Trending
Cara Ini Ustaz Ebit Lew Bahagiakan Isteri Hingga Bidadarinya Menangis Terkejut

Cara Ini Ustaz Ebit Lew Bahagiakan Isteri Hingga Bidadarinya Menangis Terkejut

Beruntungnya seorang wanita yang bergelar isteri itu ialah apabila dia dikurniakan suami yang bertanggung jawab dan anak- anak yang membahagiakan. Setiapa lelaki atau suami mungkin boleh ikut cara Ustaz Ebit Lew ini bahagiakan isterinya hingga isterinya menangis terkejut tanpa gunakan wang ringgit.

Bila sampai rumah 1pagi.. Sebak tengok orang masuk Islam atau sedih tengok anak muda tidur tepi longkang atau bawah jambatan…Dah lewat… Tengok bidadari dah tertidur di sofa di ruang tamu.. Tunggu suami. Bertambah laju air mata..semoga Allah terima jadi asbab hidayah.. Ya Allah kasihan bidadariku. Ampunilah dirinya, berilah kesihatan padanya. Ya Allah beri syurga firdaus buat dirinya. Perlahan-lahan beri salam supaya dia tak terjaga dan tutup pintu perlahan-lahan. Saya paling nikmat dan seronok bila lihat bidadari saya boleh berehat sikit. Yerlah mana sempat seorang isteri itu untuk berehat.

Saya masuk bilik tengok ada 2 bakul baju besar belum lipat. Ada sikit-sikit dah lipat. Penatnya bidadari saya. Saya berusaha lipat semuanya. Terasa sakit pinggang. Terasa jenguh juga menghabiskan semuanya Dan puas juga tengok masa baju anak. Sedih sebab tak tahu sangat mana baju anak mana. Sebab semua almari lain-lain. Anak dah 4 orang. Sebak fikir macam manalah ibu, isteri, seorang wanita buat semua ini seorang diri dalam keletihan. Setiap hari tanpa rehat dan tanpa henti.

Dekat 2 jam lipat baju. Makin sebak rasa. YaAllah ganjarilah dengan sebesar-besar ganjaran buat bidadariku. Kemudian masukkan dalam almari. Susun ikut almari masing-masing. Maknanya ada 6 almari. Semuanya lain-lain.

Ada baju siang. Ada baju malam. Ada baju berjalan. Ada baji di rumah. Ada baju tidur. Musim panas musim sejuk. Sedih rasa..ya Allah..ada baju kena gantung. Ada baju kena lipat. Bila tengok dalam almari. Semuanya cantik kemas. Hebat seorang wanita. Rupanya nak lipat kain pun penuh kesenian. Penuh ketelitian. Penuh sistem.

Bila bangun pagi sahur. Bidadari saya menangis kejut saya. Kenapa abang buat semua ini. Abang penat berdakwah ceramah.

Sebab abang lelaki. Abang sayang bidadari abang kerana Allah. Abang sihat. Sayang banyak pahala khidmat. Berusaha bahagiakan hati sayang buat Allah sayang abang. Abang nak pegang tangan sayang pimpin masuk syurga. -ebit lew

Isteri Jaga Makan Pakai Tapi Suami Sibuk Cari Lain. Apa Suami Nak Sebenarnya? 

Isteri Jaga Makan Pakai Tapi Suami Sibuk Cari Lain. Apa Suami Nak Sebenarnya? 

Dalam setiap rumahtangga, biasalah jika ada pasang surutnya. Biasalah jika isteri kadang-kadang tidak bergaya dan selekeh. Tapi itu bukan kebenaran untuk suami buat alas an untuk cari yang lain. Dia jaga makan pakai kita tapi sibuk buka hati kita untuk orang lain. Apa suami nak sebenarnya? Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi di akaun fb miliknya.

 

Nak curang, nak cari perempuan lain tidak memerlukan alasan sebenarnya. Semuanya terletak pada hati dan diri sendiri.

Isteri cantik, baik pun suami cari perempuan lain. Isteri jaga pakai minum pun suami masih sibuk buka hati pada orang lain. Apa yang seorang suami nak sebenarnya?

Isteri juga manusia. Dia tidak sempurna. Dia mungkin tidak pandai kemas rumah, tetapi dia hebat dalam memasak. Perut kau sentiasa kenyang. Makan minum kau sentiasa terjaga.

Kalau kau cakap kau cari lain sebab sakit mata pandang isteri kau, tak pandai melawa, hodoh, kenapa kau kahwin dengan dia dulu? Kalau dia dah tak secantik dulu, mungkin masa dia dah tak banyak macam sebelum kahwin. Dia sibuk uruskan kerjaya, anak-anak dan juga keperluan kau sebagai suami.

Kalau isteri dah cukup baik, takde sebab untuk kau cari yang lain. Dia dah tak cantik, kau boleh belikan dia set kecantikan. Kalau kau cakap dia tak pandai kemas rumah, kau boleh ajak dia sama-sama kemas rumah.

Kalau kau cakap dia sibuk dengan dunia kerjaya dia, kau suruhlah dia berhenti kerja dan jangan lupa bagi nafkah pada dia seperti yang dia minta.

***

Setiap masalah ada penyelesaiannya. Kau syukuri apa yang ada, kau akan bahagia. Kau suluh juga diri sendiri. Kau pun bukan sempurna. Tetapi isteri kau tetap sayang dan cinta kau sama seperti mula-mula dia kahwin dengan kau.

Kasih dan cintanya tak pernah berubah walaupun perut kau dah kedepan. Kesetiannya tetap utuh walaupun adakalanya kau buatkan dia mengalirkan air mata.

Kalau dia, seorang isteri boleh setia sampai mati, kenapa kau boleh berpaling mencari yang lain? Kah!

[ASY]

#AmirSyahir

 

Siapa Sangka Kawan Semasa Universiti Itu Sebenarnya Jodoh Kita. Pasangan Ini Jumpa Kembali Lepas Habis Belajar

Siapa Sangka Kawan Semasa Universiti Itu Sebenarnya Jodoh Kita. Pasangan Ini Jumpa Kembali Lepas Habis Belajar

 

Siapa sangka detik perkenalan semasa melanjutkan pelajaran di universiti itu sebenarnya jodoh yang ditakdirkan tuhan buat pasangan ini. Berjumpa kembali selepas habis belajar, Effi dan Sheila akhirnya membuat keputusan untuk sama-sama ke jinjang pelamin.

Detik perkenalan

Kami mula berkenalan sebagai kenalan semasa melanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana Muda (Degree) pada sekitar tahun 2012. Ketika itu, perkenalan kami hanya sebagai kawan biasa dan kali terakhir kami berhubung selepas masing-masing grad. Namun persahabatan mula terjalin kembali pada 2015 iaitu apabila masing-masing sudah mempunyai kerjaya sendiri. Dengan izin Allah SWT persahabatan dan keserasian yang terjalin dan membawa kami ke jinjang pelamin.

Detik lamaran

Secara jujurnya kami adalah pasangan yang simple dan selalu inginkan kesederhanaan di dalam setiap yang kami lakukan. Niat dan lamaran juga dibincang secara tertutup oleh kami berdua. Namun, moment lamaran yang simple itulah yang amat kami hargai dan ingat betapa manisnya tak terkata perasaan bagi kedua pihak setelah meluahkan segala kata-kata yang telah sekian lama terbuku dan ingin diluahkan.

Perasaan ketika Effi ingin serius dan mengakhiri persahabatan kami dengan perkahwinan membuatkan saya sangat terharu dan tidak sangka. Dengan perkenalan sebagai seorang sahabat dan kawan baik membuatkan kami mempunyai chemistry yang baik di antara satu sama lain. Dengan ini dan izin Allah SWT juga kami yakin untuk berkahwin.

Destinasi bulan madu

Melbourne, Australia. Kami inginkan percutian di Bandar yang tenang dan moden. Dalam masa yang sama kami nak explore the beauty of the cities, people and animals. Melbourne percutian yang amat sesuai untuk pasangan pengantin yang inginkan pengembaraan yang penuh destinasi dan aktiviti bersama.

 

Drama Sekarang Asyik Pasal Suami Curang, Isteri terluka. Teruk Sangatkah Suami Sekarang?

Drama Sekarang Asyik Pasal Suami Curang, Isteri terluka. Teruk Sangatkah Suami Sekarang?

Drama yang kita tengok sekarang dari petang hingga malam berturut-turut tentang suami curang dan isteri terluka. Apa teruk sangatkah suami sekarang? Lelaki bernama Amir Syahir ini kongsi, Bukankah perkahwinan adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia?

Drama Melayu sekarang ni asyik pasal suami curang dan isteri terluka serta kecewa. Lepastu isteri menangis-nangis dan tetap bertahan demi anak-anak.

Lantas si isteri melarikan diri untuk memberi ruang buat dirinya berfikir. Ada juga yang sampai perlu berjumpa dengan pskiatri disebabkan tekanan mental dan perasaan hanya disebabkan seorang suami.

Bukankah perkahwinan adalah untuk mendapatkan kehidupan yang lebih sempurna dan bahagia? Tetapi kalau perkahwinan yang dibina hanya bermainkan air mata, perlukah si isteri mempertahankan mahligai yang dibina dengan rasa cinta suatu ketika dahulu?

Teruk sangatkah suami sekarang? Atau kerana cerita Melayu yang suka mempertontonkan cerita sebegitu, masyarakat kita turut mengikut langkah yang sama.

Dan ramai juga yang takut untuk mendirikan rumah tangga kerana takut tersilap pilih suami yang bukan pencinta yang setia.

Bukan drama yang salah. Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Apa yang baik boleh kita jadikan teladan dan apa yang tidak baik jadikan sempadan. Fikir kembali niat kita berkahwin. Fikir dan renung kembali saat pertama kau jatuh cinta dengan isteri yang dikahwini.

Isteri zaman sekarang kebanyakannya sudah ada pendirian dan matlamat sendiri. Dia boleh memilih untuk meneruskan kehidupan dengan anak-anak tanpa suami kalau itu yang terbaik.

Bukan bermaksud dia menderhaka, tetapi apa guna terus menyeksa diri hidup dengan suami yang tidak tahu menghargai. Kalau benar dia sayang dan setia, tidak akan pernah muncul yang ketiga.

Hidup kita tidak tahu lama mana. Kalau ada duka yang menjelma kadangkala, itu perkara biasa. Pilihlah kehidupan yang bahagia dan yang mampu membuat kau senyum sentiasa.

Baikilah yang mana kurang. Janganlah terus buang mana yang kurang. Lengkapilah satu sama lain. Moga manfaat. Kah!

 

[ASY]

 

#AmirSyahir

Lelaki Ini Kongsi 7 Sebab Kenapa Rezeki Suami, Isteri & Keluarga Sukar Masuk

Lelaki Ini Kongsi 7 Sebab Kenapa Rezeki Suami, Isteri & Keluarga Sukar Masuk

Baginya komunikasi adalah asas dalam rumahtangga. Jadi balik je dari kerja lepas settle anak-anak, masak, basuh bajuh apa semua, cuba audit diri kita Bersama. Berhenti menyalahkan pasangan walau apa pun puncanya. Nak ubah sesuatu terutama kebahagiaan dan kewangan keluarga kita perlu bermula dari kita sendiri, bukan dengan melihat kelemahan orang. Ini perkongsian Mizan Dzai ;

  1. Sering bergaduh

Bergaduh sesama suami isteri lagi-lagi perihal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tidak redha antara satu sama lain, itulah asbab rezeki disekat.

 

  1. Merungut dan merasa anak adalah beban

Berikan kasih sayang kepada anak-anak kerana anak adalah rezeki Allah. Ibu bapa perlu mengusahakan rezeki untuk anak-anak tanpa merungut dan merasa terbeban.

 

  1. Mengeluh dengan apa yang dimiliki

Kurangkan mengeluh dan banyakkan bersyyukur dengan apa yang ada tidak kira banyak atau sedikit. Syukur itu adalah kunci kepada rezeki yang melimpah ruah.

 

  1. Lokek dengan pasangan dan anak-anak

Jangan berkira-kira mempermudahkan hal yang baik untuk keluarga. Perlu ada tolak ansur sesama pasangan kerana rezeki yang Allah beri adalah untuk dikongsi Bersama.

 

  1. Gagal mengawal emosi marah

Jangan tinggikan suara. Sebutkan kata-kata yang baik bila Bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buang cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan zahirkan layanan yang penuh mesra.

 

  1. Kurang sabar

Bersabar dalam menangani kerenah suami, isteri dan anak-anak. Kadangkala ada sesuatu perkara yang kita tidak berkenan. Namun, carilah penyelesaian secara baik.

 

  1. Kurang berdoa dan bertaqwa

Sentiasa mendoakan yang baik-baik  untuk suami, isteri dan anak-anak.ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari kerana kuasa doa itu adalah luar biasa.

 

 

 

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: