Buat yang bakal bermentuakan pasangan yang berlainan daerah atau negeri anda, korang kena practice perkataan-perkataan negeri pasangan anda. Ini kerana supaya anda tidak tersalah faham nanti. Terutama yang bakal bermentuakan ”Oghang Kedah’.
1. Sekiranya anda susah nak sebut perkataan dalam loghat utara, gunakan bahasa Inggeris. Insya-Allah, mentua anda faham.
are-yark
are-lock-stark
pung-guy
pe-die
lock-lark
pung-cock
da-pork
ti-dog
2. Apabila mentua anda kata NO, dia maksudkan YES
Contoh, “Selepas Maghrib nanti, kita pi pekan NO.”
3. Sekiranya mentua anda sebut ROTI, dia maksudkan BISKUT
Contoh, “Roti tu nanti hang cicah dengan are-yark kopi. Sedap tengah panas.”
4. Mentua orang Kedah tak sebut “pasar.” Usah buat ghempang dengan kata “pasaiq.” Orang Kedah sebut, “merket.” Sama macam orang New York sebut.
5. Mentua anda tak minum air. Mereka MAKAN air.
Contoh, “Makanlah are-yark kopi tu, sat lagi lekat nasi.”
6. Sekiranya mentua anda kata, “Ambik ni, pi simpan buang,” jangan buang. Pi simpan.
7. Kalau mentua tanya, “Bila hang nak buat lagu tu,” usah mula menyanyi. Malu kat orang kampung nanti.
8. Apabila mak mentua ajak menyorok, usah pergi sembunyi di sebalik pintu. Cepat-cepat pergi dapur.
Kredit:
Norizan Bin Sharif Official
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Barang Hantaran Kahwin, Apa Yang Patut Anda Beri Pada Pasangan?
Sudahkah anda merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan anda? Untuk bakal pengantin semua, kami ada sedikit panduan dan senarai semak untuk proses pertunangan dan juga perkahwinan.
Anda mesti terfikir apa barang atau hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya, jangan risau saya akan kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk anda.
TIPS MEMILIH BARANG HANTARAN
1) Anda perlu bincang dengan pasangan berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan bercadang nak buatkan kejutan untuk pasangan, silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang anda berikan. Bincang, pilih dan beli bersama-sama.
2) Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3) Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika anda bercadang ingin memberi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4) Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5) Semasa pemilihan barang anda kena sesuaikan dengan tray yang anda guna. Pastikan anda tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika anda memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6) Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7) Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, anda juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada anda tapi jika ada lebih baik.
8) Pilih warna barang hantaran anda mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki:
Sirih Junjung
Kemeja/Seluar
Beg duit/Tali Pinggang
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Jam Tangan
Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
Kasut
Buah-buahan
Kek/Kek Cawan
Coklat
Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
Mas kahwin/Duit Hantaran
Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
Tepak sirih
Al-Quran Biasa/Digital
Sejadah
Potpourri/Bunga Rampai
Jam tangan
Kasut
Telekung
Beg Tangan
Set wangian /Barang mekap
Buah-buhan
Kek/Kek Cawan/ Coklat
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Negara Asia Bajet Rendah Untuk Bulan Madu, ‘Sure’ Jatuh Cinta
Majlis perkahwinan merupakan satu detik yang paling bermakna buat pasangan yang bakal berkahwin. Oleh itu, setiap pasangan mesti ada perancangan ‘honeymoon’ bersama setelah bertungkus lumus untuk persiapan majlis perkahwinan mereka.
Bulan madu adalah masa untuk anda berdua mengenali lebih dekat lagi mengenai pasangan anda. Jadi, luangkan masa anda dengan tersayang. Jika anda meracang mahu berbulan madu dalam masa terdekat tetapi mencari negara dengan kos yang rendah dan jimat. Jom kita lihat antara Negara di Asia yang menjimatkan bajet anda untuk berbulan madu.
1. Bali, Indonesia
Mata wang Rupiah yang jauh lebih rendah dari Ringgit menjadikan Bali diantara top destinasi bulan madu untuk rakyat Malaysia. Bila dengar Bali, pasti anda terbayang laut biru dan pantai dengan pasir putih. Jangan cliche sangat, Bali juga mempunyai tarikan tanah tinggi dan pemandangan gunung berapi yang sangat cantik. Jadi rajin-rajin kan membuat carian tentang Bali.
2. Hanoi, Vietnam
Bila bercakap tentang Vietnam mesti anda terbayang bandar sesak Ho Chi Minh. Ya, tetapi anda boleh melihat banyak benda di sana. Mata wangnya juga tidak begitu mahal berbanding Malaysia. Hanoi menjadi tarikan pelancong kerana terdapat banyak reka bentuk bangunan yang bersejarah dari zaman koloial perancis lagi.
3. Chiang Mai, Thailand
Jika kita selalu dengar antara destinasi popular di Thailand ialah Phuket atau Krabi. Apa kata kali ini beralih ke wilayah utara Thailand, Chiang Mai. Destinasi ini antara tercantik di Thailand sebagai lokasi bulan madu, ia masih menyimpan kehijauan alam dan pemandangan indah bukit-bukau. Anda dan pasangan boleh berkongsi keindahan alam pada hari-hari bulan madu. Alami keindahan romantik gaya baru.
4. Shanghai, China
Jika anda dan pasangan sukakan pencakar langit nan indah dengan lampu gemerlapan. Penulis memilih bandar Shanghai sebagai lokasi bulan madu untuk pasangan yang sukakan ala moden. Walau terkenal dengan arus permodenannya, ia masih mengekalkan seni bangunan zaman dahulu kala. Anda boleh menyimpan kenangan bulan madu dalam dua bentuk ala moden dan juga ala klasik.
5. Pulau Jeju, Korea
Pada anda dan pasangan yang mempunyai ‘cita-cita tinggi’, ini adalah satu destinasi istimewa di negara romantis Asia iaitu Korea Selatan. Pulau Jeju bukan sekadar pulau yang menyajikan pemandangan indah lautan luas malah ia mempunyai lokasi pengambaraan yang menarik untuk anda menyimpan memori istimewa bersama tersayang. Waktu terbaik untuk ke Jeju pada musim bunga antara bulan April hingga awal Jun.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Sebelum Nak Kahwin, Dah Hadam Ke Ilmu URUS DUIT? Baca Ni Kalau Takut ‘Terkandas’!
Berkahwin bermakna anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanya dahulu pada pasangan anda 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada Membuat Pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
2. Adakah Sebarang Pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di Mana Kita Nak Tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana Cara Kita Kendalikan Duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
5. Bagaimana Pula Dengan Insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana Pula Dengan Harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah Bajet Tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
8. Bagaimana Pula Selepas Bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status Cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah Perjanjian Sebelum Kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI