Tip
Mengetahui Waktu Subur Jika Ingin Mengelak Atau Mendapatkan Zuriat

Mengetahui Waktu Subur Jika Ingin Mengelak Atau Mendapatkan Zuriat

Sering kali kedengaran wanita mengeluh kerana kitaran haid yang tidak tetap setiap bulan. Malah ada yang mengalaminya hanya setiap dua atau tiga bulan sekali menyebabkan mereka sukar untuk menentukan tahap kesihatan tubuh badan secara fizikal serta mengetahui waktu yang subur jika ingin mengelak atau mendapatkan zuriat.

Apakah maksud kitaran haid? Ia merangkumi tiga perkara iaitu:

  1. Kitaran berkala
  2. Pengovulan
  3. Haid

Kitaran haid ialah kitaran bulanan berkala yang melibatkan pengovulan dan haid. Pengovulan pula merujuk kepada proses telur yang matang dibebaskan daripada ovari wanita. Manakala haid pula terjadi apabila telur tidak disenyawakan oleh sperma lalu ia mati dan berdarah serta dikeluarkan daripada dinding uterus melalui faraj.

Kitaran haid yang normal bermula dari hari pertama haid sehingga kitaran haid yang akan datang berlaku dalam jangka masa antara 21 hingga 35 hari dan tempoh haid pula ialah sekitar 2-7 hari.

Corak kitaran haid akan dapat menentukan kesihatan wanita, potensi pembiakan dan gejala penyakit organik jika seseorang wanita mengalaminya seperti kanser pangkal rahim, rahim, polip, fibroid dan sebagainya.

Seseorang wanita yang mengetahui kitaran haid dengan baik dan tepat agak mudah untuk mengenali waktu subur wanita jika bercadang untuk hamil. Jika sebaliknya berlaku, mungkin wanita tersebut mengalami beberapa isu kesihatan yang perlu ditangani, selain mengambil langkah-langkah tertentu agar ia tidak menjadi ke tahap yang lebih merbahaya.

Jika kitaran haid tidak berlaku dan ia mengesahkan bahawa tiada unsur kehamilan, ini bermakna bahawa wanita tersebut mempunyai kitaran haid yang tidak teratur. Namun, proses ovulasi masih boleh berlaku cuma kitaran haidnya sahaja yang tidak teratur. Jika wanita tersebut tidak mengalami proses ovulasi tetapi berhasrat untuk hamil, maka sewajarnya dia mendapatkan khidmat pakar perunding atau profesional perubatan.

Secara umumnya terdapat dua perkara yang berlaku semasa proses kitaran haid:

  1. Proses bermula interaksi daripada otak yang mengeluarkan hormon
  2. Dinding uterus mula menebal dan diperkaya dengan salur darah untuk persediaan penempelan embrio

Sakit dalam kitaran haid

  1. Sakit sebelum haid – darah turun ke bahagian pelvik, perut mungkin rasa seperti sedikit kembung dan tidak selesa.
  2. Sakit semasa mentrual – ia bukan petanda yang baik. Darah tidak boleh keluar sepenuhnya dan sesetengah wanita mengalami aliran bertentangan menyebabkan darah terperangkap dalam ovari atau tiub berhampiran kawasan itu. Agak sukar untuk hamil jika ia berlaku dan perlu berjumpa dengan doktor segera.
  3. Jika wanita mengalami sedikit ketidakselesaan dan sakit yang ringan sama ada di sebelah kiri atau kanan sekitar bahagian abdomen dan kesakitan dirasai selama setengah hari atau lebih dan lega kemudiannya, ia bermakna bahawa ovulasi bermula serta masa yang sesuai bagi pasangan untuk bersama. Jika mengalami sakit yang teruk, segera berjumpa dengan pakar sakit puan untuk mendapatkan rawatan.

Namun jika seseorang wanita itu menghadapi tekanan kerana runsing terhadap sesuatu perkara, otak akan memberi isyarat untuk menghentikan seketika hormon daripada dihasilkan dan proses ovulasi tidak dapat berlaku.

Jika tekanan bukan penyebab utama, doktor akan memeriksa ovari jika wanita tersebut mempunyai masalah kesihatan yang lain kerana ia merupakan organ penting yang mengeluarkan telur setiap bulan kepada wanita.

Analisa diri sendiri juga boleh dilakukan dengan mengambil bacaan suhu badan. Waktu yang disarankan ialah setiap pagi selepas bangun tidur dan terus mengambil bacaan suhu badan. Jika ada peningkatan sebanyak 0.25 Celsius, ini bermakna proses ovulasi sedang berlaku.

Jika perubahan kitaran pendek dari tempoh mula kitaran yang normal iaitu 21-35 hari, ia masih boleh diterima namun jika ia berlarutan lebih daripada tiga bulan, pemeriksaan lanjut daripada pakar amat disarankan.

Kepada pasangan yang bakal berkahwin dan bercadang untuk hamil dalam masa terdekat namun mempunyai kitaran haid yang tidak teratur, beberapa rawatan yang boleh dilakukan termasuk:

  1. Pengambilan ubat clomid selama lima hari setiap kitaran, sebanyak 50 peratus daripada wanita akan melalui proses ovulasi dan berjaya hamil
  2. Suntikan
  3. Permanian berhadas (IUI)
  4. Persenyawaan in vitro (IVF)

Kitaran haid dan hormon yang mempengaruhi emosi wanita.

 

Contoh jadual kitaran haid, subur serta ovulasi.

 

Oleh : Dr. Tee Swi Peng,

Perunding Kesuburan

Metro IVF, Klang, Selangor

Kalau Jumpa Perempuan Yang Ada 7 Perkara Ni, Tolong Jangan Lepaskan!

Kalau Jumpa Perempuan Yang Ada 7 Perkara Ni, Tolong Jangan Lepaskan!

Zaman sekarang, bukan mudah nak cari pasangan yang sempurna di mata kita dan pasangan. Tapi jika korang jumpa perempuan yang ada 7 perkara ni, tolong jangan lepaskan kongsi lelaki  bernama Amir Syahir .

Jangan Lepaskan Perempuan Yang Ada 7 Perkara Ini
************************************************

Edisi: Pengurusan Kewangan

Kau nak cari calon isteri jangan nak cari yang dahi licin je. Memang agama yang pertama. Tapi kau kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.

Kalau calon isteri kau ada 7 perkara ni, laju-laju kau masuk meminang dia. Ajak kahwin terus. Rugi dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang.

***

Antaranya :

  1. Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Kau nak belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi je”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan la duit tu”. Bukan tiap kali dating, asyik perabih duit kau je suruh beli patung beruang besar.
.

  1. Tak Apa Jika Kau Ajak Makan Kedai Biasa-biasa

Kalau kau ajak dia makan kedai biasa atau kat warung, dia tak kisah pun. Asalkan halal dan bersih dan makanan sedap. Tak macam makwe lain, pakai tudung lilit, apa kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC. Kalau makan kedai makan murah-murah je terus muncung mulut, sampai boleh sangkut penyakut baju.
.

  1. Naik Kereta Secondhand Kau Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je. Nak nampak kelas sikit.
.

  1. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia takde nak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, Iphone, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.
.

  1. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis nak buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Takde nak buat “Wedding Of The Year” bagai sampai nak buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM30K.
.

  1. Tak Minta Nak Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis nak ajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Nak cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin. Ni tak, setiap tahun ajak travel. Sampai kau terpaksa meminjam sana sini.
.

  1. Gaji Kau Sikit

Dia tak kisah pun kalau gaji kau rendah daripada dia. Takde nak berlagak. Dia terima kau seadanya. Yang penting kau jenis bertanggungjawab. Kau jenis caring dan pandai jaga hati dia, dia okey ke kau kerja apa pun.

***

Manusia tidak sempurna. Kalau kau tengah bercinta dan pasangan kau takde ciri-ciri di atas, janganlah kau tinggalkan dia pula.

Kau bimbing dan ajar la dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ni duit bukan segala galanya. Tapi semua nak pakai duit.

Kalau kau duk membazir benda bukan-bukan je, mungkin kedudukan kewangan masa depan kau akan terjejas. Kah!

SHARE l TAG Pasangan / Makwe Kau Yang Power Menguruskan Kewangan. 😊

[ASY]

#AmirSyahir
#NotaKewanganASY
#DariAnakMudaUntukAnakMuda

 

Ciri Wanita Dambaan Lelaki

Ciri Wanita Dambaan Lelaki

Apa ciri wanita yang menjadi idaman lelaki? Perlu ambil tahu ye wanita di luar sana, jangan ambil remeh nanti bila di tinggal kekasih dalam beberapa bulan tongkat dagu la… jangan salahkan takdir pula. Bagi wanita yang di luar sana InsyaAllah beberapa tip dan cara untuk para wanita diluar sana agar mudah memikat lelaki idaman anda. Bukan mudah nak memikat orang yang kita idamkan sehingga tidur tak lena, mandi tak basah, makan terlajak kenyang sampai perut buncit tanpa sempadan itu cara membinasakan diri sendiri.

1.Lelaki tertarik pada wanita yang cantik

Cantik ini sebenarnya subjektif. Kalau seseorang itu merasa cantik dalam dirinya InsyaAllah dia akan kelihatan cantik. Ini bukan perasan atau syok sendiri tapi ini adalah yakin dengan pemberian Allah. Confident level kena tinggi dan bertempat ye, jangan riak berdosa. Maka bersiaplah selalu agar tampil cantik dan jelita sepanjang masa. Sejuk mata memandang.

2. Sifat keanak-anakan

Percayalah bahawa wanita yang ada sifat keanak-anakan dapat menarik hati orang lelaki, sebab sifat lelaki ini dia nak menjadi hero, nak membela. Orang lelaki ini dia nak macho. Dia nak menjaga, membela, mengawal, membimbing dan juga melindungi wanita. Sesekali macam budak tadika apasalahnya kan…comel, cute
gitu.. Tapi ingat jangan terlalu over nanti nampak macam orang gila dan tua-tua nak merengek..

3. Berakhlak tinggi.

Sudah semestinya semua lelaki di luar sana suka akan sifat wanita yang berakhlak. Sopan santun,lemah lembut ada sifat-sifat wanita timur. Jangan orang timur nak buat perangai macam sikap orang barat. Ingat! Orang barat pun tertarik dengan wanita timur okay!

4. Beragama

Tanyalah mana-mana lelaki di luar sana siapa tak nak wanita yang beragama? Segarang-garang dan sekeras-keras lelaki itu pasti dia nak kan isterinya beragama. Kalau dia dah huru-hara tak akanlah pasangannya pun nak yang haru biru juga. Wanita yang beragama ini adalah perintah Allah. Solat 5 Waktu dan sebagainya.

5. ‘Beauty with brain’– bijaksana

Bijaksana merupakan salah satu sifat-sifat wanita yang menjadi idaman lelaki iaitu pandai. Tapi ingat lelaki pun menyampah juga kalau yang menunjuk-nunjuk kepandainnya. Kalau tak tahu cakap saja tak tahu jangan buat-buat tahu. Lumrah orang lelaki memang suka tengok wanita cantik yang seksi tapi nak jadikan isteri sebenarnya tidak sekadar syok bawa kehulu kehilir saja. Faham-faham lah ye wanita di luar sana.

6. Lelaki tertarik dengan wanita yang memahami

Lelaki cukup tertarik dengan sifat wanita yang memahami iaitu gerak hati yang kuat. Kurang membebel, tak perlu cakap berulang kali dah faham apa nak buat. Pendek kata bijak berdikari. Tidaklah asyik hendak berkepit 24jam. Rimas kak oi…

7. Tidak terlalu cemburu

Nak cemburu boleh, bertempat ye. Kalau tak cemburu langsung pun tak boleh nanti dia ingat tak sayang pula. Kalau terlewat balik rumah atau menjemput anda di tempat kerja jangan la nak melompat naik angin cepat sangat, tanya elok-elok kan sweet.

8. Kuat memberi sokongan- Moral Support

Tidak kisah dalam apa jenis bentuk pun, sokongan anda sebagai seorang teman istimewa dalam hatinya akan cukup bermakna jika anda bijak memberi semangat kepadanya. Orang lelaki ni pun maja juga mereka pun perlukan perhatian. Kalau boleh dengar lah keluh kesah mereka kadang-kadang ye.

9. Tergoda dengan wanita yang sejuk mata memandang

Sejuk mata memandang, bukan rupa sahaja, perangai, akhlak, pertuturan, dalam tip di atas dah ada yang dinyatakan.

10. Ada kesamaan dan keserasian

Minat yang sama mendorong mereka untuk lebih ingin mendekati seseorang wanita itu. Persamaan ini memudahkan anda berkogsi minat yang sama tidaklah seperti langit dan bumi.

Pesanan Untuk Wanita Moga Jadi Insan Yang Sentiasa Kental Dalam Mengharungi Kehidupan

Pesanan Untuk Wanita Moga Jadi Insan Yang Sentiasa Kental Dalam Mengharungi Kehidupan

Wahai wanita andai rasa diri lemah, rendah diri , tidak berkeyakinan bacalah perkongsian oleh Ustazah Siti Khadijah. Moga dirimu wanita rasa bangga sentiasa dan tidak pernah rasa lelah dengan dugaan yang mendatang.

Wahai wanita,
Sekiranya engkau terlambat menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Khadijah radiallahuanha, yang sentiasa bersabar hingga mendapat suami terbaik di muka bumi pada ketika usianya 40.

Wahai wanita,
Sekiranya engkau tidak menikah, maka ingatlah kisah Saidatina Maryam, yang sentiasa gigih berjuang, hingga Allah mengangkat darjatnya di dunia dan akhirat.

Wahai wanita,
Sekiranya engkau memiliki suami yang buruk perangainya, maka ingatlah kisah Saidatina Asiah isteri Firaun, yang tetap tabah memegang iman, hingga Allah janjikan kepadanya istana di syurga.

Wahai wanita,
Sekiranya engkau dimadu, tidak memiliki keturunan atau menjadi janda, maka ingatlah bahawa Saidatina Aisyah radiallahuanha telah mengalami itu semua, namun Allah tetap menguatkannya, menolongnya dan memuliakannya.

Wahai wanita,
Sekiranya engkau telah diceraikan suamimu, maka ingatlah firman Allah, “Jika keduanya bercerai, maka Allah akan memberi kecukupan kepada masing-masing dari limpahan kurniaanNya, dan adalah Allah Maha Luas (kurniaanNya) lagi Maha Bijaksana.”

Wahai wanita,
Sekiranya engkau adalah seorang ibu, maka syurga anak-anakmu berada di telapak kakimu dan seiranya engkau adalah seorang anak, maka engkau dapat menjadi pelindung kedua orang tuamu dari api neraka dan sekiranya engkau adalah seorang isteri, maka engkau adalah anugerah terindah yang pernah dimiliki oleh suamimu.

Wahai wanita,
Dengarlah agamamu, yang telah bercerita kepadamu dengan sebaik-baik cerita untuk bekalan hidupmu.

Wahai wanita,
Dengarlah agamamu, yang telah memuliakanmu, menghargaimu dan mengangkatmu maka ikutilah segala jalan, yang telah ditunjukkan oleh agamamu.
Hanya Allah Maha Mengetahui
Perkara Yang Benar.

Kredit : Ustazah Siti Khadijah

Sumber: https://www.facebook.com/diarihati/posts/1864504746912352

Jangan Buat Perkara Yang Menyebabkan Pasangan Bosan Dan Menjauhkan Diri Dari Anda

Jangan Buat Perkara Yang Menyebabkan Pasangan Bosan Dan Menjauhkan Diri Dari Anda

Tahukah anda bahawa perkara yang remeh boleh menjadi punca kurangnya kasih sayang dalam suatu perhubungan. Cinta yang kurang bersinar mungkin menyebabkan perpisahan. Walaubagaimana pun semua orang mahupun anda mempunyai kekurangan tertentu. Atasinya segera.

Nafas berbau

Jika selekeh tidak mengapa lagi tetapi jika mulut sentiasa berbau, anda harus lakukan sesuatu untuk mengelakkan orang di sekeliling terutamanya pasangan. Setiap hari kita akan mengalami masalah mulut disebabkan makanan tetapi tidak berpanjangan. Mulut yang berbau akan menyebabkan masalah berkomunikasi. Jika dibiarkan pasangan mungkin cuba untuk mengelak dari bercakap panjang dengan anda.

Kurang Yakin

Sifat rendah diri atau tidak yakin dengan setiap keputusan, mungkin akan menyebabkan pasangan memandang rendah kebolehan anda. Jika dibiarkan, lambat laun pasangan mungkin menafikan hak anda dalam membuat keputusan. Untuk mengelakkan cinta yang dibina menjadi kusam, anda perlu bangkit mencari kekuatan diri. Setidaknya dalam 10 keputusan, empat darinya anda yang memberi kata putus.

Kaki Gajet

Anda sentiasa dengan telefon pintar atau gajet-gajet terkini sehinggakan anda kurang berkomunikasi dengan pasangan. Apabila pasangan memanggil, anda hanya mengangkat kening tanda menyahut tetapi mata masih lagi berada di skrin telefon. Erm, ini tidak bagus sebenarnya. Buangkan sikap sebegini kerana gajet termasuk antara faktor utama punca penceraian atau perpisahan. Bagi kaki gajet, sedar tau tidak anda sebenarnya kurang berkomunikasi dengan pasangan. Sekaligus mewujudkan jurang yang akhirnya berakhir dengan perpisahan.

Suka Hati Menetapkan Tarikh Dating

Peringatan untuk pasangan bercinta, anda tidak boleh sesuka hati menetapkan tarikh untuk berjanji temu. Harus ada persetujuan antara dua pihak. Takut dikhuatir nanti bakal membuatkan pasangan rasa tidak cocok dengan cara kehidupan kamu dan akhirnya mengurangkan rasa cinta yang sedang mekar.

Gemar Bercakap Mengenai Pasangan

Sedar atau tidak sedar, anda sebenarnya sedang bercakap mengenai hal pasangan sendiri kepada orang lain. Apabila perkara ini sampai kepada si dia, mungkin membuatkan dia berasa malu dan tidak selesa. Contohnya, anda memuji bahawa pasangan anda seorang yang pembersih ketika berada di rumah dan perkara ini sampai kepengetahuan dia dari mulut sahabat anda sendiri. Walaupun perkara itu satu pujian tetapi mungkin terdapat rasa tidak selesa di hatinya apabila anda menghebahkan perkara yang tidak perlu terutamanya perangai sebenar di rumah.

 

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: