Berat ujian wanita ini, 30 minit selepas nikah, ibunya pergi buat selamanya. Itulah yang dialami oleh Puan Ika yang kisahnya dikongsikan oleh pengguna TikTok dikenali sebagai Mawie Khaili baru-baru ini.
Menerusi video berkenaan, pengguna TikTok itu menceritakan bahawa sahabatnya telah bergegas ke hospital apabila mendapat khabar bahawa ibunya dalam keadaan kritikal setelah selamat bernikah dengan jejaka pilihan.
Namun, sesampainya dia di hospital, ibu tersayang sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir.
Apa yang membuatkan ramai sebak adalah kekuatan wanita bernama Ika itu yang tabah menguruskan segala hal dengan masih berpakaian pengantin.
Ads
Dia juga turut kembali ke majlis persandingannya untuk menghormati tetamu terutamanya keluarga dari Singapura dan Indonesia walaupun baru sahaja kehilangan insan paling disayangi pada hari bahagianya.
Ads
Pengguna TikTok itu juga turut berkongsi video ayah kepada Ika yang berkerusi roda namun tetap menemani perjalanan terakhir allahyarham isteri sehingga jenazah dikebumikan.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata akui sebak dengan momen yang dikongsikan kerana ada diantara mereka pernah mengalami nasib yang sama.
Malah, mereka juga turut mendoakan agar allahyarham ibu kepada Ika ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan berharap ahli keluarga yang ditinggalkan tabah menerima ujian daripada Allah S.W.T.
Satu Malaysia sudah mengetahui status pasangan yang hangat diperkatakan masa kini antara Fattah Amin dan Fazura. Tempoh hari, kecoh dengan perkhabaran mengenai pasangan merpati dua sejoli ini selamat diijabkabulkan berwalikan abang kandung pelakon jelita itu.
Teka-teka mengenai status pasangan ideal itu terjawab apabila kedua-dua artis pujaan ramai ini memuat naik video sekitar majlis pernikahan mereka malam tadi. Fattah dan Fazura berkongsi momen dan detik bahagia di majlis pernikahan mereka di laman Instagram masing-masing.
Sejuk mata memandang! Itulah yang dapat digambarkan saat melihat video pasangan sama cantik sama padan ini saat disatukan. Terpancar wajah kegembiraan kedua-dua pasangan apabila perjalanan percintaan mereka berakhir dengan satu ikatan yang sah.
Fazura tampil cukup manis dan sopan dalam persalinan kurung moden yang ringkas dan minimalis. Solekan malar segar ternyata menjadi padanan sempurna buat artis jelita ini. Fattah Amin pula segak dalam persalinan baju melayu lengkap serba putih. Dekorasi indah menjadi saksi terpaterinya ikatan dua hati ini. Gemeresik pelamin nuansa ungu lembut sentuhan Reka Teemor menaikkan lagi keindahan majlis yang diraikan penuh sederhana.
Jom kita lihat video sekitar majlis pernikahan antara Fattah Amin dan Fazura! Bersemut tengok video penyatuan dua hati kesayangan Malaysia ini!
Akhiri status duda, pelakon Hafidz Rohsdi sah bergelar suami kepada wanita pilihannya Athira Yuhada.
Majlis pernikahan Hafidz atau nama lengkapnya Muhammad Hafidz Roshdi, 29, dengan pasangan berlangsung di Glasshouse Event Space Glenmarie, Shah Alam.
Berita ini dimaklumkan sendiri aktor tersebut menerusi Instagramnya dengan kapsyen: “Alhamdulillah” berserta tanda pagar HafidzAthira.
Dengan sekali lafaz, pelakon drama Bisik-Bisik Gelora itu akhirnya memperisterikan Athira yang sebelum ini didakwa sebagai orang ketiga dalam rumah tangganya dengan bekas isteri, Nurul Shuhada Mat Shukri.
Selepas selesai akad, tetamu dilihat bersorak beramai-ramai menunjukkan keterujaan atas pernikahan merpati dua sejoli itu.
Dalam majlis bertemakan serba putih tersebut, Hafidz menyerahkan RM300 kepada pengantin perempuan sebagai mas kahwin.
Sebelum ini, tular kad undangan perkahwinan antara Hafidz dan Athira tanpa mendedahkan butiran lanjut selain memaklumkan tarikh majlis.
Ketika gosip mengenai hubungan mereka, pada Julai lalu Hafidz menegaskan antaranya dengan wanita terbabit sekadar kawan, selain menegaskan mereka tidak mungkin berkahwin dalam masa terdekat.
Bahkan, wanita berkenaan juga pernah membuat permohonan maaf secara terbuka atas kekhilafannya rapat dengan Hafidz pada Februari lalu iaitu sebaik Nurul Shuhada mendedahkan keintiman mereka.
Pelakon drama Tundukkan Playboy Itu itu mendirikan rumah tangga dengan Nurul Shuhada pada 30 April 2016, namun mereka bercerai talak satu pada 27 Julai lalu selepas melalui proses mahkamah yang meraih tumpuan ramai.
Hasil perkongsian hidup selama tujuh tahun, pasangan terbabit dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Humairah, 6 dan Umar, 3.
Ada sesetengah isteri nak hadiah mahal daripada suami dek kerana melihat pemberian pasangan orang lain di medsos. Bukan kerana dengki tetapi nak merasa dapat kejutan dan dihargai.
Namun sebenarnya situasi ini bahaya jika suami kita bukan tak nak bagi cuma masih belum mampu nak hulur. Okay, untuk ketahui lebih jauh, jemput baca perkongsian Puan Intan Dzulkefli sebagai muhasabah diri.
Seorang suami hadiahkan barangan kemas bernilai 4 angka menjengah usia perkahwinan ke tahun 9.
Subhanallah, sweetnya masyaAllah. Suka sangat tengok kebahagiaan suami isteri macam ni.
Terusik juga hati bila membaca komen isteri yang teringin juga sedemikian, namun setelah berpuluh tahun berkahwin, tiada pun mendapat penghargaan bernilai seperti itu. Iyalah, tipulah, hati wanita mana tak terusik. Majoriti wanita memang sukakan emas kalau tidak sebagai perhiasan pun, disimpan sebagai aset.
Namun, hati ini lebih terusik dengan komen seorang suami yang mengatakan tatkala dia membaca coretan itu, dia terkenangkan isterinya. Jauh di sudut hati, dia juga ingin menghargai isterinya sebegitu.
Masuklah ke kedai emas dan pilihlah mana satu pun yang adinda mahu. Pasti senyuman adinda hingga ke telinga. Namun, apa daya, masa belum tiba, kekanda belum lagi mampu.
Tersentuh hati ini. Semoga dipermudahkan urusannya.
Begitulah. Kadang, bukan suami tak mahu menunjukkan penghargaan dalam bentuk material terutamanya yang menjadi idaman isteri, yang harganya kadang hingga cecah beribu.
Namun, sebagai isteri, kitalah orang yang paling sedar kudrat, kemampuan, jumlah gaji, jumlah simpanan, jumlah hutang suami kita kan?
Kalau makan suami selama ini pun bercatu semata-mata untuk melunaskan keperluan anak isteri, hendak memberi nafkah bulanan kita anak beranak pun hingga buat 3-4 pekerjaan, rasanya tak perlulah tag nama suami sambil komen, “bila nak buat surprise begini?” Atau “Teringin nak macam ni jugak.”
Bukan apa, takut suami kecil hati, jauh hati, tawar hati. Terasa segala pengorbanan, penat lelah, kerja kerasnya selama ini seolah isteri tidak nampak.
Saat ini, saya cuma teringat kisah Allahyarham TGNA yang berpesan kepada isterinya agar tidak mengenakan barangan kemas yang berlebihan sekiranya waktu bertemu rakyat jelata kerana bimbang ada di antara rakyat merasa teringin hingga meminta-minta & akhirnya menyusahkan hati suaminya. Allahuakbar. Halusnya budi Tuan Guru. Subhanallah.
Wahai isteri, Jika suami ‘belum pernah’ beri, tak semestinya ia kerana dia ‘tak mahu’ beri. Mungkin itu bermakna dia ‘belum mampu’ hendak beri. Sebagai isteri, doakanlah semoga Allah murahkan rezekinya & doakan agar bila dia sudah mampu kelak, mudah-mudahan dia diingatkan untuk menghargai isteri yang selama ini bersabar di sisi. InsyaAllah.
Wahai isteri, sekiranya suami meredhai kita selama hayat ini, Allah pun meredhai kita, maka balasannya insyaAllah syurga.
Di syurga kelak, sebagai ketua bidadari suami, mintalah apa sahaja, pasti Allah akan kurniakan, walau di dunia, kita cuma duduk di rumah buruk dengan persalinan yang lusuh kerana bersuamikan lelaki yang miskin.
Oleh itu, wahai isteri, bersabarlah dan tenang-tenangkanlah hati, iya kita juga teringin. Namun, jangan kerana menginginkan sesuatu hingga mengguris hati suamimu yang soleh dan baik itu.
InsyaAllah semoga Allah permudahkan. Bersabarlah.. jangan bersedih hingga membebankan hati sendiri & hati suamimu. Bahagialah menurut cara kita, seadanya.
Alhamdulillah ‘ala kulli hal.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...