Berat ujian wanita ini, 30 minit selepas nikah, ibunya pergi buat selamanya. Itulah yang dialami oleh Puan Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Ads
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Ads
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Terlalu sibuk mengurukan hal rumahtangga, kadang tiada masa berdua untuk bercinta versi zaman ada anak-anak.
Bukan tak mahu tetapi terlalu penat kejar masa setiap hari. Suami sibuk mencari rezeki dan isteri akan setia menguruskan hal anak-anak dan kemas rumah. Tahu-tahu, siang dah bertukar jadi malam. Begitulah realitinya.
Kadangkala, meluangkan masa berdua dengan suami mahupun isteri juga dapat memenuhi kantung emosi bahagia untuk kedua-duanya. Tenang jiwa raga orang kata.
Sebagaimana yang dilakukan oleh Ustaz Khairul Anuar Basri ini, dikala usia 44 tahun, dapat membawa isteri ke masjid untuk solat subuh di hujung minggu, mahupun morning walk pun sudah memadai.
Masuk umur 50 tahun nanti, rancangannya mahu kembara keliling dunia berdua dengan isteri pula.
Sekarang umur saya 44 tahun. Saya ada masa 6 tahun saja lagi untuk sampai ke umur 50 tahun.
Perancangan saya, pada umur saya 50 tahun, saya nak mengembara mengelilingi dunia berdua dengan isteri saya. Ketika itu, isteri saya mungkin sudah bersara awal dari kerjanya sebagai guru. Katanya dia nak jadi PA dan driver saya saja.
Ketika itu, anak-anak pun sudah besar panjang. Yang sulung mungkin sudah hampir tamat pengajian di universiti. Yang paling bongsu pun mungkin sudah masuk sekolah menengah dan tinggal di asrama. Jadi, tiada gangguan dan halangan lagi untuk ke hulu dan ke hilir berdua sahaja.
Saya pernah terfikir. Setelah sekian lama berusaha untuk hidup bersama sebagai pasangan suami isteri, kita akhirnya terpisah juga dek kerana tanggungjawab mencari nafkah untuk keluarga.
Seawal pagi masing-masing sudah dengan hal masing-masing. Suami ke tempat kerjanya. Isteri juga ke tempat kerjanya. Balik petang atau malam, tubuh badan sudah terlalu letih. Tiada masa pun untuk berborak-borak santai. Begitulah setiap hari sehingga umur pencen menjelang tiba.
Kurang masa bersama. Tiada masa berdua. Adakah itu matlamat perkahwinan kita? Adakah itu yang didambakan suatu ketika dahulu?
Bila dah tua, kudrat dah tak secergas dahulu. Fikiran pun tidak seriang dan semuda dahulu. Banyak keterbatasan yang akan kita tempuh. Nikmat hidup berdua juga sudah semakin tidak bermakna.
Sebab itu saya paksa juga kadang-kadang keluar ke mana-mana berdua dengan isteri. Paling tidak di setiap hujung minggu, ke masjid untuk solat Subuh, kemudian morning walk, then sarapan. Jam 10 pagi baru balik ke rumah.
Secepat mungkin saya mesti hentikan semua ini. Agar hidup berdua dapat diberi erti dan makna dengan sebaiknya.
Itulah juga motivasi saya bila saya berhenti kerja makan gaji dan mula bekerja sendiri. Mahu ada masa yang boleh diatur sendiri.
Mahu ada waktu bersama yang tersayang dengan semaksima mungkin, sebelum jasad dijemput pulang menghadap Ilahi.
Hidup kita ni tak lama. Entah sempat entah tidak saya bertemu dengan umur 50 tahun. Entah saya yang mati dulu atau isteri saya yang mati dulu. Saya pun tak tahu.
Antara benda yang paling saya takut ianya berlaku ialah jika isteri saya yang mati terlebih dahulu dari saya. Macam mana lah hidup saya nanti tanpa dia di sisi. Begitu juga sebaliknya.
Tapi itu janji yang pasti. Sebelum ia datang, saya nak gunakan sepenuhnya umur yang tersisa ini untuk meninggalkan kenangan terindah buat kami berdua.
Ada perkara yang boleh kita kongsi secara terbuka dan ada yang seeloknya disimpan sahaja. Biarlah kita dan pasangan sahaja tahu terutama bab-bab hubungan dengan pasangan masing-masing.
Seakan trend, pasangan suami dan isteri pada hari ini tanpa segan silu mempamerkan kemesraan mereka untuk tatapan umum. Adegan-adegan yang sepatutnya tidak perlu dikongsi malah dipertontonkan tanpa ada rasa bersalah. Malah ada yang bangga dengan aksi-aksi ‘terlampau’ tersebut.
Berikut perkongsian Sharifah Zahidah tentang budaya yang seakan sudah sebati dengan masyarakat kita hari ini.
Boleh beritahu dunia kita sayangkan suami, kita sayangkan isteri kita.
Cumanya, cukuplah dengan kata-kata.
Tak perlu tunjuk dengan aksi-aksi manja.
Aksi manja itu semua, kenangan sulit dan eksklusif antara kita berdua saja dengan pasangan masing-masing.
Saya hairan dengan trend romantis dalam bilik tidur yang kian menjadi-jadi dibawa dan DITULAR di dalam media sosial.
Trend dukung. Trend cium. Trend usap dada. Trend peluk manja. Trend laga hidung dekat-dekat dengan pandangan berahi Gambar sekadar hiasan.
We are ENOUGH.
We dont need anyone to approve us or we dont have to prove anything to the world about our sincere love towards each other.
Tak perlu.
Belajar untuk simpan apa yang sepatutnya disimpan.
Itu lebih dekat dengan iman.
Jangan hanyut dengan trend yang merosakkan peradaban.
Yang mengundang murka Tuhan. Yang merenggut berkah perkahwinan. Yang merentap kesucian sebuah ikatan yang dihalalkan dengan nama Tuhan, yang punyai panduan dan kemuliaannya tersendiri
Tak semua yang halal dibuat dalam rumah adalah turut halal dibuat di luar rumah.
Kadang ianya mengundang fitnah. Dan Islam mengajar kita untuk jauhkan diri dan keluarga sama ada dari fitnah perbuatan orang lain, apatah lagi fitnah dari perbuatan diri sendiri.
Siapa sahaja yang mampu melupakan momen pernikahan pelakon terkenal, Izara Aishah bersama suaminya, Muhammad Adib Khalid, yang berlangsung pada 17 November 2017.Majlis penuh eksklusif...