Niat dihati ingin berkahwin tapi apakan daya duit simpanan belum mencukupi maka membujanglah kita sampai tabungan menjadi penuh. Tambahan pula kos perkahwinan yang tak masuk akal dan bertambah rumit jika pasangan kamu yang jenis ‘ high maintenance’. Tapi jika tidak bertindak dan hanya memberi alasan yang mengunung tinggi tiada gunanya jua.
Nah kami kongsikan 13 tip panduan bagi kamu yang ingin berkahwin tapi masih tidak mencukupi wang. Mungkin artikal ini memberi manfaat dan berguna buat kamu.
1- Buatlah tabung kahwin walaupun belum ada calonnya. Dengan harapan, bila muncul saja putera idaman atau puteri kayangan, boleh terus kahwin selepas berkenalan.
2- Terlalu ramai yang menyesal sebab tak buat tabung kahwin awal-awal. Ambil iktibar, jangan ulangi kesilapan mereka. Pelik sungguh kalau couple sampai 10 tahun, tapi tabung kahwin RM5,000 pun tak pernah wujud.
3- Lelaki atau perempuan, dua-dua kena mulakannya sekarang. Kalau majlis yang anda rancang perlukan RM20,000, setiap seorang kena sediakan RM10,000. Berani? Ajak pasangan baca posting ni sama-sama. Lagi seronok, ajak mertua sekali.
Ads
4- Barulah adil, saksama dan sekufu. Dua-dua bijak merancang kewangan. Yang lelaki kumpul duit kahwin untuk membuktikan yang dia mampu dan kuat berusaha. Lepas kahwin nak jadi ketua keluarga kan.
5- Yang perempuan, untuk buktikan yang dia sudi susah senang bersama lelaki tu. Ini kalau sebelum kahwin pun sanggup tengok lelaki bergolok gadai seorang diri, macam mana pula selepas kahwin nanti.
6- Kalau kita terpaksa ambil pembiayaan peribadi untuk beli sesuatu, sebenarnya kita belum mampu memilikinya. Apatah lagi tujuannya untuk berkahwin. Berkahwinlah guna mana-mana duit yang ada saja.
7- Sebelum kahwin kita dah kata yang komitmen kita tinggi, dan tak mampu buat simpanan. Jangan ingat lepas kahwin hidup akan jadi lebih mudah. Baru sebulan kahwin, isteri dah start morning sickness. Faham-fahamlah.
Ads
8- Jika sebelum kahwin tak mampu menyimpan RM500 sebulan, jangan pula ambil pembiayaan peribadi dengan ansuran bulanan RM500. Senak nak bayar nanti. Lupakanlah pembiayaan peribadi tu.
9- Jenis yang lepas kahwin baru sedar nak beli rumah, jenuhlah nak kumpul deposit. Hutang kahwin tak habis-habis, bayangan rumah sendiri langsung tak kelihatan. Jauh dan semakin menjauh.
Ads
10- Orang kahwin, murah rezekinya insyaAllah. Tapi kita tetap perlu merancang dengan baik. Sama ada yang kita rancang tu menjadi atau tidak, itu rahsia Allah. Kita merancang, Allah jua sebaik-baik perancang.
11- Lagi 7 bulan nak kahwin, tapi belum cukup duit. Cadangan saya, nak tak nak, buatlah simpanan RM1,000 setiap bulan bersama pasangan. Atau kurangkan kos lain yang tak wajib dan tak perlu.
12- Jangan bergantung kepada satu pendapatan yang sedia ada. Buat jualan online yang memerlukan modal kecil atau yang tanpa modal, dropship, affiliate, Uber, Grabcar dan lain lain.
13- Pelamin DIY, kurangkan jenis lauk, tapis jemputan, fotografer tak perlu sampai 3 orang, kalau tak mampu buat 2 majlis asing, buat 1 majlis sekali pun boleh, jimat 50% belanja. Bridesmaid tak payah wujud langsung kalau kita yang kena tanggung.
Sumber : Harith Faizal
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berikut beberapa perkara yang perlu anda berikan perhatian agar keadaan badan anda tetap fit dan wajah anda tetap nampak berseri di hari bahagia itu nanti.
Rehat Secukupnya
Dengan istirehat dan tidur yang mencukupi membuatkan badan anda serta stress yang mungkin anda alami berada pada tahap terkawal. Wajah anda juga akan kelihatan lebih cerah kerana mata panda tidak akan menghiasi wajah anda sekiranya anda cukup rehat dan cukup tidur!
Jangan Lupa Bersenam
Bersenam bukan sahaja akan membuatkan badan anda terasa segar, malahan lebih bersemangat. Lakukan senaman secara rutin dan lihat hasilnya di hari bahagia nanti. Anda pasti akan kelihatan lebih fit dan segar.
Jaga Pola Makan Anda
Untuk tampil segar dan cantik berseri di hari perkahwinan anda nanti, anda perlu menjaga pola makan. Jangan kerana mahu berdiet, anda menghindari pelbagai makanan yang sepatutnya anda nikmati. Ia boleh membuatkan wajah anda nampak kusam dan tubuh badan menjadi lemah.
Info Ekstra!
Tips Diet Buat Bakal Pengantin
Pilih Makanan Sihat
Makan ulam-ulaman, buah-buahan serta sayuran lainnya untuk menjaga kesihatan anda. Sayur-sayuran dan buah-buahan juga akan membantu tubuh untuk membuang racun-racun yang ada di dalam tubuh serta menjaga tekstur kulit anda.
Kurangkan Masin
Garam boleh membuatkan badan lebih mudah terkena dehidrasi dan juga boleh membuatkan selulit di tubuh anda bertambah teruk.
Hindari Makanan Bergoreng & Berlemak
Makanan tersebut boleh membuatkan badan anda tinggi kolesterol atau boleh membuatkan anda sakit tekak. Sedia maklum, jika kolesterol dalam badan terlalu tinggi ianya sekaligus membuatkan kulit muka mula dipenuhi jeragat dan biji-biji kolesterol di bawah mata.
Kurangkan Pengambilan Makanan Yang Manis
Anda boleh menggantinya dengan buah-buahan segar atau madu untuk memenuhi pengambilan gula dalam tubuh anda. Gunakan gula gantian seperti stevia jika anda jenis yang tidak boleh jika tidak makan makanan manis. Ingat! terlebih gula penyebab penyakit kencing manis.
Minum Air Kosong
Pastikan anda minum air kosong atau air putih untuk menjaga kelembaban kulit anda. Set pada minda anda bahawa air manis TIDAK SEDAP! Amalkan air kosong boleh menjadikan kulit anda seperti bayi sekaligus membantu anda menurunkan berat badan menjelang hari bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi wanita yang lambat berkahwin pastinya perkara ini memberi tekanan buat anda kerana mereka sering menjadi ‘bahan’ mulut manusia yang tak habis-habis mengata. Tanyalah kepada sesiapapun, sebolehnya semua orang ingin berkahwin awal dan mempunyai pasangan yang boleh menumpang kasih.
Namun sebagai manusia kita hanya mampu berusaha dan berdoa agar dipermudahkan jodoh. Selebihnya atas ketentuan Yang Maha Esa. Bersyukurlah jika anda diberikan jodoh yang awal, namun jika jodoh lambat jangan risau dan sesekali berputus asa.
Perkongsian menyentuh hati daripada seorang pembaca Kisah Rumah Tangga ini membuktikan bahawa jangan sesekali berputus asa tentang jodoh. Jika anda sabar pasti akan ada sinar bahagia yang bakal menanti di kemudian hari.
Saya ada seorang adik ipar bongsu. Dia saja perempuan dalam family suami. Pendiam peramah manja, semua ada padanya.
Bercinta? Langsung x pernah menujukkan aura dia nak bercinta. Satu haritu saya masih pregnent anak sulung. Mak mertua bising kat dapur.
Membebel kerana mulut orang kata anak bungsu dia umpama bunga taik ayam. Tak pernah lelaki nak pandang. Adik ipar jenis slow je. Dia diam. Sabar.
SUATU HARI TU ADA SEORANG LELAKI NI DATANG. BAJU LUSUH, TUA BUSUK. MACAM SALAH RUMAH. KAMI BAWA DIA MASUK RUMAH. KATANYA TUNGGU ANAK DIA DATANG AMBIK. HP TAK ADA.
Mak mertua masa tu ingat dia penyamun. Tapi si adik ipar ni tetap layan dia elok. Masak makan. Cari baju pak mertua yang lama tapi elok lagi bagi pakcik tu. Kami jadi risau sebab pakcik tu tak putus mata pandang adik ipar.
Pak mertua datang dia cakap nak hantar pakcik tu balik. Dia kata hantar kat tempat bas. Nanti dia balik sendiri. Bapak mertua bagi duit yang ada kat dompet dalam RM20 pakai dia tambang.
Lama lepas tu..ada dalam dua bulan kot..lupa. Pakcik tu datang lagi rumah. Katanya nak pulangkan RM20 tu. Bpk mertua tolak..iklas katanya. Lepas tu dia kata kerana termakan budi, dia nak kawinkan anak tunggal dia dengan adik ipar.
Mak dgn bapak mertua tolak baik masa tu. Tapi adik ipar cakap dia terima. Masa tu mungkin dia tertekan dengan cakap orang kampung kot. Adik ipar tak cantik mana pun.
Gempal, berjerawat dan tak secerah kulit idaman lelaki. Nak tak nak mak bpk mertua terima la keputusan dia. Pakcik tu cakap, urusan kawin jangan risau dia yang akan usahakan. Cuma sediakan halaman rumah bagi lapang.
Tebas mana rumput bagi luas je. Kami masa tu diam je la. Mungkin dia bergurau ke sekadar cakap mulut ke. Sebulan lepas tu pakcik tu call, katanya lembu dua ekor nak datang. Seminggu nanti kawin.
Bapak ikut je la. Kami siap bagi lembu makan. Selfie dgn lembu apa bagai. Adik diam je macam tak de perasaan. Suka ke geram ke marah ke..smua tak nampak.
MASA NAK KAWIN, AKU DGN BERADIK SUAMI PUNYALAH BERDEBAR. SIAPALAH KAWIN DENGAN ADIK NI. ELOK KE ORANGNYA. PENAGIH DADAH KE, EH SEMUA LAH YANG TAK ELOK MUNCUL DALAM OTAK. SI ADIK? MASIH RELAX X DE PERASAAN.
Pengantin datang. Nak tak nak terima je la. Orang nya gelap. Pendek, dan tak de ciri2 idaman wanita. Tapi bila pandang balik si adik ipar, kami rela. Majlis tu seakan lama bagi kami. Lepas je mereka kawin, adik tinggal dengan keluarga suami dia.
Satu hari mak tak ada selera makan. Kami call adik minta alamat. Mak nak datang makan dengan adik. Kami pusing sampai pening cari alamat tu. Dah jumpa tapi kami rasa salah rumah.
Adik keluar tunggu kat jalan. Memang betol rumah tu yang kami rasa salah tadi. Kami masuk rasa selesa betol rumah besar tu. Ada 4 orang gaji. Mak mertua dia layan adik baik sangat. Adik cantik dah. Mak mertua bawa dia rawatan muka yang berjerawat, senaman. Semua lah.
RUPANYA ADIK DAH LULUS UJIAN MAK MERTUA DIA SELEPAS KAWIN. MAK MERTUA DIA SEWAKAN SATU RUMAH USANG, LEPAS KAWIN MEREKA TINGGAL SITU. ADIK LAYAN MERTUA DIA DGN SUAMI SAMA ADIL.
Masak pakai kayu api bagai. Bila dah lulus semua tu baru diorg pindah rumah sebenar. Mak menangis tengok kebahagiaan adik. Tak sangka jodoh yang tuhan carikan lebih indah. Oleh itu mana2 andartu..jangan risau jodoh anda.
Biarlah orang nak mengata. Biarkan jodoh lambat asalkan yang datang nanti adalah calon terbaik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa tahun lepas saya menurunkan Mak di depan hospital dan berjanji supaya Mak telefon bila dah semua urusan selesai,Mak menghadiri pemeriksaan biasa bulanan di Hospital Balik Pulau,saya pulang kerumah dan menunggu Mak telefon bila dah siap nanti.
Dalam perjalanan pulang kerumah, saya tiba tiba terkenang suatu ketika dulu ketika saya demam,Mak menggengam erat tangan saya berjalan dari rumah menunggu bas untuk ke hospital,sesekali saya didukung kerana tak kuat berjalan,diatas bas saya baring di ribaan Mak sambil Mak mengusap kepala dan sesekali mengucup dahi saya,di hospital juga ketika menunggu rawatan saya sentiasa didalam pelukan Mak,selesai rawatan,sekali lagi dalam perjalanan ke stesen bas saya didukung,sempat dibawa ke kedai dan Mak cakap ‘adik nak beli apa apa ke’ sampai dirumah saya dipujuk untuk makan ubat,dipujuk dan disuap makan kerana tak lalu makan akibat demam.
Habis saja kenangan itu berlalu difikiran saya segera terus berpatah balik ke hospital,’hujan lebat didalam kereta’ sampai di hospital terus saya mendapatkan Mak yang sedang termanggu keseorangan menunggu urusan rawatan,saya sembunyikan airmata saya yang ditahan supaya tidak mengalir dihadapan Mak,saya memegang tangan Mak membawa masuk bilik doktor,mendengar penjelasan doktor berkaitan tahap kesihatan Mak mendengar nasihat doktor supaya memantau pemakanan Mak,saya memegang tangan Mak ke farmasi dan menunggu untuk mengambil ubat,selesai semuanya saya memegang tangan Mak menuju ke kereta,membuka pintu kereta untuk Mak dan saya tanya ‘Mak ada nak beli apa apa ke’,
YA ALLAH,ampunilah aku yang sedikit terlalai dari menyantuni pembuka pintu syurga untuk ku ini.
Saya sekarang di IJN Kuala Lumpur, menunggu untuk berjumpa doktor,rawatan susulan.
Saya menulis rasa hati ini bila melihat di sini ramai Mak Ayah yang keseorangan terkial kial bertanya arah sambil menunjukkan kad mereka,
bayangkan disini ada blok A,blok B dan sangat luas,ada yang bertanya arah cafe untuk makan setelah semalaman berpuasa untuk mengambil darah,beratur ramai untuk mengambil dan membayar harga makanan dan sebagainya,saya juga melihat pasangan Mak Ayah lewat 70 an yang saling membantu berpimpin,berjalan perlahan mengatur langkah dan sesekali berhenti penat, mungkin mereka tidak mempunyai anak TETAPI sangat rugi lah seandainya mereka mempunyai anak anak dan anak anak mereka terlepas pandang ruang kasih sayang yang sepatutnya mereka penuhi ini.
Alhamdulillah,setakat ini saya gagah kesana sini berjalan laju di hospital,namun seandainya saya berada ditahap Mak saya dan Mak Mak Ayah Ayah yang saya lihat di IJN ini,saya akan rasa selesa,bangga,terharu dan harapkan ada anak bersama saya sekurang kurangnya sebagai ‘SEMANGAT’.
Anak anak sekelian,saya yakin apa yang saya rasa ini dirasai oleh Mak Ayah kita semua.
Hayatilah firman ALLAH ini untuk kebaikan bersama dunia dan akhirat-
Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapakmu dengan sebaik-baiknya.Jika salah satu seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, ‘Wahai Tuhanku,sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah menyayangi aku di waktu kecil’.
Al Isra’ 23 & 24
Syed Mohamad Nazli Bin Syed Ahmad
Institut Jantung Negara IJN,
Kuala Lumpur,
4-5-2016.
*Pengajaran yg boleh diambil daripada kisah diatas ialah sentiasa berbuat baik terhadap ibu ayah kerana berbakti kepada mereka juga menjadi asbab bertambah murahnya rezeki kita…ingat! doa mereka tiada hijab…hargai mereka selama-lamanya ??
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...