Sedang saya iktikaf tidur di masjid. Tiba-tiba datang seorang abang mengadu nak ceraikan isterinya sebab isterinya degil, tak dengar cakap, tak bersyukur,kuat membebel, dan tak layannya sangat. Tak rasa nikmat kahwin. Macam tak kahwin..

Saya bisik padanya. Abang, saya dah dekat sebulan tidur masjid. Bergerak dari satu masjid ke masjid. Gembira kerana orang sini baik-baik. Tapi ada juga ujian kena minta tauliah orang pejabat agama. Lain mukanya..Allahu. Garang juga mulanya. Masa tu mula rasa sebak. Print jerlah tauliah tu. Macam-macam. Biasa dijemput. Hari ni lain lak jadinya bila guna duit harta sendiri untuk ziarah saudara muslim dan buat dakwah. Tak sangka. Saya niat pahalanya buat arwah ibu saya. Peluk mereka kerana Allah.

Nak Didik Anak & Isteri, Suami Tak Boleh Buat Seorang Diri. Kena Minta Tolong Dari Allah

Abang tahu tak bila sedih tu saya rindu siapa. Saya rindu mak ayah saya dan rindu isteri saya. Dialah penyejuk hati saya. Suaranya hiburan buat saya. Merekalah kekuatan saya. Allahu. Rindu teramat pada bidadari tercinta. Kadang-kadang rumah atau pinggan tak terurus buat saya makin sayang padanya. Tahu tak kenapa. Saya tahu bidadari saya penat. Tak berehat siang malam. Ini semua tugas saya. Bidadari saya dah bantu saya. Saya terima kaseh padanya..
Bila dia bercerita saya dengar sebab dia dah takde sesiapa nak bercerita melainkan Allah dan suaminya. Dialah yang banyak didik anak saya dengan pertolongan Allah.

IKLAN

Mendidik dan memenuhi jiwanya dengan iman, sunnah dan kasih sayang belaian adalah tanggungjawab kita. Cubalah buat Taklim dekat rumah. Cubalah buat solat tahajud sama-sama. Cubalah sekali sekala bagi dia rehat dan bawa dia belajar iman. Dekat dengan Allah. Nanti dia akan bahagia menjadi pembantu agama Allah

Kita khalifah. Kita ar rijal. Kita suami. Kita ketua keluarga. Kita dijadikan Allah sebagai pemimpin. Ini bukan apa yang sepatutnya kita buat. Tapi apa yang kita dah buat. Itulah hasilnya kini. Jangan merungut dan menyalahkan orang lain..

IKLAN

Nak Didik Anak & Isteri, Suami Tak Boleh Buat Seorang Diri. Kena Minta Tolong Dari Allah

IKLAN

Abang tadi menangis dia minta izin nak peluk. Saya peluk dan kata saya rehat dulu yer abang. Nanti datang solat subuh berjemaah dan dengar kuliah subuh. Baik ustaz..

Esok Subuh dia dah datang. Katanya betul ustaz kita perlu pertolongan Allah dalam mendidik isteri dan anak-anak. Hati yang kosong dari ingat Allah bagaimana nak mengisi hati orang lain. Sehari dah rasa kesannya bila kita sendiri berubah. Inikan 10hari. 10 bulan. 10 tahun..Allahuakbar

Sumber : Ebit Lew

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI