Tip
Apa Nak Buat Bila Tinggal 3 Bulan Lagi Sebelum Majlis Kahwin?   

Apa Nak Buat Bila Tinggal 3 Bulan Lagi Sebelum Majlis Kahwin?  

Ini saat-saat yang bakal pengantin paling nervous sekali. Ye lah, masa nilah orang cakap final check. Tapi jangan risau, admin sediakan mana yang perlu korang go thru 3 bulan sebelum majlis nanti.

 

#1: Dup dap dup dap
Kalau bulan lepas, anda ada lagi 4 bulan menjelang perkahwinan anda, bulan ini, anda ada tiga bulan sahaja lagi. Debaran pun semakin kuat. Kalau dulu anda banyak rasa ‘excited’ saja unutk berkahwin, sekarang dah mula datang rasa nervous. Bak kata zaman masa sekolah, dah cuak dah. Macam-macam ada dalam benak anda sekarang kan? Tak apa. Sikit saja lagi.

 

#2: Baju kahwin
Hah. Ini kalau belum tempah lagi, baik tempah terus selepas membaca artikel ini. 3 bulan sebelum majlis sebenarnya sudah agak terlambat. Lagi-lagi kalau baju pengantin perempuan. Fabric hunting lagi, patching lagi, nak cari tailor lagi. Unless, anda ada bajet yang besar, anda boleh serahkan semuanya pada designer anda.

 

Namun, kalau dah lambat sangat selalunya designer pun tak ambil tempahan dah. Untuk pereka tersohor, selalunya mereka awal-awal lagi sudah ‘fully booked’. Jika anda mahu sewa sahaja persalinan anda, baik anda pergi sewa secepat mungkin. Sekurang-kurangnya, apabila sudah ‘book’ rasa lega sedikit.

#3: Mekap
Bagi bakal pengantin perempuan, hal ini agak stress sedikit. MUA yang best best selalunya cepat ditempah orang. Jika anda bercadang untuk tempah MUA anda sebulan sebelum majlis, cadangan anda itu agak mencabar dan merbahaya. Jika majlis anda dijadualkan berlangsung pada cuti sekolah, eloklah anda tempah sahaja sekarang. Deposit pun selalunya tidak banyak. Dalam RM100 pun ada. Dan, jangan berkira-kira sangat tentang caj MUA. Ini adalah pelaburan yang sangat berbaloi. Mekap yang hebat boleh membuat anda berasa cantik sepanjang majlis dan memberikan anda keyakinan diri yang tinggi.

 

#5: Kad kahwin
Mak dah bising tentang kad kahwin? 3 bulan sebelum majlis adalah waktu terbaik untuk ‘settle-kan’ apa yang patut. Bulan depan sudah boleh mula edarkan kad.

 

#6: Borang
Hah…ini antara perkara yang boleh menambahkan lagi debaran anda. Isi borang kahwin. Hal ini ada prosedur-prosedur yang perlu diikut dengan tertib. Jangan buat di saat akhir. Nanti urusan senang pun anda anggap leceh.

 

#7: Jimat
Mungkin menjelang majlis anda dan pasangan, kedua-dua anda makin berjimat dan bukannya seperti semasa anda berdua baru bercinta. Tak apalah. sikit lagi. Dan jika dipandang daripada sudut positif, anda dan pasangan dapat melatih diri untuk berjimat di masa hadapan juga. Ada juga pasangan yang sendiri terkejut mereka sebenarnya mampu menyimpan wang yang banyak jika mereka tidak berbelanja seperti sebelumnya.

#8: Ujian
Ada pasangan yang diuji pada detik-detik menanti hari bahagia ini. Lain orang lain dugaannya. Ada orang makin sibuk bekerja, ada orang lama muncul kembali, ada juga yang tidak sempat menjengah hari bahagia bersama pasangan.

Kawan Baik Temukan Ketika Buat COD. Siapa Sangka Kini Bergelar Suami Isteri

Kawan Baik Temukan Ketika Buat COD. Siapa Sangka Kini Bergelar Suami Isteri

Cinta muncul tanpa diduga,perasaan hadir tatkala dua hati bertemu tanpa dirancang. Hadirnya kenikmatan dalam sebuah ikatan perkahwinan membuatkan kehidupan berumahtangga ini lebih dirahmati hingga ke akhir hayat. Cinta itu datang dalam pelbagai cara. Mengenai pertemuan mereka ini, Asha akui, kawan baiknya temukan mereka ketika buat COD. Dan siapa sangka akhirnya menjadi suami isteri.

Perkenalan Bermula

Sebenarnya kami berkenalan menerusi kawan baik saya yang kenalkan Asraf kepada saya.Saya sendiri tidak pernah terfikir untuk rapat apatah lagi menjadi suami saya pada harini. Ingat lagi pada 10 September 2015 buat kali pertama saya dan Asraf berjumpa. Ketika saya sedang buat COD (cash on delivery) barang yang saya jual. Dari situ permulaan sebagai kawan sahaja namun pada hujung Disember baru  hubungan kami semakin rapat dan akrab. Mengambil masa lima bulan sahaja untuk mengenali hati budi masing-masing, saya terus dirisik keluarga Asraf untuk ke peringkat seterusnya.

Detik Lamaran

Asraf bukanlah jenis seorang yg romantik tetapi cara dia melamar sangat simple. Di kedai tomyam selepas makan malam, Asraf menyuarakan hasratnya yang dia serius untuk menjadikan saya sebagai isteri, lalu memberitahu saya bahawa minggu depan dia ingin berjumpa ibu dan bapa saya. Masa berlalu pantas, minggu seterusnya ibu bapa Asraf  datang ke rumah untuk merisik saya. Semua ini terjadi tanpa dirancang.

Perempuan mana tidak bahagia bila lelaki yang diidamkan serius mahu menjadikannya sebagai pasangan hidup. Saya ketika itu sangat gembira dan hati terbuka untuk menerima lamaran tersebut kerana saya tak berminat bercinta lama. Saya anggap ini sebagai rezeki dan jodoh yang Alah tetapkan buat saya.

Keistimewaan Pasangan

Asraf  seorang yang suka buat saya ketawa.Dia bukanlah seorang yang romatik tapi saya yang lebih mengenalinya tahu, dalam hati dia romantik. Sifat bertanggungjawab dan bijak Asraf juga membuatkan dia istimewa di mata saya.

Bagi Asraf pula, ciri-ciri istimewa yang ada pada Asha ialah dia pandai membuat kerja rumah, seorang wanita yang tidak terlalu bergantung, lemah lembut dan mempunyai mata sepet.

Lokasi Bulan Madu

Kami memilih Maldives kerana suasana tempat yang tenang dan cantik sesuai untuk pasangan untuk berbulan madu dan beristirehat, dan ianya  mempunyai keunikannya tersendiri. Contoh di sana ada beratus pulau yang mempunyai pemandangan berbeza-beza.

 

Azrel Ismail Akui Sudah Berpunya. Kongsi Perkahwinan Idamannya

Azrel Ismail Akui Sudah Berpunya. Kongsi Perkahwinan Idamannya

 

Jarang terpalit dengan kontreversi, pelakon ini pandai menjaga nama nya dari sebarang kontreversi murahan. Siapa yang tidak kenal dengan pelakon yang mempunyai mirip Remy Ishak ni. Pelakon Azrel Ismail akui dirinya sudah berpunya dan kongsi kepada kami tentang perkahwinan idamannya.

 

MAKSUD CINTA& PERKAHWINAN?

Bagi saya cinta is Love, cinta sepenuh jiwa tanpa jurang prasangka dalam perhubungan. Keikhlasan, tiada yang lebih dan boleh menandatangani cinta. Perkahwinan pula bila dua pasangan lelaki dan perempuan yang sah diijabkabulkan, bakal melalui bahtera kehidupan, selamanya berdua.

 

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN?

Ingin memiliki seorang wanita idaman bukanlah satu perkara yang mudah. Saya idamkan wanita yang mempunyai ciri-ciri baik, cantik dan beriman.

 

PANDANGAN TENTANG PASANGAN BERUSIA?

Tersenyum Azriel bila diajukan soalan ini. “No, I’m not ok. Saya prefer perempuan lebih muda dari saya, tetapi terpulang pada individu itu. Kalau dah jodoh tak kemana.”

 

PERKAHWINAN IMPIAN?

Saya mahukan perkahwinan yang sempurna dan kekal sehingga ke akhirnya. Sudah semestinya konsep impian ialah tepi pantai. Lebih santai dan bakal meninggalkan memori indah untuk saya dan bakal isteri.

 

TARGET KAHWIN?

Jodoh adalah kuasa Allah, jadi saya hanya berusaha untuk menamatkan zaman bujang mungkin next year.

 

DESTINASI BULAN MADU?

Bulan madu mestilah saya inginkan sesuatu yang lebih menerujakan, United States jadi destinasi pilihan. Di sana mempunyai pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan bersama tersayang.

 

TRADISIONAL ATAU MODEN?

Mestilah moden! Lebih ringkas tetapi masih bergaya.

 

Baca lanjut adakah Azrel ok jika jodohnya dikenenkan oleh ibu bapanya? Jangan lupa dapatkan Pesona Pengantin Edisi Oktober – Disember 2018.

3 Jenis Cincin Bakal Pengantin Perlu Tahu

3 Jenis Cincin Bakal Pengantin Perlu Tahu

Selalu bakal pengantin yang baru nak buat persediaan ni mesti tak tahu mana nak mulakan dulu. Jadi masuk bab mencari cincin pilihan ni, bakal pengantin perlu tahu 3 jenis cincin ni. Namun begitu, terpulang kepada individu. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli yang lebih mahal dan mengikut kesesuain design anda.

  1. Cincin Merisik

Dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupon ia digelar sebagai cincin belah rotan tetapi ia tidaklah diperbuat daripada rotan. Cincin ini biasanya diberikan ketika hendak merisik. Cincin ini sangat simple dan tidak mempunyai batu. Harga cincin ini biasanya dalam lingkungan RM 100 lebih dan ke atas.

  1. Cincin Tunang

Cincin ini digelar sebagai eternity ring. Biasanya cincin ini mempunyai batu yang disusun sejajar. Mempelai boleh memilih untuk suaikan sama ada emas putih atau emas kuning. Hargannya berada di dalam lingkungan RM 500- RM 1.5k. bergantung kepada berat diamod dan jenis emas.

  1. Cincin Nikah

Cincin nikah ini biasanya lebih glamor,  nama pun cincin nikah mestilah cantic dan bermakna kan?  Cincin ini dipanggil Solitaire Ring. Harga cincin berada dalam lingkungan RM 500 ke atas. Cincin jenis ini juga bergantung kepada berat , bentuk dan jenis diamond.

 

Kredit: Indahnya Perkahwinan

Harris Annuar Tak Kisah Jika Ibu Pilihkan Calon Isteri

Harris Annuar Tak Kisah Jika Ibu Pilihkan Calon Isteri

Harris Annuar nama yang kian meningkat naik. Bermula perjalanan seninya terbabit dalam Pencarian Hero Remaja, Harris kini banyak menghiasa kaca televisyen dan media sosial dengan video-video lawaknya. Tidak pernah mengambil kesempatan terhadap populariti ibu dan kakaknya, Harris kini cuba bangkit sendiri. Berbicara mengenai jodoh dan calon pilihan ibunya sendiri Pesona Pengantin tanya beberapa soalan yang mungkin anda tidak tahu mengenai Harris.

 

MAKSUD CINTA?

Bila dua orang berjumpa dan setia hingga akhir hayat.

 

CIRI-CIRI WANITA IDAMAN?

Saya idamkan wanita yang solat lima waktu tak tinggal.

 

PANDANGAN TENTANG PASANGAN BERUSIA?

Bagi I ok, sebab pengalaman yang mematangkan. Kalau dah jodoh, I ok.

 

PERKAHWINAN IMPIAN ?

Perkahwinan outdoor tepi pantai ala Yuna.

 

TARGET KAHWIN?

Dulu sepatutnya 21 tahun, tapi bila saya mulai sibuk, mungkin akan anjakkan ke 28 tahun.

 

DESTINASI BULAN MADU?

Switzerland.

 

TRADISIONAL ATAU MODEN?

Moden.

 

PERKARA TAK INGIN TERJADI SEWAKTU MAJLIS KAHWIN

Bila ex I datang dan hancurkan majlis.

 

OK JIKA PASANGAN SELEBRITI?

I ikut jodoh dan tak memilih.

 

OK JIKA DIKENENKAN IBU BAPA?

I ok. Tak ada masalah.

 

 

Jangan lupa dapatkan Pesona Pengantin isu Oktober – Disember 2018 untuk cerita selanjutnya!

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: