Selalu kita dengar, wanita sanggup berhabis duit untuk tampil cantik dengan mengubah diri semata-mata untuk menarik perhatian lelaki. Bimbang jika dirinya tidak tampil cantik, lelaki tidak akan tergoda dengannya.

Ya semua orang ada hak untuk tampil cantik tidak kira apa jua cara. Tapi sedarkah anda tidak semua lelaki hanya melihat kepada kecantikan semata-mata untuk memikat seseorang.

Selain paras rupa yang cantik sebenarnya ada cara lain yang lebih mudah dan boleh anda ikut bagi membuatkan lelaki tergoda dengan anda tanpa perlu bersusah payah mengubah penampilan. Jadi wanita, sila utamakan enam perkara ini ye!

1. MENJADI DIRI SENDIRI

Anda tidak perlu menjadi orang lain untuk membuatkan lelaki tergoda dengan anda. Percayalah lelaki sebenarnya lebih menyukai wanita yang boleh menjadi dirinya sendiri. Pamerkan kemampuan dan kelebihan yang anda ada kerana keyakinan itulah yang menjadi pemikat seorang lelaki terhadap seorang wanita.

Berpura-pura menjadi orang lain tentu sahaja membuatkan anda lebih tertekan kerana ia menyeksa diri. Selain anda membohongi lelaki yang anda suka, anda juga membohongi diri anda. Oleh itu banggalah dengan diri anda agar lelaki yang anda cintai selesa untuk bersama dengan anda selamanya.

IKLAN

2. JADI PENDENGAR YANG BAIK

Jadilah seorang pendengar yang baik kerana bagi lelaki, wanita sebegini dianggap lebih menarik. Berikan perhatian sepenuhnya apabila si dia sedang bercerita dan jangan terus mencelah. Jika lelaki sudah menceritakan perihal dirinya kepada anda ini menunjukkan yang dia selesa, tidak ragu-ragu dan sekali gus menyukai anda.

3. JANGAN BERCAKAP TANPA HENTI

IKLAN

Satu lagi yang boleh buat lelaki bosan apabila wanita terlalu banyak bercakap tanpa memberi peluang kepadanya untuk membuka mulut. Ya! Lelaki memang suka wanita yang boleh bercerita namun jangan bercakap keterlaluan sampai membuatkan lelaki rimas. Mempamerkan sikap lemah lembut ketika bercakap tentu sahaja membuatkan lelaki senang untuk mendekati anda.

4. BERSIKAP MANJA NAMUN JANGAN BERLEBIHAN

Semua orang pastinya suka dengan sikap manja termasuklah lelaki. Tapi anda harus ingat, jangan manja berlebih-lebihan atau keanak-anakan kerana ia membuatkan anda nampak kurang matang sekali gus membuatkan lelaki tambah meluat. Sikap manja sebenarnya boleh membuatkan lelaki terhibur dan terpukau dengan anda kerana ia mempamerkan ciri kelembutan seorang wanita.

IKLAN

5. MAHIRKAN DIRI DENGAN ILMU PENGETAHUAN

Lelaki pastinya akan tergoda dengan wanita yang tinggi ilmu pengetahuannya kerana ini menunjukkan yang anda pandai berkomunikasi dan anda boleh diajak berbual. Tentunya lelaki akan cair dengan anda jika anda boleh memberikan pendapat atau respons yang baik dan bukannya menjadi teman bual yang pasif.

6. HARGAI PENDAPAT YANG DILONTARKANNYA

Kita selalu mendengar ungkapan “Woman is Always Right” kerana wanita tanpa sedar selalu ingin menang dalam banyak perkara. Perlu anda ketahui sikap inilah yang membuatkan lelaki mudah bosan dengan wanita. Jika anda menghargai pendapatnya, pastinya anda akan dianggap teman yang menyenangkan sekali gus membuatkan lelaki selesa untuk mengenali anda dengan lebih mendalam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI