Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi Sarah Suhairi kini sah bergelar isteri kepada pensyarah, Aswad Mohd. Anuar, pada majlis pernikahan yang berlangsung di Berenr Hill Sg Serai, di sini pada pukul 8.30 pagi tadi.
Sarah Suhairi Kahwin
Pasangan mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan, Suhairi Hamdan, di hadapan jurunikah Ustaz Ahmad Khaliq Md. Rashid
Penyanyi berusia 24 tahun itu menerima mas kahwin berjumlah RM2,486 dalam bentuk barang kemas bersama tujuh dulang hantaran berbalas lima.
Suami Status Duda Anak 3
Ads
Tanpa sembunyikan, Sarah Suhairi yang selamat bergelar isteri pada pagi Jumaat mendedahkan suaminya adalah seorang duda beranak tiga. Sarah, 24, berkata, sejak daripada awal dia mengetahui status suaminya iaitu Aswad Anuar, 39, malah sudah bertemu dengan anak-anak tirinya.
Tulis Sarah:
Assalamualaikum wbt,
Ads
Bersyukur ke hadrat ilahi di hari yang penuh barakah ini, sukacita Sarah ingin mengumumkan kami telah pun selamat di ijab kabul sebagai suami isteri yang sah. Tiada satu pun kata-kata dapat mengungkap perasaan ini melainkan rasa syukur.
Terlebih dahulu terima kasih kepada ibunda dan ayahanda tercinta yang selama ini mencurahkan kasih sayang dan sokongan kepada Sarah, dan selamanya Sarah terhutang budi dan akan membalas jasa kalian berdua. Untuk seluruh ahli keluarga yang lain, terima kasih kerana sentiasa bersama Sarah, tiada satu permata dapat menggantikan betapa bernilainya perhubungan kita sehingga ke hari ini.
Untuk keluarga baru Sarah, terima kasih kerana menerima kehadiran Sarah dengan tangan yang terbuka dan penuh kehangatan. Sarah sangat bersyukur dan gembira untuk menjadi sebahagian dari keluarga kalian.
Ads
Buat semua peminat yang Sarah hargai dan kasihi, terima kasih menjadi suara dan juga ibarat keluarga Sarah dalam menyusuri dunia seni. Terimalah With You sebagai hadiah daripada Sarah buat semua para peminat.
Kenal 4 Tahun Yang Lalu
Perkenalan antara Sarah dan Aswad, 39, dikatakan bermula sekitar empat tahun lalu sebelum mereka mengikat pertunangan 27 Januari lalu.
Minat yang sama dalam sukan berkuda menjadi pengerat hubungan, sekali gus mencetuskan keserasian mereka.
Seramai 200 tetamu termasuk kenalan terdekat serta saudara mara meraikan mempelai pada majlis tema serba putih tersebut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
JAKARTA – Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah sekolah tahfiz, lapor portal Wolipop baru-baru ini. Lelaki tersebut, M. Fajrul Islam, 26, berkata, kisah cinta mereka bermula sekitar tahun 2019 apabila gambar Dila Santika, 19, menghiasi poster sekolah berkenaan.
**media[450488]**
“Sudah tentu saya memaparkan sikap profesional ketika berada di sekolah kerana Dila merupakan anak murid saya,” katanya.
Tambah Fajrul, Dila merupakan seorang pelajar yang cemerlang.
“Kebetulan, saya ada melatih Dila dan membantunya dalam persiapan pertandingan. Jadi, mungkin dari situ timbulnya persefahaman antara kami,” ujarnya.
**media[450490]**
Perasaan Fajrul kepada Dila mendapat restu pihak sekolah serta kedua-dua ibu bapa gadis itu. Fajrul lantas memberitahu hasratnya untuk memperisterikan Dila dan mereka terus bertunang.
“Kami akan berkahwin pada Mei ini sejurus selepas Hari Raya Aidilfitri. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya. – AGENSI
Sumber: Kosmo
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setelah empat tahun menyulam cinta, akhirnya hari ini pasangan ideal ini disatukan dalam majlis penuh privasi di resort mewah The Chateau yang terletak di negeri Pahang. Dalam gambar yang dimuatnaik oleh beberapa tetamu majlis, kelihatan lokasi pernikahan tersebut dihias segar dan indah dengan peletakan bunga ros rona merah jambu dan putih memenuhi ruang.
Kredit Foto: Instagram @p_apinara
Umum mengetahui yang SM Faliq telah melamar Chryseis di Hotel Royal Mansour pada 30 Jun 2017 ketika mereka sedang sama-sama bercuti di Marrakech, Morocco. Pasangan yang digelar ‘the power couple’ dalam golongan elit ini telah mengenali antara satu sama lain sejak di bangku sekolah lagi namun hanya rasmi bercinta pada tahun 2014.
Bagai di dalam taman bunga. Kredit Foto: Instagram @bekati
SM Faliq merupakan anak keempat dalam keluarga Naza manakala Chryseis pula mempunyai 11 adik-beradik masing-masing memegang jawatan besar dalam empayar perniagaan keluarga. Chryseis kini menjadi Pengarah Eksekutif Berjaya Assets Bhd. dan pelabur dalam beberapa jenama termasuk Greyhound Cafe dan La Juiceria manakala Faliq pula ialah Timbalan Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan Naza TTDI.
Chryseis Tan anggun menggayakan busana kebaya moden berleher ala cheongsam dengan potongan lengan dramatik. Kredit Foto: Instagram @remynganKredit Foto: IImshady
Pesona Pengantin mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan ini dan semoga berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sudah hampir lima tahun menjanda, pelakon Jue Aziz kahwin lagi selepas bertemu jodoh dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ridwan.
Mereka melangsungkan pernikahan pada 18 Ogos lalu di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan kenalan rapat.
Jue Aziz Kahwin
Menerusi Kosmo!, Jue atau Juliana Abdul Aziz, 40, berkata, dia dan suaminya sudah lama mengenali di antara satu sama lain sebelum memutuskan untuk berkahwin.
“Sejak bila kami kenal biarlah rahsia tetapi, kami sudah lama kenal dan bukan mudah mengambil keputusan berkahwin.
“Sepatutnya kami rancang nak bernikah hujung tahun ini tapi dipercepatkan bagi menunaikan permintaan ibu saya yang sudah berusia.
“Apa yang penting adalah restu keluarga dan anak saya sekarang ada papa baru,” katanya kepada media.
Berjodoh Dengan Suami Muda
Menerusi majlis berlangsung, Jue yang cukup dikenali menerusi drama rantaian, Manjalara menerima mas kahwin sebanyak RM222 berserta seutas gelang dan sebentuk cincin.
Enggan terlalu bercerita tentang peribadi suami, Jue bagaimanapun memaklumkan Ridwan seorang lelaki yang sentiasa memberi sokongan terhadap kerjayanya.
“Umur dia pun rahsia. Tetapi dia lebih muda daripada saya.
“Suami seorang yang sentiasa memberi sokongan dan faham akan kerjaya saya,” ujarnya.
Jue sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pemuzik asal Indonesia bernama Bayu Praman pada Mac 2014 dan bercerai pada Januari 2019.
Hasil perkahwinan tersebut tidak dikurniakan cahaya mata namun mereka mempunyai seorang anak angkat iaitu Darwish Naufal, 11.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!