2 keadaan bagi membolehkan seseorang itu meratakan air ke seluruh anggota badannya yang zahir.
Mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.Apabila mandi wajib tidak sah,ibadat yang dilakukan oleh seseorang itu juga turut tidak sah.
Itulah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul.” tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di Taman Sri Keramat Kuala Lumpur.Mandi wajib yang juga disebut sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam.Setiap orang yang melakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib seseorang itu tidak akan sah.
Rukun mandi wajib ada 3 perkara:
Pertama : Niat.
Kedua : Menghilangkan najis pada badan.
Ketiga : Meratakan air keseluruh anggota badan yang zahir.
Niat mandi wajib: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala.” Atau ” Sahaja aku mandi wajib kerana Allah Taala.”
Niat itu didalam hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bahagian anggota badan.Bagi perempuan yang habis haid,niat mandi wajib ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala.” Manakala bagi perempuan yang habis nifas,niat mandi wajibnya ialah: “Sahaja aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala”.
Niat itu jika dilambatkan atau ketika seseorang itu memulakannya selepas dia telah membasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibnya tidak sah.Oleh itu dia mestilah memulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya.Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan,niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah.
Mengenai rukun mandi wajib yang ke 2,iaitu menghilangkan najis yang ada pada badan,menurut Ustaz Haji Mat Jais, menurut Imam Nawawi, jika kita ada najis di badan,najis itu boleh dibasuh serentak dengan mandi wajib.Ertinya membasuh najis dengan mandi itu boleh disekalikan.
Sementara rukun mandi wajib yang ke 3,iaitu meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir,meliputi kulit, rambut dan bulu yang ada di badan,sama ada bulu2 yang jarang atau lebat.Jika rambut seseorang itu ditocang atau disanggul,sekiranya tidak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajiblah dibuka.Bulu2 dalam lubang hidung pula,tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin.Tetapi sekiranya,bulu2 di dalam hidung itu bernajis,ia wajiblah dibasuh.
Mengenai kuku pula,jika di dalam kuku ada kotoran yg boleh menghalang sampai air ke badan khususnya di bahagian bawah kuku,kotoran itu wajiblah dibuang.Membuang kotoran di dalam kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi.Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai,inilah yang merumitnya. Sebenarnya jika rambut seseorang itu diwarnakan dengan pewarna selain inai,mandi wajib seseorang itu tidak sah.
Oleh itu,seseorang yang mewarnakan rambutnya dengan pewarna selain inai,jika dia hendak mandi wajib,dia mestilah membuang pewarna pada rambutnya terlebih dahulu.Tetapi untuk membuang pewarna itu pula bagaimana? Inilah yang rumitnya,sedangkan pewarna pada rambut itu sebenarnya tidak boleh dibuang begitu mudah.Yang menyebabkan mandi wajib orang yang menggunakan pewarna pada rambutnya tidak sah kerana pewarna itu akan menyalut rambutnya yang menghalang air sampai ke rambut. Ini berbeza dengan inai.Inai sebenarnya akan meresap ke rambut,tetapi pewarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air terhalang ke rambut.
Tetapi dalam hal ini,jangan pula ada yang salah faham.Sebenarnya pewarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM dan sekiranya pewarna itu tidak bernajis,bukanlah bermaksud menjadi tidak sah.Dalam hal ini,sukalah saya menyatakan bahawa sembahyang dan mandi wajib itu berbeza.Jadi,mestilah dipandang dari sudut yg berbeza.Dalam hal ini juga,sukalah saya menyatakan,huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yang telah saya nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib.
Jadi,ia perlulah diberikan perhatian yang lebih oleh umat Islam.Mengenai sebab2 seseorang itu wajib mandi wajib pula,Ustaz Haji Mat Jais menegaskan, sebab2nya terdiri daripada 6 sebab. 3 sebab melibatkan lelaki dan perempuan iaitu kerana bersetubuh walaupun tidak keluar air mani,keluar air mani dan mati. Manakala 3 sebab lagi hanya melibatkan kaum perempuan sahaja,iaitu keluar darah haid,nifas dan melahirkan anak(wiladah).
Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dengan menggunakan air mutlak sama ada air telaga,air paip,sungai laut dan tasik.Bagi pasangan suami isteri yang bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi selepas bersetubuh,tetapi diwajibkan mandi ketika ingin beribadat.Selepas bersetubuh pula,jika ia dilakukan pada waktu malam,jika tidak mahu mandi wajib lagi, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat,manakala tidak berwuduk sebelum tidur adalah makruh.
Rasulullah S.A.W Bersabda : ” Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat, Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafaat kepada manusia lain.”[Hadith Riwayat Muslim].
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Malam Berinai Perlu Atau Membazir?
Malam berinai? Sebenarnya malam berinai ni perlu ke? Tradisi siapa sebenarnya? Rasa tema macam mana yang sesuai? Sekarang memang kebanyakan pengantin akan membuat majlis malam berinai. Bagi yang tertanya-tanya pasal malam berinai ini, Jom baca apa itu malam berinai sebenarnya.
Sebenarnya Malam berinai ini merupakan tradisi perkahwinan Melayu tapi makin dilupakan, kini sudah menjadi trend kembali.Cuma berbeza sedikit dahulu dan kini, zaman dulu malam berinai ini terbahagi kepada dua iaitu berinai kecil dan berinai besar. Malam berinai kecil biasanya diadakan pada waktu petang tiga malam sebelum hari perkahwinan. Biasanya cuma ahli keluarga terdekat sahaja yang hadir waktu majlis tersebut, untuk merias pengantin perempuan. Inai akan dipakaikan pada kedua-dua belah tangan dan kaki pengantin perempuan. Pengantin lelaki juga diletakkan inai pada jari kelingking, jari manis dan jari hantu pada sebelah tangan sahaja.
Manakala untuk malam berinai besar biasanya diadakan pada malam sebelum hari perkahwinan. Rakan-rakan dan saudara mara dijemput hadir untuk memeriahkan majlis. Masa majlis ini tetamu lelaki akan melemparkan sikit nasi kunyit pada sebelah kiri dan kanan pengantin lelaki. Proses yang sama diulang dengan menggunakan bertih dan tangkai daun wangi dicelup dalam air daun setawar. Di akhiri dengan sedikit pes inai diletakkan di atas daun sirih dan diletakkan pada tapak tangan pengantin lelaki.
Berbeza dengan zaman sekarang pula, sesetengah masyarakat menganggap malam berinai ini satu majlis yang tidak perlu dan satu pembaziran. Maka, hanya yang mampu sahaja yang akan membuat malam berinai. Sesetengah pulak fikir yang malam berinai ni satu majlis wajib dan perlu dilakukan dan ada jugak yang siap buat acara mandi bunga pada majlis malam berinai tu.
Malam berinai ni sebenarnya tidaklah wajib pun sebenarnya, tapi lebih kepada adat. Kalau mampu dan rasa hendak buat, buatlah kahwin buka selalu sekali seumur hidup. Kos perbelanjaan kali ini pun bukanlah murah berbeza dengan zaman lampau. Malam berinai ini, lain tempat lain caranya, lain definisi malam berinai. Tetapi biasanya, waktu malam berinai ini, bakal pengantin akan membuat persalinan beberapa baju mengikut daerah masing-masing, tetapi kini sepasang baju sahaja di pakai. Sebenarnya Majlis Malam Berinai ini dibuat secara berperingkat.
1) Berinai curi – Diadakan tiga malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara terdekat sahaja.
2) Berinai kecil – Diadakan dua malam sebelum hari berlangsung majlis untuk saudara mara, jiran tertangga dan sahabat handai sahaja.
3) Berinai besar – Yang ni diadakan satu malam sebelum hari berlangsung majlis atau selepas akad nikah untuk para jemputan khas daripada pihak lelaki dan pihak perempuan,macam yang orang sekarang buat.
Kesimpulannya Majlis Malam Berinai ini tidak juga penting tapi lebih kepada adat. Ikut bajet masing-masing sebenarnya. Biar bersederhana asalkan gembira dan meriah sewaktu majlis berinai anda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI