Adat dalam sesebuah hubungan pergaduhan itu pasti akan berlaku antara pasangan. Apatah lagi yang sudah berkahwin kerana hari-hari anda akan melihat pasangan anda. Pun begitu dalam rumah tangga kadang kala perkara yang kecil pun boleh menimbulkan pergaduhan.
Bersyukurlah anda jika dikurniakan pasangan yang berhati lembut dan tenang menyelsaikan masalah. Namun, ada juga yang dikurniakan pasangan yang panas baran kadang kala apabila bergaduh. Ini sepatutnya tidak perlu berlaku dalam rumah tangga.
Jadi, pelbagai pendekatan perlu diambil berat dalam menangani masalah panas baran. Ini adalah antara tips yang anda boleh lakukan untuk menangani masalah panas baran pasangan anda.
Ads
Beri masa
Biasanya orang yang cepat marah ini akan mengambil masa untuk meredakan dirinya. Oleh itu, berikan mereka masa untuk menenangkan diri dan elakkan daripada bertanya soalan yang boleh membuatnya marah kembali.
Jangan banyak bercakap
Kalau boleh elakkan daripada banyak bercakap atau mengungkit kisah-kisah dulu yang boleh menimbulkan kemarahannya. Seeloknya biarkan dia berseorangan tanpa anda sebarang komunikasi terlebih dahulu.
Ads
Pandai mengawal situasi
Sejurus dia marah walaupun disebabkan perkara kecil, anda seharusnya lebih bertenang dan rileks kerana bila anda gusar hati anda tidak akan tenteram dan semuanya tidak kena.
Ads
Dapat sokongan luar
Kadang kala masalah panas baran ini tidak boleh dirawat dengan sendirinya. Sebab itu anda juga memerlukan perkhidmatan daripada pakar atau doktor yang boleh merawatnya. Kemungkinan masalah ini boleh menjadi teruk. Jadi berhati-hati.
Banyakkan bersabar
Mempunyai pasangan yang ada panas baran ini anda kena banyak bersabar dan perlu bersedia dari segi mental dan fizikal. Cuba sebaik mungkin untuk menyelamatkan hubungan anda jika benarlah dia jodoh anda.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sesetengah orang suka merungut kenapa dia tidak mendapat apa yang orang lain dapat? Kenapa hidupnya tak sempurna seperti orang lain. Kenapa merasa hidupnya kosong dan teruk.
Siapa anda nak berani berkata kehidupan orang lain tidak pernah merasi kosong. Setiap orang ada masa dan ketika perasaan itu datang. Mungkin kekosongan itu merujuk kepada kehidupan peribadi atau kehidupan professional mereka. Cuma yang berbeza ialah berapa kekerapan atau berapa lama perasaan itu bermaharajalela dalam hati sesorang.
Ramai yang akan berkata “Mengadulah kepada Allah yang Maha Mendengar”. Betul dan itulah yang sebaiknya. Tetapi bantuan Allah itu hanya datang melalui usaha yang manusia lakukan. Jadi apa yang boleh kita buat?
1. Berhenti menganggap yang harapan kita selama ini pasti menjadi kenyataan
Ya, kita boleh meletak harapan kepada apa dan sesiapa sahaja. Semakin kuat kita mengharap semakin tinggi risiko kita merasa ‘sakit’ jika itu tidak menjadi kenyataan.
Apabila anda menghantar teks kepada seseorang dan orang itu tidak membalasnya, apa yang kita rasa? Anda menolong seseorang dan apabila ada orang tidak mengucapkan terima kasih pun kepada anda, apa yang anda rasa? Anda telah berbudi dan berjasa kepada suami tetapi dia tidak mengenang pun jasa itu, apa yang anda rasa? Kitaran yang berulang-ulang ini mula membuatkan anda merasa tidak berharga.
Apa pengajarannya? Lupakanlah untuk mengharap balasan. Jangan jadikan bantuan dan jasa anda itu terlalu peribadi. Ikhlaskan hati dan biarlah Allah yang memberikan rahmatNya atas apa perbuatan baik yang anda lakukan itu.
2. Jangan berfikir hanya anda yang sahaja yang ‘malang’
Anda rasa suami anda teruk. Yang mungkin betul tapi percayalah ada suami orang lain yang sepuluh kali lebih teruk. Hayati kisah dan cerita orang lain. Betapa kerasnya kehidupan yang mereka lalui.
Lihat, dengar dan rasakan dari sudut pandang berbeza. Betapa bertuahnya anda. Anda faham maksud, sudah jatuh ditimpa tangga? Sejak kebelakangan ini anda rasa peribahasa itu seperti dijadikan khas untuk anda. Minggu lepas anda dibuang kerja. Semalam dapat tahu yang suami sudah kahwin lain. Anak pula seperti tidak ada masa lain untuk sakit. Malam tadi duit anda kena curi dan hari ini anda demam selsema. Segalanya seperti berpakat untuk menganayai anda.
Bertenang, tidak ada orang yang jatuh kemudian betul-betul ditimpa tangga. Betul orang itu jatuh tetapi tangga itu jatuh ke arah lain. Itu hanya bayangan yang direka-reka. Hidup anda lebih waras daripada bayangan hitam yang anda rasai itu.
3. Mengubah diri
Ada yang mengatakan bahawa orang yang tidak terlalu takut mengambil risiko pastinya hidupnya sangat membosankan.
Segala-galanya statik seperti air bertakung. Air bertakung tidak ada gunanya kecuali menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes sahaja.
Jadi apa kata kita mengubah diri. Beranikan diri mencabar keupayaan untuk mencapai sesuatu yang lebih baik pada masa depan. Risiko memang ada dan itulah cabarannya. Sepuluh, dua puluh atau lima puluh akan datang dan seandainya umur kita panjang, itu semualah yang akan memberikan kepuasan.
4. Jangan dibandingkan kehidupan orang lain
Lagi satu jangan gemar sangat membandingkan hidup kita dengan hidup orang lain. Memang seronok memuja hijau rumput di laman rumah hingga terlupa subur rumput di laman sendiri. Rumah dia lebih cantik. Suami dia lebih baik. Anak dia lebih pandai dan macam-macam lagi.
Memang secara fitrahnya hati manusia lebih mengira yang yang dia tidak dapat berbanding apa yang sedang dia miliki.
Tahukah anda betapa ada orang lain yang ingin berada dalam kehidupan anda sekarang? Apa pun yang pandangan, cuba renungkan kenapa diri sendiri tidak boleh maaf dan terus lupakan?
Ya, mungkin mudah di mulut tetapi apa pula untungkan jika saya dapat membuktikan yang dia salah? Memang dia betul.
Memaafkan itu hanya sekali tetapi terus mengingati kesalahan orang itu sebenarnya masih menggunakan tenaga mental. Jadi apa kata selepas ini kita usaha, maaf, lupakan tetapi lebih berhati-hati selepas ini.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum berangan nak fikr tentang honeymoon, jom belajar cara simpan duit nak kahwin bagi cukup dengan elakkan membuatkan personal loan.
Ya, kebanyakan individu pasti mempunyai keinginan untuk melangsungkan majlis perkahwinan impian kerana berlaku sekali dalam seumur hidup.
Jadi mestilah banyak cara dilakukan untuk menjayakan matlamat berkenaan termasuk membuat simpanan kewangan bersama pasangan tercinta.
Turut melakukan simpanan bersama pasangan sebelum mendirikan rumah tangga, pencipta kandungan digital Shaa Ismail berkongsi beberapa tip kewangan yang dilakukannya bersama suami Ali Ridhwan sebelum mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2019.
Menurutnya, konsep simpanan yang diamalkan bermula dengan jumlah yang sikit dan semakin banyak mengikut hari.
“Saya menabung sejak mula bertunang, jadi semua jenis duit kalau kegunaan bersama akan ambil dari tabung. Tapi kalau nak guna untuk top up, isi minyak atau rokok… tak boleh usik duit tabung.
“Memang guna cara ni sebab saya jenis boros dan duit dalam bank selalu habis. Boleh juga sediakan dua jenis beg duit, satu untuk belanja harian dan satu lagi simpanan,” jelasnya.
Kalau pasangan buat perkara yang sama, jumlah tersebut boleh didarabkan dua dan dapatlah RM930 sebulan.
Andai kata ada buat simpanan pada hari ke 31, jadi total untuk setahun adalah RM11,904
Hanya simpan RM2 setiap hari sehinggalah 30 haribulan.
Total simpanan adalah RM60 dan jika dicampur dengan pasangan, anda akan ada RM120 sebulan.
Teruskan selama setahun, jadi jumlah keseluruhan adalah RM1,440.
Jika mempunyai banyak komitmen, apa kata guna kaedah ini yang menetapkan simpanan sejumlah RM1 setiap hari.
Buat bersama pasangan dan lakukan selama setahun, jumlah keseluruhan adalah RM720.
Meskipun tidak banyak, namun cara ini dapat membantu anda apabila terdesak.
Hah, selepas ini pasangan yang berniat nak kahwin boleh cuba salah satu kaedah di atas. Siapa tahu, Allah cukupkan duit kahwin kalian tanpa perlu buat loan!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap individu mempunyai jalan hidup yang berbeza dan tidak akan pernah sama dengan orang lain. Maka, jangan selalu membandingkan dengan apa yang sudah kita dapatkan dengan apa yang orang lain miliki kerana sampai bila-bila, ia tidak akan pernah sama.
Bersyukurlah dengan apa yang sudah diberikan oleh Allah. Anda harus menerima apa yang Allah berikan dengan tulus. Jangan sibuk memandang apa yang orang lain miliki.
Sekarang mungkin anda memiliki pekerjaan yang kurang baik, keluarga yang tidak sebahagia orang lain atau pasangan yang tidak menyenangkan hatimu. Tetapi pasti ada perkara yang baik terjadi dalam hidupmu yang tidak dimiliki oleh orang lain.
Oleh itu, jangan mudah terpengaruh dengan perkara indah yang berlaku dalam hidup orang lain kerana pasti ada perkara yang tidak menyenangkan yang berlaku dalam hidup mereka. Tentunya mereka tidak memberitahu hal ini kepada anda.
Jagalah hatimu. Bukankah Allah sudah beri kenikmatan luar biasa yang sesuai dengan keperluanmu? Maka bersyukurlah sebanyak-banyaknya.
Anda berkata apa yang anda miliki terlalu sedikit dan kecil nilainya kerana anda melihat apa yang orang lain miliki lebih besar daripada anda sehingga anda lupa untuk bersyukur atas segala nikmat yang telah Allah berikan.
Sekarang, belajarlah untuk menghargai apa yang telah diberikan. Rendahkan hatimu dan terima pemberian Allah dengan ikhlas. Dalam tak sedar, banyak perkara indah yang telah Allah berikan sehingga tidak terhitung.
Berterima kasihlah kepada Allah dalam setiap keadaan kerana disitulah hatimu akan senang dan tenang menerima setiap pemberian Allah kepadamu. Bersyukurlah…
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...