5 Barang Hantaran ‘Rare’ Confirm Korang Tak Pernah Terfikir

Share

Masanya hampir tiba, persediaan juga telah disiap rapi. Sudah pasti pasangan raja sehari tidak sabar menunggu detik yang penuh bermakna buat mereka.

Kalau pada masa dulu hantaran adalah benda yang paling susah untuk difikirkan, namun tidak lagi dengan adanya peredaran zaman.

Bakal pengantin zaman ini lebih kreatif dalam pemilihan barang hantaran agar ia sesuai seiring dengan trend masa kini. Bagi anda yang masih belum ada idea hantaran apa yang anda ingin beri pada pasangan? cuba lihat ini!

Permainan video

Hantaran ini sesuai untuk bakalpengantin lelaki. Confirm dia tak keluar lepak mamak, jumpa kawan atau balik kerja lambat. Tak perlu fikir jika suami anda ingin berlaku curang.

Helmet

Masih juga sesuai untuk bakal pengantin lelaki. Jika bakal pasangan anda seorang yang sering menaiki motor untuk ke tempat kerja. Bolehlah anda beri ini kepada dia.

Barang memasak

Sudah pasti ini buat bakal pengantin perempuan atau sedikit ‘hint’ supaya si dia rajin untuk ke dapur. Memang barang yang berguna dan boleh mengenyangkan!

Haiwan peliharaan

Kalau pasangan anda seorang pencinta haiwan memang amat sesuai kalau anda berinya haiwan peliharaan kegemarannya sebagai hantaran. Confirm suka!

Televisyen

Ya, televisyen ni untuk anda dan pasangan juga nanti. Jadi, bila sudah pindah rumah dan ada televisyen. Tidaklah bosan kalau berdua.

IKLAN