4

Mencari jodoh bukannya mudah, jadi mahu yang terbaik haruslah mengambil masa dan penuh teliti supaya tidak menyesal di kemudian hari. Ini 25 cara nak cari jodoh yang tepat untuk kalian. Semoga berguna!

25 Cara Nak Cari Jodoh Supaya Tak Menyesal Bila Dah Kahwin

1. Untuk wanita, jangan jual Mahal terhadap
bakal pasangan. Tetapi,
Nyatakan dengan hikmah kepadanya yang anda
amat sukar untuk berkenalan
Dengan lelaki lain.

2. Kebanyakan lelaki mudah tertarik kepada
perempuan yang simple,
Tidak materialistik, mudah berterima kasih Dan
redha dengan setiap pemberian
Lelaki tersebut.

3. Orang perempuan mudah tertarik kepada
lelaki yang memberi
Perhatian, penghargaan Dan penghormatan
kepada mereka. Justeru, orang lelaki
Janganlah terlalu jimat atau kedekut.

4. Orang lelaki perlu belajar mengenal kerenah
orang perempuan.
Perasaan, pemikiran, kehendak, keperluan,
kesukaan Dan kebenciannya.

5. Elakkan memberi tumpuan kepada
kelemahan Dan kesilapan kecil yang
Ada pada bakal pasangan. Jangan sesekali
mengutuk atau memalukan bakal
Pasangan.

6. Senyuman ikhlas, wajah yang menawan Dan
bahasa badan yang penuh
Kemesraan akan menambat lelaki terhadap
wanita.

7. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang Ada persamaan Dan
Ada perbezaan sifat, tindakan Dan minat.
Terlalu banyak persamaan
Membosankan. Banyak sangat perbezaan
menyesakkan.

8. Orang mudah tertarik kepada bakal
pasangan yang Ada sikap Dan
Sifat yang saling mengimbangi Dan
melengkapkan sikap Dan sifatnya.

IKLAN

9. Walaupun belum kenal rapat dengan bakal
pasangan, nyatakan yang
Anda sering merasa atau berfikir seperti yang
dia rasa atau fikir.
Keserasian adalah tarikan.

25 Cara Nak Cari Jodoh Supaya Tak Menyesal Bila Dah Kahwin

10. Perempuan membentuk hubungan dengan
berbual Dan bercakap. Lelaki
Bentuk hubungan dengan melakukan sesuatu
kegiatan secara bersama.

11. Orang mudah tertawan kepada bakal
pasangan yang mempunyai
Persamaan daripada berbagai segi seperti
kefahaman politik, aktiviti keagamaan,
Sikap terhadap harta, Wang Dan hobi.

12. Dua orang yang amat banyak perbezaan
boleh serasi antara satu sama
Lain jika mempunyai satu atau dua persamaan
yang mendalam seperti suka
Kepada kucing, suka melancong atau suka
ramai anak.

13. Tindakan yang serentak akan menarik bakal
pasangan terhadap anda.
Contohnya, serentak berpaling, serentak angkat
gelas, serentak
berdiri, serentak nak ke tandas.

IKLAN

14. Tawan hati bakal pasangan dengan
pamerkan emosi yang sama terhadap
sesuatu kejadian atau peristiwa ? sama-sama
gembira, sedih,
terperanjat, benci, simpati dan sebagainya.

15. Dua insan mudah serasi jika mempunyai
pentafsiran yang sama
mengenai hubungan ? tahap keakraban,
kebebasan, kebergantungan, pemberian,
pengorbanan dan sebagainya.

25 Cara Nak Cari Jodoh Supaya Tak Menyesal Bila Dah Kahwin

16. Kenalpasti ciri-ciri yang disukai oleh bakal
pasangan anda. Bentuk
ciri-ciri yang disukai oleh bakal pasangan anda.
Bentuk ciri-ciri ini
dalam diri anda dan pamerkan kepadanya yang
anda mempunyai ciri-ciri
tersebut.

17. Semua orang mencari cinta sejati tanpa
syarat. Bakal pasangan anda
akan tertarik kepada anda jika anda
mengasihinya bukan kerana wajah, harta,
keturunan atau glamornya.

18. Bakal pasangan akan tertawan kepada anda
jika anda dapat bantu
mengukuhkan imej dirinya, rangsang
semangatnya dan pupuk keyakinan
dirinya.

IKLAN

19. Keikhlasan amat penting dalam memuji atau
memotivasi bakal
pasangan. Jika kita didapati bohong, dia akan
terus menjauhkan diri daripada
kita.

20. Pujian yang berhikmah dan ikhlas bertindak
sebagai magnet yang
menarik anda kepada bakal pasangan. Pujian
daripada kawan baru lebih bermakna
dan berkesan berbanding pujian daripada kawan
lama.

21. Ulang sebut perkataan, ayat atau slogan
yang digemari bakal
pasangan anda. Ini menyebabkan dia rasa
istimewa dan dihargai dan akan tertawan
kepada anda.

22. Kenalpasti keistimewaan bakal pasangan
anda yang orang lain tidak
nampak. Sampaikan kehebatan ini dengan
bersemangat dan dia akan mudah
tertawan kepada anda.

23. Untuk bakal pasangan yang popular dan
sering dipuji , cari pujian
yang original untuk menambat hatinya. Untuk
orang yang tidak popular,
sebarang pujian amat dialukan dan dihargai.

24. Beri penghargaan serta merta kepada setiap
pencapaian atau
kejayaan bakal pasangan. Ini membelai dan
melembutkan hatinya terhadap anda.

25. Jika bakal pasangan memuji anda, pamerkan
keseronokan anda dengan
senyuman dan ucapan terima kasih dan
bersyukur. Dia akan rasa
dihargai.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI