5 Panduan Bakal Pengantin Perlu Tahu Sebelum Beli Kek Kahwin

Share

Kek kahwin pada masa kini diilham khas untuk memenuhi cita rasa bakal pengantin. Besar kecil atau mahal murahnya kek perkahwinan tersebut bergantung pada ketentuan kedua belah pihak.

Bila kedua-dua belah pihak bersetuju maka tentuan masa bila hendak disiapkan, tempat penghantaran, kos penghantaran dan seumpamanya akan menjadi topik perbincangan seterusnya.

Terdapat pelbagai perkara atau tips yang perlu diketahui oleh bakal pengantin sebelum memilih kek perkahwinan yang sesuai. Berikut adalah beberapa tips yang anda boleh pertimbangkan dalam memilih kek perkahwinan.

1. Tempah kek yang anda idamkan, bukan ikut kata orang lain

Tempahlah kek yang anda rasa bersesuaian dan yang anda idamkan selama ini. Pasti ia akan memberi satu kepuasan pada hari bahagia anda nanti.

2. Ikut kesesuaian bajet anda. Mahal tak semestinya cantik

Jika anda tidak mempunyai bajet yang banyak, kek kahwin yang ringkas sudah cukup untuk menaikkan aura jika anda bijak mengadun warna dan corak kek kahwin anda.

3. Pilih kek yang sesuai dengan tema majlis anda

Pastikan warna, bentuk, rupa dan dekorasi kek kahwin anda adalah sama dengan tema perkahwinan anda.

4. Pilihlah ‘baker’ yang bertauliah

Lihat baker yang anda kenal atau selesa untuk berbincang. Ia akan memudahkan segala persiapan anda.

5. Tengok bahan dan perasa

Kek kahwin mempunyai pelbagai jenis bahan dan perasa. Jika anda mahu kek kahwin berkualiti tinggi yang dibuat menggunakan krim dan mentega asli serta bahan asli,  harganya adalah mahal berbanding kek kahwin yang tidak menggunakan krim dan mentega asli.

IKLAN