CINTAI PERKAHWINAN ANDA

Masa terlalu pendek untuk pergaduhan. Ketahui cara memanfaatkannya.

Suatu ketika, seorang lelaki kembali dari kerja dan mendapati isterinya sedang memasak. Dia memberinya ciuman manis.

Mereka sangat gembira. Semasa mereka berada di meja makan,tiba-tiba telefon bimbit wanita itu berdering,terpapar mesej dari rakannya yang mengucapkan ‘selamat malam’

Suaminya melihat mesej itu dan kecewa. Dia tidak membicarakan perkara itu dengan isterinya dan terus pergi ke bilik tidur tanpa makan malam.

Wanita itu melihat suaminya dan berfikir:

Tidak! Ini tak betul! Adakah dia terganggu dengan hanya kerana 1 mesej ringkas? Aku tak akan mengendahkannya, dia bukan budak-budak.

Wanita itu makan dan tidur. Pasangan itu tidur dalam keadaan marah dan berpaling pada malam itu.

Pada tengah malam,tiba-tiba si isteri berpeluh dengan banyak sekali. Dia tidak dapat bercakap. Terasa udara amat kurang disekeliling dirinya. Nafasnya semakin sesak.

Dia menyentuh belakang suami. Namun si suami hanya berpaling dan menepis tangan si isteri.

Akibat dari kekurangan oksigen, wanita itu telah mati akibat serangan jantung.

Pada waktu pagi, si suami bangun, mandi dan menyiapkan barang-barangnya.

Isteri masih di tempat tidur, lelaki itu melihatnya dan nampak seperti isterinya dalam keadaan tidak berapa baik, tetapi akibat masih marah,dia mengabaikannya dan berfikir:

IKLAN

‘Aku tidak akan bercakap dengannya, sehingga dia melakukannya terlebih dahulu!’

Kemudian, dia berpakaian, bersarapan pagi dan pergi bekerja.

Pada sebelah petang, apabila suami hendak pulang ke rumah, dia telah membeli seutas jam tangan yang indah dan berharga untuk diberikan kepada isterinya sebagai tanda minta maaf.

Apabila suami tiba di rumah, hatinya sangat gembira kerana dia akan memberikan jam yang berharga kepada isteri tercinta

dan memberitahunya betapa dia mencintainya,

berapa banyak dia jatuh cinta kepadanya dan akan memberikan banyak ciuman kepadanya.

Kemudian, dia membuka pintu dan pergi ke dapur, kerana dia sudah bersedia untuk mengejutkan kekasihnya dengan makan malam yang besar,

IKLAN

tetapi dia melihat bahawa sarapan pagi itu masih di sana;

maka dia berfikir:
‘Dia masih marah pada aku..’

Lelaki itu pergi ke bilik untuk meninggalkan beg bimbitnya, dan melihat bahawa isteri masih berada di tempat tidur yang terletak di kedudukan yang sama.

Dia pergi kepadanya dan alangkah terkejutnya dia apabila nalurinya memberitahu bahawa isterinya sudah mati.

Suami menangis, menangis banyak dan banyak lagi. Dia menjerit kekesalan, kerana isteri yang dicintainya sudah tiada lagi…

Refleksi:

Hargailah dan saling mengambil berat tentang pasangan anda. Sayangi isteri atau suami anda, manjakan pasangan dengan ciuman, beritahu si dia berapa banyak kita mencintainya, cinta dan cinta

Kerana masa tidak pernah menunggu sesiapa pun. Belajarlah untuk memahami antara satu sama lain dan selesaikan segala-galanya, jangan tidur dalam keadaan marah.

IKLAN

Berhenti dan berfikir:

Jika anda tidak mahu ketepikan ego dan menyelesaikan perkara-perkara remeh, akibatnya masalah tersebut tidak akan dapat diselesaikan.

Kadang-kadang, kita perlu berkorban untuk cinta;

tidak ada orang yang sempurna,

bersedia untuk sebarang kemungkinan dan cari jalan penyelesaian yang terbaik.

Komunikasi antara pasangan adalah sangat penting,

apabila mempunyai sesuatu masalah tidak kira kecil atau besar, cuba selesaikannya sebelum tidur.

Saya tidak mengatakan bahawa sebuah perkahwinan adalah sentiasa bahagia sepanjang masa,

Sebuah perkahwinan pasti ada pasang surutnya mengikut keadaannya.

Tetapi semuanya mempunyai jalan penyelesaian kecuali MATI.