Perkenalan yang lama memang seronok apabila disudahi dengan ikatan yang sah. Masakan tidak, masing-masing sudah bersedia untuk melengkapi hidup dengan kasih-sayang yang telah dicurahkan. Seperti kisah pasangan pengantin baharu ini.

 

Lama juga menjalin persahabatan. Perkenalan mereka bermula sejak di bangku sekolah lagi. Nurfarrahani Abdul Ghani, 29 tahun dan suami Mohd Hairee Idham Harum, 29, yang berkenalan sejak umur 15 tahun selamat bernikah pada 10 Januari 2021. Menurut Farrahani, mereka mula berkawan rapat selepas masing-masing mengambil keputusan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

 

Ada yang tertanya-tanya, tidakkah perhubungan yang lama boleh membuatkan pasangan menjadi bosan? Namun, Farrahani ada pendiriannya.

“Semua orang sangka benda tu akan jadi bosan, tapi anda perlu tanya pada diri sendiri if you happy and content dengan pasangan you, sejauh mana anda ingin bersama. Malah, tanya juga pada diri sendiri apa yang anda nak dalam perhubungan. Paling penting, buat keputusan untuk kebahagiaan diri sendiri bukan orang lain,” tegasnya.

IKLAN

 

Seperti mana-mana perhubungan sekalipun, pasti ada perselisihan yang berlaku. Macam mana pula dengan Farrahani?

 

“Saya pernah menyimpan perasaan marah yang agak lama, tidak berjumpa dan bercakap lebih dari sebulan!”

IKLAN

 

Dari perkongsian Farrahani, Pesona Pengantin sempat korek rahsia tip untuk melalui perhubungan yang lama sehingga mengecap bahagia ke jenjang pelamin.

 

IKLAN

 

  1. Kenal diri terlebih dahulu
  2. Belajar mengenal pasangan
  3. Cari titik seimbang untuk apa yang kamu berdua inginkan dalam kehidupan. sukar unutk mempertahankan hubungan jika you are not in the same page.

 

Apabila masing-masing sudah serius dalam hubungan, apakah pula perkara negatif yang perlu dielakkan?

 

  1. Elakkan bersangka buruk terhadap pasangan
  2. Tidak terlalu mendengar bulat-bulat kata-kata orang
  3. Tidak melibatkan orang lain campur tangan dalam perhubungan

Jelas Farrahani lagi, sifat suaminya banyak mempengaruhi kasih sayang terhadap hubungan mereka. Tutur kata yang lembut, kelakar dan mementingkan keluarga membuatkan Farrahani bahagia bersama suami tercinta.

 

Pesona Pengantin mendoakan semoga perhubungan mereka terus kekal bahagia sehingga ke Jannah.