Tip
Fakta Mengapa Lelaki Lebih Terangsang Di Waktu Pagi

Fakta Mengapa Lelaki Lebih Terangsang Di Waktu Pagi

Wanita cenderung lebih suka bercinta pada malam hari. Ini kerana hormon yang merangsang ghairah seksual wanita sangat tinggi pada malam hari. Situasi sebaliknya berlaku kepada kaum lelaki kerana mereka lebih ghairah pada waktu pagi. Walau bagaimanapun daripada satu sudut lain, ia mendatangkan ‘kebaikan’ kerana memudahkan suami untuk menaikkan ghairah bercinta isteri. Jom ketahui fakta mengapa lelaki lebih ghairah di pagi hari.

Tingkat Testosteron Yang Tinggi

Salah satu alasan mengapa lelaki suka morning sex adalah kerana tingkat hormon testosteron mereka yang tinggi di saat pagi hari. Hasil kajian menunjukkan tidur yang nyenyak dan panjang amat mempengaruhi produksi hormon testosteron kaum lelaki. Ia merupakan tingkat tertinggi hormon tersebut pada kaum lelaki yang membuatkan kaum lelaki terarah untuk melakukan hubungan intim.

Pengaruh Stres

Kortisol merupakan hormon yang memicu stres dan ia amat mempengaruhi hormon seksual lelaki. Hormon yang memicu ghairah seksual akan menurun ketika hormon kortisol naik. Maka apabila seorang lelaki dapat berehat dan tidur dengan secukupnya maka hormon kortisol akan menurun dan ghairah seksual pun akan memuncak. Keadaan ini berlaku pada pagi hari maka sebab itulah nafsu galak lelaki lebih menggebu di pagi hari.

Keinginan Untuk Bercumbu

Seorang lelaki tidak akan berhenti untuk memproduksikan hormon testosteron. Dan ketika sudah sampai pada puncaknya, lelaki akan cenderung lebih bernafsu untuk bercumbu. Maka sebab itulah seorang lelaki akan lebih ‘bersemangat’ pada waktu pagi hari.

Anda Dalam Kawalan

Pada saat malam hari, hormon testosteron lelaki akan menurun dan sebaliknya ghairah isteri pula yang akan memuncak. Maka tidak hairanlah jika suami anda sering ‘kalah’ kala bercinta pada malam hari. Para suami suka melakukan ‘pembalasan atas kekalahan’ di pagi hari saat isteri sudah berada di luar kawalan. Dengan cara itu lebih mudahlah suami memuaskan isteri tanpa perlu bekerja lebih keras.

Permulaan Hari Yang Baik

Para isteri, anda tidak perlu hairan mengapa pasangan anda tiba-tiba menjadi mesra saat bangun tidur. Ya, ini kerana hormon testosteron si dia sedang berada pada puncaknya. Anggaplah ia sebagai satu permulaan yang baik ibarat jump start buat pasangan suami isteri untuk memulakan hari yang panjang. Bonus! Mungkin ia akan diteruskan pada malam hari pula lantaran hubungan intim yang agak terhad masanya di pagi hari gara-gara masing-masing perlu bergegas ke tempat kerja.

5 Aromaterapi Ini Bantu Naikkan Mood Bercinta

5 Aromaterapi Ini Bantu Naikkan Mood Bercinta

Tentu anda pernah mendengar ada beberapa makanan yang boleh membantu menaikkan ghairah bercinta. Nah! Ternyata aromaterapi juga ada yang boleh membantu meningkatkan mood berhubungan intim. Hanya dalam hitungan beberapa minit sahaja, wangian ini akan mampu membuatkan anda dan pasangan hanyut, malah ingin segera menikmati malam berdua yang super panas.

Kayu Manis

Siapa yang tidak suka dengan bau kayu manis? Aroma rempah-ratus yang satu ini memang bermanfaat untuk meningkatkan aliran darah ke daerah intim. Oleskan sahaja sedikit minyak aromaterapi kayu manis di belakang telinga atau di belakang tengkuk untuk merangsang ghairah bercinta.

Vanila

Vanila telah lama digunakan dalam minyak wangi dan lilin sejak zaman dahulu. Vanila ialah sumber alami yang akan membuatkan anda berasa relaks dan santai. Wangian ini juga mampu membuatkan lelaki rasa ghairah untuk segera bercinta dengan pasangannya.

Pepermin

Kajian telah menunjukkan bahawa pepermin meningkatkan hasrat seksual pada wanita dan dapat membantu mereka mencapai orgasma berulang kali. Aroma min ini mampu merangsang dan meningkatkan suasana hati, menyegarkan nafas serta menyenangkan pancaindera.

Lemon

Aroma lemon yang agak ‘tajam’ dapat membantu membangkitkan ghairah untuk berhubungan intim. Jika ingin rasa bersemangat dan bernafsu, anda boleh menggunakan pelbagai produk berbau sitrus.

Kayu Cendana

Aroma yang satu ini merupakan aroma kayu-kayuan yang sempurna untuk minyak urutan dan cologne. Aromaterapi yang berasaskan kayu cendana diyakini untuk memperkuatkan respons seksual dan memacu orgasma menjadi lebih kuat. Anda dan suami akan mengalami malam yang super panas dengan bantuan aromaterapi yang satu ini.

Nah! Tunggu apa lagi? Dapatkan wangian aromaterapi yang anda dan pasangan sukai agar malam anda berdua lebih panas dan mendebarkan.

Aksi Intim Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Pasangan

Aksi Intim Yang Boleh Anda Lakukan Dengan Pasangan

Keinginan seks antara lelaki dan wanita tidak sama. Itu realitinya. Apabila keinginan tidak setara, anda perlu sentiasa peka dan bersedia menyempurnakan apa jua hasrat pasangan. Jika tidak berjaya, maka diri anda gagal untuk menyerlah di hadapannya. Kelak, pasti si dia akan mengelak untuk bersama. Itu yang ditakuti, bukan? Ini antara aksi intim yang boleh anda praktikkan buat si dia.

PENUHI FANTASINYA

Sex fantasy is a guilty pleasure. Adakala ia boleh mewujudkan dilema tetapi hasilnya pasti mengujakan. Sebenarnya, wanita terbuka untuk ruang bermain fantasi tetapi ia perlulah bermula dengan suami terlebih dahulu. Tanyakan kepada si dia, jika dia berminat untuk anda membawa watak tertentu sebelum bermulanya hubungan intim. Tidak kisahlah apa jua karakter, ia mampu mewujudkan pengalaman baharu dalam rutin seks anda. Tip patut ikut – Jangan takut untuk kelihatan kelakar di hadapannya, tetapi anda perlu memainkan karakter yang diberi sehabis baik. Yang penting janganlah sampai anda tertekan pula. There is no best actor award for this!

TURN ON THE ROMANCE

Bersikap romantis ketika di awal permulaan cinta dan ketika berada di atas ranjang bersamanya adalah dua perkara yang berbeza, tapi motifnya sama. Oleh itu, jangan sesekali anda mengendahkan tentang kepentingan bersikap romantis ketika berhubungan intim. Memakai bau-bauan, meletakkan kelopak bunga di atas katil mahupun membakar lilin aroma di setiap penjuru bilik. Siapa yang tidak tertawan bukan? Jadi amalkan!

 ANGKAT DIA

Give her a lift! Ini rahsianya! Jangan terkejut jika pasangan inginkan anda untuk mengangkatnya, membawanya rapat ke dinding dan serta-merta menyentuhnya. Mungkin ia kedengaran agak klise tetapi inilah antara aksi yang diidamkan pasangan. Percayalah, perbuatan ini merupakan antara yang paling diminati wanita masa kini.

LELAHKAN DIA

Sex can be an adrenaline rush for some people. It’s chaotic, but it’s magical. Ini adalah bingkisan kata-kata daripada pakar terapi seks terkenal, Laura Berman, Ph.D. Seks yang mendatar tanpa didorong oleh aksi kasar dan memberahikan sewajarnya dielakkan. Oleh itu, lelaki perlu terbuka untuk melelahkan pasangan – iaitu mengasarinya dengan penuh etika, di samping menawarkan ‘sesuatu’ untuk diusahakannya. Biarkan si dia kepenatan, asalkan aksi intim anda berdua berakhir dengan satu kepuasan.

 PIMPIN DIRINYA

Do not sitting there and do nothing! Berdasarkan iaitu penyelidik seks, Debby Herbenick dari Universiti Indiana, wanita tergilakan seorang lelaki di ranjang yang bersedia untuk mengambil alih (take charge) dalam setiap aksi dalam perjalanan seks tersebut. Wanita sebenarnya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang arahan, asalkan ia bersesuaian dan boleh diterima. Arahan tidak semestinya dengan kata berjela-jela, cukup sekadar aksi spontan dengan bantuan sedikit upaya.

 MENGGELETEK

Kata orang-orang tua, geletek-geletek manja. Sentuhan ringan seperti geletek tickle, cuit squeak mahupun cubit pinch merupakan sentuhan ‘ajaib’ yang boleh anda usahakan. Wanita sebenarnya tidak mahu perjalanan seks mereka terus di pertengahan mahupun klimaks. Mereka lebih suka lelaki untuk melayani mereka seperti ‘bayi’ yang ingin dibelai dan dimanja. Selain menggunakan jari-jemari, geletek menggunakan bulu ayam (feather) boleh memberahikan dan memberikan impak ‘elektrik’ ke atas kulit lembut mereka. Cubalah!

Kebaikan Melakukan Hubungan Intim Secara Kerap

Kebaikan Melakukan Hubungan Intim Secara Kerap

Berapa kerapkah anda melakukan hubungan intim bersama pasangan dalam seminggu? Cuba semak manfaat yang diperoleh daripada frekuensi kekerapan anda melakukannya.

Sekali Seminggu Untuk Tidur Sempurna

Menurut Ahli Antropologi dari Universiti Rutgers, New Jersey, Helen Fisher, hubungan intim membuatkan otak akan merembeskan oksitosin yang boleh meningkatkan waktu dan kualiti tidur.

Dua Kali Seminggu Untuk Kesihatan

Pasangan yang melakukan hubungan intim dua kali seminggu mempunyai 30 peratus lebih protein imunoglobulin A yang berupaya untuk melindungi anda daripada jangkitan penyakit.

 Tiga Kali Seminggu Untuk Jantung

Menurut kajian dari Universiti Bristol, berhubungan intim tiga kali seminggu membantu mengurangkan 50 peratus risiko serangan jantung kerana ia membantu kadar denyutan jantung, sekali gus memperbaiki pengaliran darah di dalam badan.

Empat Kali Seminggu Untuk Awet Muda

Kajian oleh Hospital Royal Edinburgh menunjukkan pasangan yang melakukan hubungan intim empat kali seminggu akan kelihatan empat sehingga tujuh tahun lebih muda daripada pasangan yang kurang melakukannya. Ini kerana hubungan intim menghasilkan hormon pertumbuhan manusia yang membantu mengurangkan lemak badan, selain menghasilkan kulit yang cantik.

Lima Kali Seminggu Untuk Prestasi Kerja

Hubungan intim yang dilakukan sebanyak lima kali seminggu mampu meningkatkan tenaga, keyakinan, fokus dan kreativiti, sekali gus membuatkan anda lebih positif. Semua ini membantu anda melakukan kerja dengan lebih baik di pejabat.

Enam Kali Seminggu Untuk Menjadi Lebih Pandai

Hubungan intim menggalakkan pengaliran darah ke otak dan merembes hormon yang mampu meningkatkan daya intelektual anda. Menurut kajian, berhubungan intim sebanyak enam kali seminggu mampu mewujudkan sel-sel otak yang baharu.

