Trending
Jarak Usia Bukan Penghalang Untuk Bercinta Buat Adam Lee Asalkan Ada Kematangan Diri

Jarak Usia Bukan Penghalang Untuk Bercinta Buat Adam Lee Asalkan Ada Kematangan Diri

Adam Lee pelakon yang mula meningkat naik  dan aura lakonannya meninggalkan kesan di hati peminat menerusi  drama Sejuta Rasa Buat Adelia dan Pengantin Musim Salju. Adam akui mahu secara serius dalam bidang lakonan dan kini sibuk dengan penggambaran Adam Chempaka. Berbual dengan anak muda ini sempat bertanya tentang jodoh dan wanita pilihannya. Ini luahan jujur Adam buat pembaca Pesona Pengantin.

Definisi jodoh

Jodoh adalah satu pertemuan yang Allah S.W.T  tentunya antara lelaki dan wanita.

Anda telah menemui jodoh?

Saya telah menemui jodoh tetapi kecewa apabila putus cinta.  Cinta yang terbina tiga tahun lerai mungkin faktor tidak sefahaman dan  sibuk bekerja. Menemui cinta baru ini ketika Adam patah balik kepada kehidupan lama, bekerja di gym. Dia mengenali Adam bukan semasa Adam berlakon tetapi semasa di gym.

Ada meletak sasaran umur untuk berkahwin?

Bagi Adam, untuk serius dalam perhubungan bukan dalam masa yang terdekat. Tetapi tidak berani menidakkan jika sampai jodoh. Adam just ikut plan, tetapi jika Allah dah tentukan jodoh dalam masa yang terdekat , Adam ikut.

Ciri-ciri wanita idaman

Apa yang Adam mahu calon wanita itu boleh mendengar cakap ibu bapa , taat dan ada rasa hormat. Adam juga akan hormat ibubapanya. Kalau dia tidak boleh hormat ibu bapa Adam bermakna tidak boleh menerimanya walaupun dirinya cantik macam bidadari. Bila nak kenal seseorang, ibubapa jangan diketepikan. Tanpa ibubapa siapalah kita.

Jika jodoh lebih tua atau muda

Bagi Adam tidak menjadi masalah, sebelum ini juga saya bercinta dengan jarak umur lima tahun. Sebab setengah orang berpendapat, umur lebih dari kita menjadikan diri lebih matang. Sebenarnya tidak. Bila ada girlfriend lagi matang, lama berkawan maka terkeluarlah perangai masing-masing.

Adam tidak prefer yang lebih muda, pendek kata sesiapa pun Adam temui selepas ini memberi peluang belajar perkara baru dan hadapi dengan tenang.

Nak majlis kahwin yang bagaimana?

Saya seorang yang simple. Tak payah nak grand sangat. Lepas tu menanggung hutang… sakit . Buat yang Islam suruh sahaja.

Erti bahagia

Bahagia tidak boleh dibeli dengan wang ringgit  kerana kebahagiaan ini lahir dari hati.Adam bahagia dengan keluarga. Walaupun tidak dilimpahi kereta mewah dan sebagainya.

Andai ada yang mahu menaja perkahwinan anda.

Alhamdulillah, jika menolak seoalah kita  mengecewakan pihak terbabit.

Sisi berbeza Adam

1)Adam tidak minat KPop namun willing to study. Sekarang pun Adam bakal terlibat dengan penggambaran Adam Cempaka. Dengan watak KPpop ini terpaksa study karakter itu dulu.

2) Adam suka menghabiskan masa dekat gym.

3) Kalau tentang makan, Adam suka yang simple. Suka makanan yang dimasak oleh ibu bapa saya.

4) Adam suka warna hitam.

Lokasi bulan madu

Adam teringin nak  ke luar negara seperti Amsterdam.

Perkembangan terkini

Bermula dengan dunia lakonan sejak usia 19 tahun. I love my job akui Adam. Baru selesai penggambaran Sejura Rasa Buat Adelia di Astro Ria. Dan akan masuk set penggambaran Adam Chempaka. Adam memegang watak sebagai Adam dengan Sweet Qismina untuk slot Lestari di TV3. Adam banyak dapat watak Oppa yang beri cabaran buat diri sebenarnya.

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

Tidak Menyangka Hubungan Yang Dibina 10 tahun Kekal Utuh Sehingga Bergelar Suami Isteri

Cinta zaman sekolah atau cinta monyet kebanyakkannya tidak berakhir hingga ke jinjang pelamin kerana masing-masing tidak matang di kala itu. Setakat suka-suka dan tidak memahami makna sebenar hati dan perasaan pasangan. Ramai juga yang terjerat dengan cinta zaman sekolah ini. Macam-macam ragam percintaan bagi mereka yang melalui fasa tersebut,contohnya bercinta secara sorok-sorok maklumlah masih di bangku sekolah.

Namun tidak kurang juga berterusan cinta hingga membina istana bahagia. Pokok pangkalnya terletak pada kesabaran dan hati sejauh mana mereka bersabar menempuhi cabaran dan dugaan percintaan yang dibina.

Bagi pasangan Muhammad Faiz Bin Sabri, 26 dan Nur Farhana Murfiqah Binti Mustaffa, 24 perkenalan selama 10 tahun dengan suami memberi makna buat mereka berdua. Bagai tidak disangka hubungan yang dibina bertahun-tahun itu kekal utuh sehinggalah sah menjadi suami isteri. Akui mereka sungguh terharu dengan pengalaman yang dilalui.

 Bilakah mula perkenalan anda berdua?

Perkenalan kami berdua bermula dari bangku sekolah ketika tahun 2007. Ketika itu saya seorang pengawas sekolah,  saya mengawasi kawasan bilik guru bersama  supaya tiada pelajar yang merayau di waktu tengah hari. Ketika itu saya bertemu Faiz. Dia lalu dan menegur saya dengan berkata “eh ada cikgu minta nombor awak” sedangkan  dia yg minta.

Sejak dari itu kami mula berkawan dan berkenalan. Sehingga keluar dari sekolah kami masih menghubungi antara satu sama lain hingga ke peringkat universiti. Kami mengikat pertunangan sebelum Faiz menamatkan pelajaran di peringkat master pada ketika itu.  Setelah tamat pelajaran kami melangsungkan majlis perkahwinan pada tahun 2017. Alhamdulillah kini genap setahun lima bulan kami berkahwin.

Apa yang membuat anda jatuh hati dengan pasangan?

Suami seorang yg kelakar itu yang membuat saya tertarik hati dengannya.

Apa perkara manis yang pasangan lakukan dan masih tersemat di minda?  
Banyak sebenarnya,  antara perkara yang Faiz lakukan ialah dia buat kejutan di hari lahir saya. Zaman belajar di UiTM,  Pulau Pinang dulu, tiap kali balik selepas kelas, Faiz akan datang dari Shah Alam dan menghantar saya pulang ke rumah. Boleh dikatakan kerap kali pulang ke rumah akan dijemput oleh Faiz.

Apa istimewanya Faiz di mata Nana?

Akui Nana, Faiz seorang yang bertanggungjawab , suka buat dirinya gembira , berhati mulia, sweet, kelakar dan kacak.

Bagaimana Faiz memujuk bila Nana merajuk?

Biasanya kalau Nana merajuk, suami akan buat lawak hingga tergelak dan Nana tidak merajuk lagi.

Apa perkara sweet yang Faiz lakukan?

Perkara sweet yang suami lakukan selepas kahwin ialah suka bawa Nana  melancong. Kadang-kadang suami akan masakkan untuk Nana bila penat . Malah ada masanya suami cakap hari ini tak payah  masak kita makan luar. Dia sangat memahami diri Nana.

Apa yang meyakinkan Nana memilih Faiz sebagai suami?

10 tahun perkenalan membuatkan Nana sudah tahu hati budi Faiz dan tambah meyakinkan untuk bersama sebagai pasangan yang sah. Nana yakin Faiz dapat membahagia dan menggembirakan Nana setiap masa dan sampai bila bila.

Genap 11 bulan berkahwin kami dikurniakan cahaya mata yang pertama dan insyaAllah sedang menunggu ketibaan ahli baru dalam keluarga dalam masa yang terdekat. Itulah penantian yang paling ditunggu-tunggu oleh kami berdua dan momen paling indah dalam hidup. Sesungguhnya cahaya mata ini menjadi pengikat cinta dan kasih sayang kami berdua. Tidak sabar menanti menunggu kehadiran orang baru dalam hidup kami.

Pada pandangan Nana apa yang membuatkan cinta ini bertahan lama?

Pada pandangan saya yang membuatkan cinta kami bertahan lama adalah yang paling penting sifat kesetiaan, kejujuran, toleransi dan percaya antara satu sama lain. Itulah rahsia kebahagiaan hidup kami sampai sekarang dan selamanya InsyaAllah Amin.

Sehangat Asmara Di Pulau Kandolhu

Sehangat Asmara Di Pulau Kandolhu

Setiap pasangan yang sedang hangat bercinta, pasti mengimpikan satu percutian yang penuh romantis untuk dikenang selamanya. Bagi anda yang baru diijabkabul dan masih tercari-cari lokasi untuk berbulan madu, apa kata anda cuba memadu asmara di Pulau Kandolhu Maldives.

Pulau yang terletak 70 kilometer dari bandar Male ini sangat sesuai untuk mereka yang dambakan percutian penuh privasi dan intimasi kerana hanya terdapat 30 buah villa di atas pulau ini.

Pemandangan Pulau Kandolhu Dari Atas Yang Kelihatan Seperti Bentuk Hati

Jika dilihat dari pandangan atas, pulau ini kelihatan seolah-olah berbentuk hati yang dikelilingi oleh terumbu karang dan air laut berwarna biru firus. Percaya atau tidak anda boleh berenang dan snorkeling mengelilingi pulau ini dan hanya mengambil masa kurang dari satu jam untuk selesai satu pusingan.

Terdapat lima jenis villa yang disediakan disini merangkumi ‘Jacuzzi Beach villas’, ‘Pool Villas’, ‘Duplex Pool Villas’, ‘Ocean Villas’, dan ‘Ocean Pool Villas’. Penulis amat bertuah kerana diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di dua jenis villa yang berbeza.

Suasana Pulau Yang Sangat Privasi

Disebabkan penulis sudah menginap di Pulau Kuramathi terlebih dahulu, jadi perjalanan ke Pulau Kandolhu ini hanya memakan masa selama lebih kurang 30 minit menaiki bot laju. Suasana di pulau ini agak sunyi kerana tidak ramai yang menghuni di sini. Malah saiz pulau ini juga sangat comel dan anda boleh berjalan mengelilingi pulau ini dalam masa 5-10 minit sahaja.

Kawasan Jeti Pulau Kandolhu Yang Kelihatan Begitu Indah Di Waktu Malam

Untuk hari pertama, penulis diberi peluang untuk menginap di ‘Ocean Villa’ iaitu villa atas air yang menghadap hamparan lautan yang luas terbentang. Untungnya saya kerana villa ini betul-betul menghadap ke arah matahari terbenam.

 

Salah satu kelebihan yang ada di Pulau Kandolhu ini yang tiada di pulau-pulau lain di Maldives ialah setiap Villa disediakan kamera Go-Pro untuk digunakan penginap sepanjang berada di pulau ini. Jadi anda tidak perlu khuatir jika terlupa membawa kamera sendiri kerana setiap detik anda pasti akan dirakam dengan adanya kemudahan yang disediakan ini.

Pulau Kandolhu Merupakan Satu-satunya Pulau Di Maldives Yang Menyediakan Perkhidmatan Kamera Go-Pro Secara Percuma

Selain itu setiap bilik di Villa ini turut menyediakan I-Pad, peralatan untuk aktiviti pantai serta internet berkelajuan tinggi. Dengan adanya I-Pad yang memuatkan segala maklumat mengenai pulau ini, amat mudah untuk anda melakukan segala aktiviti termasuklah melihat menu makanan di setiap restoran. Anda juga boleh membawa I-Pad ini kemana-mana sahaja di kawasan pulau.

Suasana Dari Dalam Bilik Ocean Villa

Menariknya di Villa ini, anda boleh terus turun dari beranda untuk menikmati pengalaman snorkeling yang menakjubkan. Sesekali jika bertuah akan ada penyu yang akan menyinggah di hadapan villa anda. Dan penulis sangat bertuah berpeluang melihat sindiri di depan mata kehadiran penyu di hadapan villa.

Jika Bernasib Baik, Anda Akan Menerima Kunjungan ‘Tetamu Istimewa’ Ini Di Bawah Beranda Bilik Anda

Peluang untuk menatap matahari terbenam dari ruangan bilik sendiri digunakan sepenuhnya. Puas rasanya dapat menikmati keindahan langit senja yang perlahan-lahan bertukar warna sehingga matahari tenggelam sepenuhnya di dasar lautan luas terbentang. Sungguh mengasyikkan!

Pemandangan Matahari Terbenam Dari Atas Yang Sungguh Menakjubkan

Malam menjelma, perut juga sudah mula berkeroncong, peluang untuk menikmati makan malam disini adalah antara yang paling dinantikan. Mana tidaknya terdapat 5 buah restoran di atas pulau kecil ini. Dan anda boleh pilih untuk menikmati dimana-mana restoran disini kerana semuanya sudah termasuk di dalam pakej penginapan di sini. Antara restoran yang terdapat di pulau ini ialah The Market, Olive, Sea Grill, Banzai dan Ata Ora.

Salah Satu Restoran Yang Terdapat Di Pulau Kandolhu Yang Diperbuat Daripada Terumbu Karang

Menariknya terdapat juga menu masakan Melayu disini seperti sate ikan, nasi goreng dan juga kari ayam. Apa lagi, peluang ini digunakan sebaiknya penulis untuk melepaskan rindu terhadap masakan Malaysia. Makanan laut disini semuanya segar-segar belaka kerana di tangkap di laut berhampiran. Di restoran Sea Grill anda boleh melihat sendiri bagaimana chef yang bertugas di sini menyediakan makanan. Hidangan-hidangan yang lazat disini dicipta oleh Chef terkemuka dari Perancis iaitu Chef Mickael Farina.

Antara Menu Yang Disediakan Oleh Chef Terkemuka Yang Bertugas Di Pulau Kandolhu

Masuk hari kedua penulis diberi peluang untuk menginap di Villa kedua iaitu di Jacuzzi Beach Villa. Villa ini terletak di bahagian pantai di mana katil bilik ini menghadap ke luar pantai. Menariknya bilik ini turut menyediakan jakuzi serta pancur terbuka bertaraf spa. Setiap villa di sini mempunyai kemudahan yang sama seperti kamera Go-Pro dan juga I-Pad.

Pemandangan Dari Jendela Villa Yang Menghadap Ke Pantai

Peluang menginap di Villa berdekatan pantai ini digunakan sepenuhnya untuk lepak santai di kerusi malas serta menelaah karya kegemaran sambil menghirup air kelapa segar. Nyaman sekali!

Bertuahnya kunjungan penulis ke sini kerana diberi peluang untuk bersnorkeling sambil ditemani petugas yang mengendalikan aktiviti ini. Lebih menyeronokan kerana beliau tahu dimana spot yang menarik untuk kami melihat hidupan akua yang unik dan cantik. Ibarat memasuki ke alam yang lain, keindahan dunia marin di sini sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Pelbagai jenis hidupan laut yang cantik dan unik ada disini. Malah ada sesetengahnya yang tidak terjangkau dek akal.

Antara Spesis Ikan Pari Yang Terdapat Di Pulau Kandolhu

 

Kehadiran Ikan Jerung Di Pantai Sering Menarik Perhatian Penginap Di Sini

Penulis turut dibawa menelusuri ke tempat istimewa penyu bermain. Penyu disini sangat jinak malah seakan menerima kunjungan kami ke sini kerana asyik berenang berdekatan kami. Sempat juga penulis merakam gambar kenangan dibawah air bersama hidupan istimewa ini. Mujur ada kamera Go-Pro.

 

 

 

Peluang Bergambar Bersama Penyu Di Sini Tidak Akan Dilepaskan, Mujur Ada Kamera Go-Pro

Terlampau asyik menikmati keindahan hidupan dalam air ini sehingga tidak terasa sudah hampir satu pulau telah dikelilingi. Begitulah asyiknya melakukan aktiviti snorkeling di sini. Pelbagai jenis sukan air tidak bermotor ditawarkan di Pulau Kandolhu ini antaranya luncur angin, perahu dayung berdiri, pelayaran katamaran, bot belayar dan kayak.

Selepas puas bermain air, penulis diberi keistimewaan untuk memanjakan diri di Spa Veru yang terletak di tengah-tengah pulau ini. Ibarat pucuk dicita ulam mendatang, tawaran untuk merehatkan diri ini diterima dengan hati yang terbuka dan berbunga. Mana tidaknya, badan juga sudah lenguh-lenguh kerana asyik berenang, kulit juga sudah terbakar disambar sinaran mentari. Inilah masa yang terbaik untuk merawat kembali tubuh supaya kembali bugar.

Di waktu malam, jika bosan terperap di dalam villa, anda boleh melepak di tepi pantai atau di restoran sambil berhibur dengan alunan muzik yang romantik. Atau anda boleh melepak membaca di perpustakaan mini yang dibuka selama 24 jam yang terletak di bahagian penyambut tetamu.

Perpustakaan Mini Yang Dibuka 24 Jam Sehari

Sebelum berangkat pulang, penginap disini akan diberikan ‘pendrive’ sebagai tanda penghargaan di mana ‘pendrive’ itu memuatkan segala foto dan video yang dirakam menggunakan kamera Go-Pro yang disediakan.

Penulis memilih untuk pulang menggunakan pengangkutan udara iaitu ‘Seaplane’ untuk ke lapangan terbang kerana mahu menjimatkan masa.  Nyata pengalaman menginap di Pulau Kandolhu ini tidak akan dilupakan buat selamanya. Jika ada rezeki, pasti akan kembali ke sini lagi.

Penulis : Muhamad Helmi Bin Anuar

Foto : Kandolhu Island

Beri Perhatian Tiga Perkara Ini Agar Majlis Kahwin Berlangsung Sempurna

Beri Perhatian Tiga Perkara Ini Agar Majlis Kahwin Berlangsung Sempurna

Menyempurnakan majlis perkahwinan agar berlangsung dengan sukses menuntut masa yang panjang dengan bantuan mental dan fizikal yang sihat. Semua pengantin yang bakal melangsungkan majlis perkahwinan mendambakan satu majlis yang sempurna.

Memuaskan para tetamu undangan juga menjadi hal yang wajib dilaksanakan oleh setiap bakal pengantin sebagai penanda aras berjayanya sesebuah majlis perkahwinan. Oleh itu bakal pengantin perlulah memberi perhatian pada beberapa perkara berikut agar majlis anda berlangsung dalam suasana yang lancar.

1. Pastikan tok kadi dan saksi hadir tepat pada waktunya

Kehadiran tok kadi sebagai juru nikah perkahwinan tentunya menjadi perkara terpenting agar majlis anda berjalan lancar. Bayangkan ketika semua tetamu undangan telah hadir, makanan sudah dihidangkan dan seluruh keluarga besar telah hadir, tetapi tok kadi dan saksi belum menampakkan dirinya, apa yang bakal anda lakukan? Yang pasti jangan panik, maka untuk menghindari hal itu segera pastikan pegawai tersebut hadir dan catat nombor telefonnya agar mudah dihubungi. Kalau perlu, lakukan perjanjian dari awal dan suruh orang menjemput pegawai tersebut agar anda boleh memastikan sendiri kehadirannya dalam perkahwinan.

2. Beri perhatian pada keselamatan persekitaran

Mempersiapkan keadaan keselamatan merupakan hal yang paling penting anda perhatikan. Dengan keadaan ramai orang yang berkerumun tentunya terdedah akan hadirnya orang-orang yang memiliki niat jahat di dalam majlis perkahwinan yang anda buat. Untuk itulah peranan petugas keselamatan seperti polis atau rela perlu ditingkatkan untuk mengusir kejadian yang tidak di ingini.

3. Periksa persiapan semua vendor perkahwinan

Dalam menyelenggarakan majlis perkahwinan, persiapan seluruh vendor seperti photography, katering, dekorasi dan juru mekap menjadi satu kesatuan yang saling menyempurnakan. Kehadiran mereka semua tentunya sangat membantu menjayakan acara yang telah anda buat.

Maka dari itu, sebelum menjalin kontrak kerjasama, pastikan terlebih dahulu bahawa vendor yang telah anda pilih sudah memiliki track record yang jelas dan sudah berpengalaman dalam bidang perkahwinan. Kerana jika tidak dipilih betul, alih-alih majlis menjadi kucar kacir akibat perihal vendor yang dipilih oleh anda.

Tak Sangka Jodoh Satu Pejabat. Hasil Usikan Bos, Temukan Pasangan Ini

Tak Sangka Jodoh Satu Pejabat. Hasil Usikan Bos, Temukan Pasangan Ini

PERTEMUAN CINTA ALI & ANISHA

Benarlah kata orang, kalau sudah jodoh tidak ke mana.Pertemuan yang terjalin melalui kenalan ini akhirnya sampai ke fasa yang diimipikan oleh setiap pasangan bercinta. Sama cantik sama padan, akhirnya sepakat menyatukan simpulan cinta dab kasih mereka ke sebuah gerbang perkahwinan bahagia.

Detik perkenalan

Kami diperkenalkan   oleh bos saya yang juga   merupakan   pengurus   pasukan   sepak   takraw    suami.  Bos mengusik saya untuk memberikan ucapan hari jadi kepada suami. tak sangka itulah rupanya titik pertemuan dan seterusnya percintaan kami bermula. Alhamdulillah setelah mengetahui hubungan serius kami, rakan-rakan gembira dan mendoakan kebahagiaan kami.

Keistimewaan Pasangan

Bagi saya Ali seorang lelaki yang mempunyai pegangan agama, walaupun dia bukan seorang ustaz tetapi dia boleh membimbing saya dan saling ingat-mengingati tentang bab agama. Selain itu, dia pandai mengambil hati keluarga, tidak terlalu peramah dan tidak terlalu pendiam. Ali juga seorang yang berdikari dan bijak dalam menguruskan hal-hal berkaitan. Anisha pula seorang yang manja dan happy go lucky. Dia sentiasa positif dan bersederhana dalam segala hal. Paling istimewa, Anisha seorang yang sangat penyayang.

Detik Lamaran

Suatu hari, ali membawa saya berbuka puasa dan dalam masa yang sama menyambut hari lahir saya di salah sebuah restoran rooftop di ibu kota. Suasana ketika itu cukup indah, suami hadiahkan saya sejambak bunga dan coklat kegemaran saya.Dia meluahkan hasrat untuk  menamatkan zaman bujang dan ingin menjadikan saya sebagai isteri. Saya terkejut dan tidak sangka dilamar oleh Ali secepat itu tetapi saya menerima lamarannya hati terbuka dan menyerahkan segalanya kepada Allah kerana sebaik-baik perancangan adalah dari DIA. Kami sama-sama membuat solat istikharah meminta agar diberi petunjuk dan jalan semoga dipermudahkan urusan.

Destinasi bulan madu

Tidak seperti orang lain, kami memilih  bercuti di atas kapal persiaran (cruise). Segala percutian bulan madu dirancang sendiri oleh  suami kerana berbulan madu di atas kapal persiaran adalah impian suami.  Bagi saya ini pengalaman yang sangat manis untuk dikenang sepanjang hayat.

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: