Mungkin pada zaman sekarang kita jarang mendengar pasangan yang mendirikan rumah tangga tanpa menjalin kasih terlebih dahulu. Istilah “couple” sering kita dengar di kalangan remaja dimana ia adalah tempoh untuk mengenali pasangan dan seterusnya membawa hubungan tersebut ke fasa seterusnya.
Namun, dalam islam tiada istilah “couple” dan perkara tersebut dilarang sama sekali kerana ia boleh membawa kepada perkara maksiat atau perkara yang dilarang dalam islam. Namun Islam menyediakan sebuah proses perkenalan menuju pernikahan iaitu mengenali calon pasangan hidup, melalui proses yang sering disebut taaruf.
Persoalannya, bolehkan cinta muncul dalam taaruf yang begitu singkat ini? Hanya memandang sudah mampu membuatkan seseorang jatuh cinta? Apa yang harus diungkapkan kepada calon pasangan ketika taaruf? Untuk mengenali calon pasangan hidup dengan lebih mendalam, jom kita lihat 4 cara kenali bakal pasangan hidup tanpa perlu bercinta!
1. HARAPAN DAN PRINSIP HIDUP
Warna kehidupan kelak ditentukan dengan visi dan misi suatu keluarga. Terutama si suami kerana dia adalah qowwam dalam suatu keluarga. Sebagai pemimpin dia laksana nakhoda sebuah bahtera. Oleh itu, setiap calon pasangan harus mengetahui harapan dan prinsip hidup masing-masing.
Pertanyaan tidak harus diiringi dengan kata-kata sedemikian rupa seperti, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, harapan saya semoga kita semakin dekat kepada Allah“, atau, “Jika awak menjadi isteri saya nanti, mari bersama mewujudkan keluarga sakinah, rahmah dan mawaddah.“
Ads
Kita boleh menggunakan bahasa yang lebih verbal, seperti, “Apa yang kamu rancang bila sudah berkahwin nanti“. Bahasa ini lebih sopan dan tidak menunjukkan harapan terlebih dahulu. Segalanya masih banyak kemungkinan.
2. KEADAAN KELUARGA
“Pilihlah calon suami / isteri yang baik demi keturunanmu, sebab pengaruh keturunan itu sangat kuat” -Hadis Riwayat Abu Daud
Jelaskanlah kepada calon pasangan tentang anggota keluarga masing-masing. Misalnya tentang berapa jumlah saudara kandung kita, anak ke berapa, bagaimana tahap pendidikan, pekerjaan dan lain-lain. Perkara ini untuk melengkapkan informasi mengenai calon pasangan kita.
Ads
Dari informasi ini anda boleh mengetahui siapakah calon-calon pasangan hidup anda. Bagaimanakah latar belakang keluarganya dan perkara-perkara lain yang penting untuk anda ketahui.
3. KETAKWAAN PASANGAN
Ketakwaan disini bermaksud ketaatan kepada Allah. Ini kerana, apabila seorang lelaki itu senang, dia akan menghormati isterinya, dan jika dia tidak menyenanginya, dia tidak akan berbuat zalim kepadanya. Tetapi bagaimana caranya menilai lelaki itu bertakwa atau tidak?
Ads
Tanyakan kepada orang-orang yang dekat dengan dirinya, misalnya sahabat, saudara atau sahabatnya tentang ketaatannya menjalankan ketentuan yang telah menjadi rukun Iman dan Islam dengan jujur. Contoh ketaatan misalnya tentang solat 5 waktu, puasa Ramadhan, atau pula bagaimana sikapnya kepada jiran tetangga atau orang yang lebih tua, dan lain-lain.
Apatah lagi bila lelaki itu juga rajin melakukan ibadah sunat, nampaknya tidak perlu ditawar-tawar lagi untuk dipilih menjadi pasangan hidup.
4. PERKARA YANG DISUKAI DAN TIDAK DISUKAI
Dari awal sebaiknya dijelaskan apa yang disukai, atau apa yang kurang disukai. Sehingga nanti pada saat telah menjalani kehidupan berumahtangga dapat saling memahami, kerana telah dijelaskan dari awalnya. Dalam pelayaran bahtera rumah tangga perlu saling mengerti. Contoh paling mudah, isteri yang suka masakan pedas, sesekali masakannya janganlah terlalu pedas, kerana suaminya kurang suka.
Suami yang memang tidak suka berkemas kerana lama menjadi bujang, setelah berkahwin mungkin boleh belajar lebih kemas. Semua ini menjadi mudah dilakukan kerana telah dijelaskan dalam taaruf. Namun harus diingat bahawa perkahwinan itu bukan untuk merubah pasangan. Namun ia juga bukan untuk terus bersikap seolah-olah belum berkahwin.
Perubahan sikap dan keperibadian dalam tahap tertentu adalah sangat wajar. Juga hendaknya perubahan yang terjadi adalah natural, dan tidak saling memaksa.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ikatan perkahwinan merupakan sesuatu yang baik di mana ikatan teguh di antara dua insan yang bukan muhrim dihalalkan segala perkara dari segi zahir dan batin.
Namun begitu, adakah anda yakin bahawa “inilah dia yang dicari dan dialah yang bakal membahagiakan hidupku”.
Keputusan anda untuk mengahwini si dia sangat mudah diucapkan. Jadi, buatlah pilihan yang betul dan kenali isi hatinya juga sikap sebenar si dia agar anda tidak terkejut dengan perubahan sikap si dia setelah berkahwin.
Sudah menjadi lumrah dalam percintaan, semestinya setiap pasangan akan menyorokkan segala keburukan diri dari pasangan.
Namun begitu, tahukah anda bahawa sikap jujur dan berterus terang bersama pasangan adalah lebih baik dan anda akan lebih memahaminya sebelum menuju ke alam perkahwinan.
Berikut ada beberapa tip untuk mengenali sikap sebenar pasangan anda:
1. Berkongsi cerita bersama. Pasti si dia akan bercerita kepadamu mengenai latar belakang dirinya sebelum itu.
2. Berani untuk bertanya si dia kisah masa lampau dirinya. Oleh itu, anda berdua akan jujur dalam perhubungan.
3. Tidak menyimpan perasaan sakit hati atau dendam. Sekiranya anda berasa tidak puas hati, luahkan sahaja. Si dia pasti memahami sebab kamu berasa marah.
4. Ketahui hobi si dia di masa lapang seperti menonton televisyen, bermain ‘game’, duduk di rumah, melepak bersama rakan dan sebagainya.
5. Ketahui apa yang tidak disukainya. Contohnya sikap, makanan dan minuman yang tidak disukai.
6. Kenali warna yang disukainya. Ini memudahkan apabila berkahwin, anda sudah tahu warna pakaian yang disukainya.
7. Kenali sikap si dia apabila bersama keluarga. Adakah dia seorang yang manja dengan ibunya? Adakah si dia seorang yang tidak mengambil berat perihal keluarga? Dari situ, anda akan lebih mengenali sikap sebenar si dia.
8. Selidik cara percakapan si dia apabila bersamamu, bersama rakan, dan keluarganya. Anda akan ketahui sama ada si dia seorang yang lembut, panas baran, penyayang dan sebagainya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap individu mempunyai jalan hidup yang berbeza dan tidak akan pernah sama dengan orang lain. Maka, jangan selalu membandingkan dengan apa yang sudah kita dapatkan dengan apa yang orang lain miliki kerana sampai bila-bila, ia tidak akan pernah sama.
Bersyukurlah dengan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Anda harus menerima apa yang Allah berikan dengan tulus. Jangan sibuk memandang apa yang orang lain miliki.
Sekarang mungkin anda memiliki pekerjaan yang kurang baik, keluarga yang tidak sebahagia orang lain atau pasangan yang tidak menyenangkan hatimu. Tetapi pasti ada perkara yang baik terjadi dalam hidupmu yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Foto: Instagram Dewi Sandra
Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan perkara indah yang berlaku dalam hidup orang lain kerana pasti ada perkara yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam hidup mereka. Tentunya mereka tidak memberitahu hal ini kepada anda.
Jagalah hatimu. Bukankah Allah sudah beri kenikmatan luar biasa yang sesuai dengan keperluanmu? Maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya.
Anda berkata apa yang anda miliki terlalu sedikit dan kecil nilainya kerana anda melihat apa yang orang lain miliki lebih besar daripada anda sehingga anda lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan.
Foto: Instagram Dewi Sandra
Sekarang, belajarlah untuk menghargai apa yang telah diberikan. Rendahkan hatimu dan terima pemberian Allah dengan ikhlas. Dalam tak sedar, banyak perkara indah yang telah Allah berikan sehingga tidak terhitung.
Berterima kasihlah kepada Allah dalam setiap keadaan kerana disitulah hatimu akan senang dan tenang menerima setiap pemberian Allah kepadamu. Bersyukurlah…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!