Tujuh Kali Seminggu Untuk Kurangkan Stres

Membuat hubungan intim setiap hari mampu mengurangkan tekanan. Menurut seorang doktor dari California, hubungan intim yang kerap boleh mengurangkan rasa bimbang kerana ia menghasilkan endorfin. Ia juga mampu memperbaiki mood anda untuk menjadi lebih gembira.

Nak Hubungan Makin Intim, Suami Isteri Perlu Kuasai 5 Teknik Cumbuan Hangat Ini!

Nak Hubungan Makin Intim, Suami Isteri Perlu Kuasai 5 Teknik Cumbuan Hangat Ini!

Cumbuan bukan merupakan perkara janggal bagi pasangan suami isteri. Selain untuk hubungan intim bersama pasangan, amalan cumbuan juga mampu mengeratkan hubungan antara pasangan. Namun, jangan bercumbu depan khalayak ramai pula ya!

Kajian menunjukkan bahawa bercumbu boleh mengurangkan stres sekali gus menjadikan hubungan intim semakin hangat. Rata-rata orang yang sudah lama mendirikan rumah tangga, sering mengabaikan ciuman untuk dijadikan sebahagian daripada prosese berdua-duaan.

Sesungguhnya, pakar amat menggalakkan setiap pasangan suami isteri untuk sering bercumbu kerana ia boleh membuatkan rumah tangga lebih bahagia. Mungkin anda tidak tahu bahawa bercumbu terdapat dalam beberapa teknik.

Nak tahu apa teknik yang dimaksudkan? Jom lihat senarai di bawah ini. Mungkin selepas ini anda ingin mencubanya!

1. THE LOVE BITE

Dengan lembut (gunakan sedikit kekerasan jika si dia sukakannya). Mulakan dengan perlahan, kemudian semakin kuat, apabila menyentuh si suami, endorphin akan berikan sensual dan bantu ketepikan perasaan sakit dari minda anda.

2. VAMPIRE PUCKER

Beri ciuman lembut di wajahnya kemudian bergerak ke bahagian leher. Pakar mengatakan spot terbaik adalah di bawah telinganya. Tapi jangan pula gigit telinga pasangan anda pula ya! Khuatir si dia akan menjerit kerana terkejut.

3. WATER MAKE-OUT

Ambil seteguk air (tidak kira air apa saja minuman yang kalian suka) dan tahan keinginan untuk menelannya. Selebihnya, go with the flow. Anda dengan sendiri dapat terokai apa yang seteguk air boleh lakukan untuk tambah momen istimewa antara anda dan suami. Jika ada lebihan air yang tertumpah di pipinya saat bercumbu, mungkin itu boleh jadi satu lagi alasan untuk kalian terus bercumbu.

4. MORNING SMOOCH

Sebelum kalian suami isteri ke tempat kerja, pegang tangan suami dan rapatkan diri. Berikan ciuman romantis di bibirnya selama 2 ke 3 saat. Ia bukan sahaja membuatkan suami lebih mendambakan anda tetapi terdapat satu kajian mendapati lelaki yang mencium isterinya setiap pagi akan hidup lebih lima tahun lebih lama berbanding mereka yang tidak mengamalkannya. Suami akan berterima kasih pada anda bila dia masih boleh meniup lilin kek hari jadinya yang ke 100 tahun.

5. DIRTY FRENCH

Rapatkan bibir sesama kalian dan lakukan apa yang anda rasakan nikmat kala berdua. Dengar seakan-akan meggelikan tetapi ia adalah rutin yang sangat mendalam. Bukan saja anda akan berimaginasi tetapi lelaki boleh memindahkan testosterone melalui air liur dan menjadikan isteri lebih berahi. Ia merupakan kajian daripada Journal Evolutionary Psychology.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: