Kecantikan
  • 61
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    61
    Shares

Sebelum bersiap untuk malam janji temu yang istimewa, pastikan dulu kulit wajah anda benar-benar bersih dan segar. Jika wajah ditumbuhi jerawat dan anda pula kesuntukan masa untuk melakukan perawatan di spa kecantikan, beberapa panduan di bawah mungkin berhasil untuk memancarkan seri bercahaya.

1. Ingin tahu rahsia cantik wanita Jepun? Cuma lakukan stim wajah di rumah. Didihkan lima cawan air dan masukkan herba seperti kamomil, lavender, calendula atau sebarang herba lain yang menenangkan. Kemudian, isikannya ke dalam sebiji bekas dan taburkan kelopak mawar. Stimkan wajah selama 30 minit untuk menyegarkan pori-pori serta membuang kekotoran.

2. Khasiat bawang putih telah lama diketahui untuk mengubati jerawat dan tompok-tompok merah. Kupas kulit dan hancurkan lima ulas bawang putih segar serta oleskan ke seluruh wajah (terutamanya di daerah berjerawat) tanpa mengenai mata. Biarkan selama 30 minit dan kesat dengan tuala hangat.

3. Gabungan pupur dari epal parut dan sedikit madu juga berkesan untuk merawati jerawat. Tekapkan campuran bahan ini selama 15-20 minit ke wajah dan bilas dengan air suam. Kemudian bilas sekali lagi dengan air sejuk.

4. MESTI CUBA! Cara paling pantas untuk mengeringkan kemerahan jerawat ialah dengan jus lemon. Cairkan secawan jus ini dengan air hangat dan pupuk ke atas jerawat untuk membunuh kuman, meredakan inflamasi dan melancarkan peredaran darah.

5. Perawatan pupur pisang juga sangat baik untuk menghilangkan cela. Pukul dua biji kuning telur dengan secawan minyak badam (atau zaitun) sehingga sebati dan masukkan pisang masak yang dilenyek sehingga sebati. Titiskan sedikit jus lemon dan sapukan pupur ini ke seluruh wajah serta leher. Biarkan selama 30 minit. Kemudian, bilas dengan air sejuk.

6. Early to bed, early to rise. Makes a man healthy, wealthy and wise. Begitu nasihat pepatah Inggeris bahawa tidur bukanlah agenda terakhir dalam hari anda. Walaupun hanya berbaring dan terlena seketika, ia mampu merehatkan minda serta tubuh, sekaligus menggiatkan produksi sel, menghalang kemunculan jerawat, mengurangkan kedutan dan menyerlahkan kulit yang sihat berseri-seri.

 

Jangan Lupa Komen:

KORPORAT     POLISI DATA PERIBADI    PENAFIAN   •   LANGGANAN      PENGIKLANAN      KERJAYA       HUBUNGI KAMI

© Hakcipta Terpelihara • Dikendali Oleh Astro Group

error: