
Selalu bakal pengantin yang baru nak buat persediaan ni mesti tak tahu mana nak mulakan dulu. Jadi masuk bab mencari cincin pilihan ni, bakal pengantin perlu tahu 3 jenis cincin ni. Namun begitu, terpulang kepada individu. Kalau ada bajet lebih, boleh la beli yang lebih mahal dan mengikut kesesuain design anda.
Cincin Merisik

Dipanggil sebagai cincin belah rotan. Walaupon ia digelar sebagai cincin belah rotan tetapi ia tidaklah diperbuat daripada rotan. Cincin ini biasanya diberikan ketika hendak merisik. Cincin ini sangat simple dan tidak mempunyai batu. Harga cincin ini biasanya dalam lingkungan RM 100 lebih dan ke atas.
Cincin Tunang


Cincin ini digelar sebagai eternity ring. Biasanya cincin ini mempunyai batu yang disusun sejajar. Mempelai boleh memilih untuk suaikan sama ada emas putih atau emas kuning. Hargannya berada di dalam lingkungan RM 500- RM 1.5k. bergantung kepada berat berlian dan jenis emas.
Cincin Nikah


Cincin nikah ini biasanya lebih glamor, nama pun cincin nikah mestilah cantik dan bermakna kan? Cincin ini dipanggil Solitaire Ring. Harga cincin berada dalam lingkungan RM 500 ke atas. Cincin jenis ini juga bergantung kepada berat , bentuk dan jenis berlian.
Nak tahu tip membeli cincin untuk pertimbangan anda? Baca ni:
- Bajet : Tetapkan dahulu bajet yang ingin anda habiskan untuk membeli cincin pilihan. Pastikan anda beritahu pada pembantu jualan berapa bajet anda agar dia boleh mencadangkan cincin yang bersesuaian.
- Rekaan : Pilih rekaan yang sesuai dengan personaliti anda. Jika cincin dipilih oleh orang lain, terimalah rekaan yang dipilih itu dengan hati terbuka.
- Bahan asas cincin: Anda boleh memilih untuk membeli cincin emas, perak mahupun aluminium. Buat tinjauan di beberapa kedai sebelum membeli.
- Ukuran cincin: Pastikan anda tahu ukuran cincin pasangan. Semakin besar saiznya, semakin tinggi harga cincin dek kerana ketumpatan pada rekaan. Jadi, jangan salah pilih!
Kredit: Indahnya Perkahwinan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Soalan ‘Panas’ Yang Orang Suka Tanya Pada Pasangan Baru Kahwin

Kadangkala, soalan yang ditanya oleh orang sekeliling buat anda jadi letih dan penat untuk mendengar serta menjawab soalan mereka. Sewaktu masih belum kahwin, antara soalan yang kerap ditanya oleh orang sekeliling adalah ‘bila nak kahwin?’. Bila dah kahwin, lagilah banyak soalan yang ditanya.
Bukan apa, soalan-soalan yang ditanya kadangkala agak sensitif hingga boleh menyinggung perasaan kita dan pasangan. Ingatlah, ketika berkahwin, banyak lagi perkara yang perlu anda tempuh. Perkahwinan bukan penamat dalam perhubungan cinta tetapi baru sahaja permulaan.
Berikut merupakan antara soalan yang kerap ditanya ketika anda baru kahwin:
1. Perancangan Anak

Soalan yang paling kerap ditanya dan merupakan soalan yang paling sensitif. Anak bukanlah petanda kebahagiaan sesebuah perkahwinan seseorang itu. Ada yang baru je seminggu kahwin, dah ditanya dengan soalan sebegini. Eh memang stress lah!
2. Pendapatan Pasangan

Alahai, kenapalah sibuk nak tahu tentang gaji suami orang. Tak perlu kot nak tanya soalan begitu. Soalan yang kerap ditanya, ‘berapa gaji suami kau?, ‘mampu ke dia nak tanggungh hidup kau?’. Yang sibuk nak tahu sangat tu kenapa eh?
3. Kisah Mentua

Hati-hati dengan mereka yang bermulut macam ‘makcik bawang’ ni. Mereka cuba untuk mengorek hal rumah tangga kita dan cuba untuk buat kita bertelagah dengan keluarga mentua. Akhirnya, kita sendiri yang susah. Biasalah kalau tak ‘sekepala’ dengan mentua. Baru lagi kan. Dah lama-lama nanti okay lah tu.
Apa Perlu Buat Bila Dapat Soalan Macam Ni?
Pertama sekali, anda senyum dahulu demi menyejukkan hati yang sedang panas tu. Kemudian, jawab soalan dengan bersahaja dan berdasarkan fakta. Contohnya, ‘bila nak ada anak?’, anda jawab ‘kalau Allah nak bagi anak nanti, adalah. Doa je yang baik-baik.’
Cukup sahaja jawab begitu dan tak perlu nak lebih-lebih. Nanti kita sendiri yang sakit hati. Paling penting, update pada pasangan anda dan jangan disimpan di dalam hati. Biar pasangan tahu apa yang sedang anda alami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
4 Cara Jimat Dan Berkesan Kalau Nak Majlis Kahwin Meriah Tapi Kos Rendah

Menyentuh hal kenduri-kendara, hal kewangan menjadi keutamaan. Semuanya memerlukan wang untuk menyelenggarakan pelbagai perkara. Jika tidak diuruskan dengan betul, silap-silap anda boleh dibebani dengan hutang selepas majlis perkahwinan berakhir.
Jika anda seorang yang kreatif dan mahu berusaha lebih, kos perkahwinan boleh menjadi murah, menjimatkan kos dan tidak semahal seperti yang digembar-gemburkan. Semua hal mengenai pemilihan dewan, vendor, jurufoto, katering, mekap dan baju pengantin boleh dikurangkan kosnya.
Ini ada 4 cara yang boleh anda buat.
1. Buat poster undangan atas talian
Sedar atau tidak, kad undangan perkahwinan cuma berakhir dan terbuang begitu saja? Anda juga pasti melakukan hal yang sama terhadap kad undangan perkahwinan teman atau keluarga. Sebaik sahaja majlis selesai, pasti kad undangan tersebut berakhir di tong sampah. Daripada anda membazir untuk hal yang sia-sia, lebih baik anda beralih menggunakan kad undangan yang disebar melalui media sosial.
Selain menjimatkan kos, cara ini juga efektif kerana tidak memerlukan waktu yang lama malah jangkauannya juga sangat meluas. Daripada teman di sekolah rendah sampailah rakan-rakan sekerja boleh anda jemput menggunakan kad secara atas talian. Walau bagaimanapun, untuk saudara-mara, ketua di pejabat atau mungkin ada tetamu tertentu yang dianggap istimewa, anda harus menggunakan kad undangan bercetak seperti biasa.
2. Idea konsep pra-perkahwinan yang unik
Dengan memanfaatkan alam ternyata anda boleh menjimatkan kos untuk gambar pra-perkahwinan. Tidak perlu banyak aksesori, keindahan alam juga mampu merealisasikan keindahan daripada konsep pra-perkahwinan yang ingin anda tonjolkan.
3. Senaraikan jemputan para tetamu
Undangan majlis perkahwinan biasanya didominasi oleh rakan orang tua dan juga keluarga besar. Usahakan dahulukan daripada keluarga besar kedua-dua pihak terlebih dahulu. Setelah itu, baharulah kepada jiran sekitar rumah, sahabat dan teman terdekat. Kalau masih dirasakan cukup, anda boleh mengundang teman-teman lama. Membuat skala keutamaan pun sangat penting kerana ini ada kaitan langsung dengan jumlah katering yang telah anda tempah.
4. Minta bantuan teman

“Banyak teman banyak rezeki” tentu istilah ini menjadi hal yang sebaiknya ketika anda ingin meminta tolong kepada mereka untuk membantu menyumbang dalam acara perkahwinan yang diselenggarakan. Kalau punya rakan yang kerjayanya sebagai jurufoto, mekap artis atau pereka fesyen, jangan ragu-ragu untuk minta pertolongan mereka. Bolehlah anda minta harga kawan-kawan. Walaupun acara ini harus menjadi momen pertama dan terakhir dalam hidup, jangan paksa diri anda untuk menghabiskan kesemua wang yang anda miliki.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suami, Jagalah Tingkah Laku Agar Hubungan Rumah Tangga Berkekalan

- Seorang isteri mula memperkatakan kekurangan suami di depan rakan-rakan anda. Hati-hati kerana itulah tanda awal yang paling mudah dikenali.
- Sering berjenaka atau mengeluarkan sindiran yang sinis lagi tajam terhadap suami.
- Mula bersikap kasar terhadap suami, seriring dengan yang mulai hilang, isteri juga jadi malas untuk bersikap lembut, manis dan sensitif terhadap suami.
- Cara isteri mendengar cerita dan keluh kesah suami mula berubah. Ada empat tahap mendengar iaitu mendengar bersungguh-sungguh, memberi tidak balas, mendengar sepintas lalu dan akhir sekali tidak peduli. Jika anda sudah enggan mendengar cerita suami, maka tahap tidak hormat anda pada suami memang sudah terlalu tinggi.
Sumber:http://bacaanharianku.blogspot.my/2011/02/tip-mudah-rumah-tangga-bahagia.html
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

