Manisnya melihat air wajah pelakon wanita, Maya Karin yang sudah berusia 45 tahun. Baru-bar ini dilihat sedang berkawan rapat dengan jejaka Perancis yang pernah dikaitkan dengan dirinya pada tahun lalu.
Mungkin inilah jodoh yang ditakdirkan olehNya. Apa yang istimewa, hubungan mereka masih berjalan lancar selain tidak menafikan lelaki berusia 40-an itu paling dekat di hatinya.
“Hubungan saya dengan lelaki itu masih berterusan dan masih lagi (paling istimewa).
“Kadang-kadang kami tidak berjumpa dalam tempoh masa yang lama iaitu sekitar tiga minggu begitu kerana masing-masing juga sibuk dengan kerja.
“Saya cuba menjadi seorang yang realistik. Kalau nak berjumpa, mungkin dia boleh datang ke lokasi penggambaran sebab dia suka tengok saya bekerja,” katanya.
Ads
Tak Sangka Hubungan Masih Berpanjangan
Menerusi satu portal hiburan, bintang filem Munafik itu mengakui tidak menyangka apabila hubungan mereka mampu bertahan sehingga hari ini.
“Saya pun agak terkejut apabila hubungan kami ini boleh kekal lama sehingga kini. Jangkaan saya hanya dua tiga bulan sahaja kemudian reda dan pasrah.
“Namun sedar tidak sedar, hubungan kami sudah masuk tempoh dua tahun, lama juga.
Ads
“Tipu kalau tiada pasang surutnya dalam hubungan tetapi kini kami saling memahami,” ujarnya.
Tak Tolak Jodoh
Hampir 14 tahun hidup solo, Maya tidak menolak dan menyerahkan segalanya kepada ketentuan takdir jika diberi kesempatan untuk kembali bergelar isteri sekali lagi.
Ads
“Saya terbuka untuk mendirikan rumah tangga sekali lagi dan saya sangat gembira dan menikmati momen bersama seseorang.
“Cuma saya percaya dengan ketentuan Allah, terserah kepada perancangan-Nya,” ujarnya lagi.
Sekitar tahun 2022, Maya pernah mendedahkan sedang mengenali seseorang yang dikatakan lelaki paling rapat dengannya dan masih dalam tempoh mengenal hati budi.
Sebelum ini perkahwinan Maya dengan Muhammad Ali Abdullah hanya bertahan selama dua tahun apabila mereka bercerai pada 16 Julai 2010.
Rezeki selepas empat tahun kahwin, pelakon Fendy Bakry bersanding dengan isterinya, Ayu Afnizar dalam majlis resepsi tertutup di Medan, Indonesia.
Menurut Fendy atau Mohd. Affandi Nor Bakri, 35, mereka diraikan serentak dengan dua lagi adik-beradik isteri bagi memenuhi permintaan sanak saudara yang tidak dapat hadir ke majlis pernikahan di Kuala Lumpur pada 2020.
Selepas Empat Tahun Kahwin, Fendy Bakry Bersanding
“Disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak Covid-19, resepsi kami yang sepatutnya berlangsung di sebelah keluarga mentua terpaksa dibatalkan.
“Ayah mentua saya ambil peluang balik ke kampung halamannya di Medan untuk mengadakan majlis persandingan serentak dengan dua beradik isteri, sekali gus memenuhi permintaan saudara-mara.
Mereka yang tinggal di Indonesia tidak dapat menghadiri majlis pernikahan kami sebelum ini, jadi resepsi untuk keluarga di sana juga merupakan sesi perkenalan dengan kaum kerabat sebelah isteri,” katanya.
Buat Majlis Secara Rewang
Menurut Fendy, segala persiapan kenduri disempurnakan seluruh ahli keluarga mentua yang dilaksanakan secara gotong-royong atau rewang.
“Memang majlis ini umpama perhimpunan besar semua saudara dekat dan jauh termasuk yang datang dari Jakarta, Padang dan Thailand.
“Walaupun hanya dapat balik selama tiga hari, saya bersyukur berpeluang jumpa dan mengenali semua keluarga mentua yang hadir dalam majlis itu.
“Peluang sebegini menyeronokkan tambahan pula dapat duduk di pelamin semula selepas empat tahun bernikah, memori yang sangat manis,” ujarnya.
Pada acara itu, Fendy dan Ayu menggayakan sepasang persalinan pengantin Jawa yang juga mengikut adat masyarakat setempat.
Pelakon drama Mr Grey itu, dia dan isteri terpaksa pulang ke Malaysia lebih awal berikutan komitmen kerja.
“Saya baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri 12 episod yang berjudul Terjerat dan bakal ditayangkan di platform IQIYI dalam masa terdekat,” ujarnya.
Fendy dan Ayu disatukan dalam majlis pernikahan tertutup di Shah Alam, Selangor pada 30 Ogos 2020 selepas empat tahun berkenalan.
Semalam berlansungnya Pemilihan Make Up Artis Pesona Pengantin 2018 di Sacc Mall dengan disertai 40 orang MUA dari seluruh Malaysia. Rata-ratanya menunjukkan kebolehan mereka di dalam menghasilkan gaya solekan pengantin membuatkan juri sukar buat pemilihan pemenang. Juri yang diadili oleh Nurul Shukor (profesional senior MUA), Saldatunnisa ( profesional senior MUA), Siti Mariam ( Editor Pesona Pengantin) dan Zihan (Pengasas ZV beauty). Ketua Juri pula di adili oleh Aishah, penghibur tanah air kita.
Diberi masa selama 1 jam dalam menata rias model masing-masing, terbukti mereka mampu melaksanakan task yang diberi sebelum diadili untuk task seterusnya.
Menyumbang beberapa produk terbarunya, FCC turut sama menjadi salah satu sponsor rasmi acara ini. Peserta diberi beberapa produk FCC untuk task ini dan harus menggunakannya untuk dinilai.
Tahniah buat Julieana Jamaludin yang diumumkan sebagai pemenang Make Up Artist Pesona Pengantin 2018!
Membawa pulang wang bernilai RM700 dan produk dari ZV Beauty
Pemenang tempat kedua Make Up Artist Pesona Pengantin 2018
Pemenang tempat ketiga Make Up Artist Pesona Pengantin 2018
Pemenang tempat keempat Make Up Artist Pesona Pengantin 2018
Pemenang tempat kelima Make Up Artist Pesona Pengantin 2018
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mengadakan sebuah majlis perkahwinan tentunya momen yang sangat istimewa dan tidak dapat dilupakan sepanjang hidup. Oleh itu bagi memastikan majlis perkahwinan berlangsung sempurna, ramai bakal pengantin menggunakan khidmat perancang perkahwinan.
Perancang perkahwinan mampu mengatur dan merancang semuanya secara terperinci. Daripada hal-hal yang kecil, remeh dan ringkas hingga ke acara perkahwinan.
ARI WEDDINGCOUTURE nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri perkahwinan. Kini mencapai usia 17 tahun dalam perniagaan malah semakin matang dan terus mengukuhkan empayar perniagaan dengan pakaian pengantin ready to wear. Memulakan perniagaan dari rumah sejak tahun 2000, sehingga kini memiliki butik sendiri yang memudahkan pelanggan untuk datang berbincang dan membuat tempahan. Siapa sangka dari kerjaya sebagai guru dan membuat kerja kahwin sebagai part time, tetapi kini Ari berubah profesion sebagai perancang perkahwinan sepenuh masa dan berjaya membina nama dan kekal relevan di dalam industri.
APAKAH KEISTIMEWAANARI WEDDINGCOUTURE?
Kami terkenal dengan rekaan pelamin, baju pengantin, gubahan hantaran dan dekorasi untuk pengantin.
BAGAIMANA MEMBINA NAMA?
Perlu berani ambil peluang atau apa sahaja yang datang. Cuba laksanakan mengikut kemampuan. Selain itu kena bijak untuk mencari peluang bagaimana untuk membina nama dalam industri.
APAKAH RESIPI KEJAYAAN?
Dalam perniagaan biasanya ada jatuh dan bangun . Maka perlu bijak dan pandai menguruskan perniagaan . Oleh itu perlu ada ilmu dan strategi bagaimana untuk build up perniagaan yang dijalankan. Kalau kita tidak pandai mengurusnya, pasti akan kecundang.
BAGAIMANA UNTUK KEKAL DI DALAM INDUSTRI?
Tidak dinafikan Ari Weddingcouture satu nama yang sudah lama. Untuk memastikan ia kekal relevan, saya selalu upload hasil-hasil kerja dan jangan biarkan kita punya hasil kreativiti berkubur. Sosial media memang sangat membantu. Kalau boleh upload setiap hari setiap hasil kerja yang dilakukan. Biar orang tahu apa yang pernah kita buat. Mungkin daripada idea-idea lama ini boleh buat comeback untuk realisasikannya di majlis perkahwinan kini.
APA PENGANTIN SEKARANG INGINKAN?
Pengantin sekarang tidak sebagaimana pengantin 10 tahun lepas di mana daripada segi bajet, memang jauh berbeza jika dibandingkan 10 tahun lepas. Jika dahulu pakej RM30,000 atau RM35,000 pelanggan tidak minta tawar, Sekarang pakej RM 10,000 pun ramai yang mengatakan mahal. Bagi saya tidak boleh nak kejarkan untuk dapatkan yang besar, kita kena ambil job tersebut walaupun job yang agak bajet.
SEBAGAI PERANCANG PERKAHWINAN, APA NASIHAT ANDA JIKA PELANGGAN MEMPUNYAI BAJET RENDAH TETAPI MAHUKAN PELAMIN YANG GAH?
Biasanya kita tidak boleh meletak harga yang tetap untuk sebuah pelamin, kita bekerja berdasarkan bajet pelanggan. Contohnya jika bajet dia tidak boleh diterima akal, akan berterus terang dengan pelanggan tidak boleh nak work out dengan bajet yang diberi. Bersikap telus adalah lebih mudah untuk pelanggan memahaminya.
SIGNATURE YANG MENANDAKAN HASIL KERJA ARI WEDDINGCOUTURE?
Dulu ARI WEDDINGCOUTURE dikenali dengan majlis perkahwinan yang mempunyai tema contohnya pelanggan minta buat dekorasi bertema Moroccon, itu memang makanan kita. Bermakna jika tema ini, ialah hasil kerja Ari Weddingcouture.
BAGAIMANA MENDAPATKAN IDEA DALAM MENGILHAMKAN DEKORASI PELAMIN?
Biasanya idea datang melalui rujukan daripada internet . Kita akan berbincang dengan pelanggan daripada segi design, Kadang mereka juga ada membawa design sendiri. Kita cuba olah dengan apa yang kita ada. Saya lebih senang berbincang dengan pengantin, ibu pengantin ataupun sesiapa yang ditugaskan oleh pengantin
.PENGGUNAAN BUNGA SEGAR DAN ELEMEN DEKORASI ADAKAH MENJADI TRADEMARK ANDA?
Pada masa dulu, memang banyak menggunakan bunga segar. Tetapi melihat ekonomi yang tidak stabil, kami gunakan bunga artificial. Namun kualiti masih menjadi keutamaan. Mana-mana deko yang boleh dilihat secara dekat, kita gunakan bunga segar. Manakala di bahagian atas yang tinggi , kami gunakan bunga artificial. Biasanya belakang pengantin, perlukan bunga yang segar.
PELAMIN PALING UNIK SEPANJANG ANDA BERGELAR PERANCANG PERKAHWINAN
Seingat saya pelamin yang dibina di tepi sungai dengan tema garden tetapi menerapkan ciri-ciri tradisional pada pelamin tersebut. Ia tidak terlalu moden namun menerapkan elemen tradisional. Ia sangat unik dan memberi menarik perhatian tetamu.
MANA SATU YANG MENCABAR, MENGADAKAN MAJLIS PERKAHWINAN INDOOR ATAU OUTDOOR?
Majlis perkahwinan outdoor sangat mencabar di mana perlu berhadapan dengan masalah angin dan cuaca. Biasanya set up pada waktu malam, tiba-tiba di siang hari matahari berada tegak di atas pelamin. Perlu ada back up plan cuba untuk ubah sedikit kedudukan atau lindungi dengan khemah .
CABARAN SEBAGAI PERANCANG PERKAHWINAN?
Sebagai perancang perkahwinan yang sudah lama di dalam industri, kita perlu mencari satu alternatif atau mencari kelainan . Kita kekalkan apa yang dilakukan tetapi dalam masa yang sama mencari satu lagi ekstra. Mungkin boleh wujudkan pakej mampu milik di bawah nama lain. Kita tidak boleh harapkan untuk mendapat job yang besar pada setiap masa.
IDEA DICIPLAK , BAGAIMANA TANGANINYA?
Ia memang sesuatu yang sukar untuk dikawal melainkan design tersebut dipatenkan. Perkara menciplak ini memang sudah biasa dihadapi. Maksudnya jika hasil kerja kita diciplak bermakna kita berjaya.
SEJAUH MANA TANGGUNGJAWAB SEORANG PERANCANG PERKAHWINAN?
Menjadi seorang perancang perkahwinan tanggungjawabnya berat. Perlu menentukan perjalanan sesebuah majlis itu berjalan lancar dari A-Z. Kita hendak puaskan hati pelanggan bukanlah mudah, kita mahukan majlis diakhiri dengan senyuman puas hati. Sebolehnya tidak mahu perasaan tidak puas hati sebaik selesai majlis .
TIP DARIPADA PERANCANG PERKAHWINAN UNTUK BAKAL PENGANTIN
Pelanggan perlu sediakan bajet tertentu dan jangan malu untuk menyatakan berapa peruntukan yang disediakan untuk majlis perkahwinan. Adalah lebih mudah bagi perancang perkahwinan untuk cuba merealisasikan majlis anda jika berterus terang dari awal. Selain itu banyak membuat survey untuk bandingkan harga , lihat apa servis yang diberi, sebelum memutuskan untuk memilih seorang perancang perkahwinan.
BAGAIMANA MENGHADAPI PELANGGAN YANG CEREWET?
Layan juga seperti biasa, apa sahaja yang dia mahu kita cuba untuk ikut. Gunakan skil komunikasi yang ada apabila berhadapan dengan mereka.
PERANCANGAN MASA HADAPAN?
Saya merancang untuk mengadakan Ari Junior , mungkin dengan membuat satu team mengajar mereka untuk handle event.
PERKEMBANGAN TERKINI
Kita membuat ready to wear untuk perkahwinan di mana pelanggan yang kurang mampu masih boleh dapatkan baju-baju koleksi Ari wedding contohnya baju nikah dengan harga yang mampu milik. Contohnya dalam RM1500 pelanggan boleh memiliki baju tersebut bermakna dijual terus kepada pelanggan bagi lelaki dan wanita. Baju baru yang dibuat mengikut ukuran bakal pengantin tersebut menggunakan material tertentu. Buat masa ini sambutan sangat menggalakkan sejak dua tahun dicetuskan. Mereka kini lebih mengenali Ari Weddingcouture dengan koleksi ready to wear. Idea ini timbul untuk beri peluang untuk pelanggan memakai baju rekaan Ari Weddingcouture.
NASIHAT
Bagi perancang perkahwinan yang baharu untuk membina nama dalam industri, kena lalui step by step tidak boleh terus naik secara mendadak. Jangan ambil cara yang mudah untuk naikkan nama dengan cara yang tidak betul .
FOTO : JAZLAN NANGAR &KOLEKSI ARI WEDDING COUTURE
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...