Pastinya seorang lelaki itu menginginkan pasangan wanita yang cukup sempurna dimatanya. Wanita yang mempunyai perwatakan lemah-lembut dan pandai berdikari antara ciri yang sentiasa diburu oleh lelaki untuk dijadikan pasangan hidup.
Namun begitu, ada segelintir ciri-ciri dan perkara tentang wanita yang boleh menjengkelkan lelaki itu. Entri kali ini berkongsikan 5 perkara tentang wanita yang tidak disukai oleh kaum lelaki.
1. TIDAK HORMAT ORANG TUA
Lelaki menilai seseorang wanita itu melalui budi bahasanya terutama bila bercakap atau melayan orang tua. Kalau anda bersikap kasar dan tidak hormat pada orang yang lebih tua, jangan terkejut jika anda bukan calon isteri pilihan si dia. Takut nanti ibu bapanya diperlakukan seperti itu pula.
Ads
2. GEDIK
Perangai gedik wanita bukan sahaja membuatkan kaum sejenis jelek malah lelaki pun tidak gemarkannya. Bagi lelaki, wanita yang gedik ni lemah dan tidak berdikari. Lelaki cepat rimas bila wanita suka merengek lagi-lagi jika usia kamu sudah matang.
Ads
3. QUEEN CONTROL
Lelaki kurang gemarkan wanita yang kuat mengongkong dan menyekat segala aktiviti mereka. Mungkin si dia nampak turut sahaja segala arahan anda, berhati-hati kerana sampai satu tahap dia mungkin akan buat perangai. Lelaki tidak suka wanita terlalu berkuasa dalam perhubungan.
Ads
4. PISAU CUKUR
Usah meminta-minta dengan si dia, biarkan si dia yang beri anda hadiah mengikut keikhlasan hatinya. Dari situ lelaki menilai sama ada wanita itu benar mahukan cintanya atau sekadar ingin mengikis? Once you are spotted as materialistic, you are in trouble.
5. MAIN KAYU TIGA
Sama seperti wanita, siapa suka pasangan kita main kayu tiga? Berbeza dengan wanita yang lebih suka memaafkan lelaki dan memberi peluang kedua jika di tangkap bermain kayu tiga. Tapi bukan untuk lelaki ya. Sekali anda di tangkap curang, maka tiada maaf bagimu.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita yang meninggalkan puasa wajib menggantikan puasa tersebut sebelum bermulanya Ramadan. Namun, masih terdapat sesetengah wanita yang tidak sempat menggantikan puasa atas alasan tertentu.
Sekiranya perkara ini terjadi, anda perlu membayar fidyah. Fidyah merupakan denda ke atas individu Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti bulan Ramadan.
Hukum membayar fidyah adalah wajib dan ia perlu disempurnakan mengikut bilangan hari yang ditinggalkan. Sekiranya ia tidak dibayar, anda diibaratkan berhutang kepada Allah. Jangan memandang ringan hal ini.
Di Mana Boleh Bayar Fidyah?
Fidyah boleh dibayar secara terus kepada fakir miskin atau menerusi Pejabat Zakat atau Pejabat Agama Islam Negeri masing-masing. Untuk memudahkan anda, bayaran fidyah juga boleh dibayar secara online melalui e-zakat atau mengikut bank tertentu.
Kadar fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) semasa iaitu sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah diberi makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.
Cara Bayar Fidyah
1. Tetapkan Negeri Anda
Kadar bayaran fidyah berbeza mengikut harga yang ditetapkan oleh sesebuah negeri. Rujuk laman web Pejabat Agama Negeri untuk mendapatkan nilai secupak beras. Kebiasaannya, kadar bayaran fidyah bagi satu hari puasa yang ditinggalkan adalah secupak beras dan nilai secupak beras itu akan ditukar dalam bentuk Ringgit Malaysia.
2. Buat Kiraan
Seperti Lembaga Zakat Selangor, satu hari puasa yang ditinggalkan bersamaan dengan RM1.80. Kiraan fidyah di Selangor adalah tidak berganda walaupun melangkau tahun. Sekiranya seseorang itu meninggalkan puasa selama 3 hari, maka kadar fidyahnya adalah:
RM1.80 (1 cupak) x 3 hari = RM5.40
3. Buat Bayaran
Bayar fidyah secara tunai – Boleh dilakukan di pejabat agama atau pejabat zakat negeri atau melalui wang pos.
Bayar fidyah secara online – Melalui e-zakat negeri masing-masing seperti e-zakat Selangor, e-zakat Penang, laman web Pejabat Agama dan Majlis Negeri, Maybank2U.
Ini cara jika anda mahu membayar fidyah menggunakan Maybank2U:
1. Klik ‘Bill Payment’ dan klik pada ‘Make A One-Off Payment’
2. Klik ‘Zakat & Charity’
3. Pilih Pusat Pungutan Zakat/Fidyah Negeri masing-masing
4. Pilih ‘Fidyah’
5. Masukkan jumlah bayaran yang perlu dibayar. Selesai!
Tetapi ia bergantung kepada jenis bank atau negeri. Ada sesetengah negeri tidak mengaktifkan akaun mereka untuk membayar fidyah online. Jika tiada pembayaran online, lakukan secara manual.
Jadi, jangan tangguhkan lagi bayaran fidyah. Sila bayar sekarang sebelum anda terlupa.
Terdetik hati, kalau aku menikah di usia muda ini, mampukah aku membahagiakan pasangan? Bersediakah aku bila menghadapi masalah kewangan? Apabila sebut mengenai kahwin muda, mungkin ada yang berfikiran negatif mengenai keputusan remaja yang ingin menamatkan zaman bujang mereka di usia muda. Banyak perkara yang kita tak tahu akan kahwin muda. Berumah tangga ini sebenarnya mematangkan.
Jika dahulu segala hal boleh diharapkan kepada ibu bapa, dengan berkahwin muda anda akan belajar pelbagai perihal alam rumah tangga seperti memasak, mengenal pelbagai keperluan barang basah, barang dapur dan sebagainya. Pengalaman berharga ini akan menjadikan anda lebih mahir dalam selok-belok alam rumah tangga. Lelaki ini yang dikenali Al Mubarak kongsi pengalaman berkahwin muda dan dikurniakan anak pada usia 20 tahun.
KAHWIN MUDA DAPAT BELAJAR BANYAK BENDA!
Saya sekarang sudah bergelar ayah di usia 20 tahun, ketika saya berumur 18 saya sudah berkahwin dengan isteri saya, saya hanya lulus SPM, nak bawak sijil untuk bekerja di syarikat syarikat susah, Jadi saya nekad,
Saya nekad ubah hidup mencari potensi diri, sebelum tu saya pernah bekerja sabagai guard di sebuah syarikat, saya tinggal dengan isteri di stor lama yang jamban di tutup simen, biasa orang baru kahwin. Kami kerja demi survive kehidupan,
Saya pernah di kutuk, “Kawin muda susah nak ada masa depan. Jadi waktu saya duduk dalam stor tu, saya rasa memang susah nak ada masa depan. Time tu kerja guard, Tahun 2015, paling sedih saya tak dibayar gaji sampai sekarang, ?
Kemudian saya cuba mencari perniagaan baru, saya mula cuba buat sewa roller blade, Sewa 1 kasut RM5. ada 7 kasut, sehari tu seorang je sewa, Ni part sedih, nak makan kami 2, Jadi RM5 tu la nak makan sehari, Punya susah kawin muda ni,
MULA CARI POTENSI DIRI
Betul orang cakap kawin muda susah nak jaga isteri nak bagi makan apa, gaji tak tetap,
Aku pon terasa betul kata2 tu,
Tahun 2016 aku mula cari potensi aku, sama ada aku boleh berniaga atau tak, Aku masuk la 1 seminar ni dekat KL..
Dalam seminar tu dia cakap tentang 13 S yang kena pegang untuk berjaya, Aku mula tak yakin sebab aku tak nampak dengan mata aku sendiri,
Lepas balik dari seminar aku cuba apply tengok apa betul ke 5 S boleh bantu aku atau tak…
Alhamdulillah, aku cuba tapi aku gagal, tapi aku baca balik S S tu.. Kemudian bangun balik, aku ada jual macam-macam, Nak survive, sambil-sambil tu aku pegang S tu,
Part paling sedih Isteri aku nak bersalin bulan 12 2016, Dia tanya, “Abang, Ada duit x nak bersalin ni. “Sebenarnya di hati ada RM50 je..
Aku Baca S tu balik ! Aku Pegang Lagi S tu!
Sedih weeyy! Aku mula belajar dari S, dan Alhamdulillah S tu memang banyak bantu!
Jadi boleh tengok sendiri apa yang BH tulis dlm artikel diorang..
Kat sini aku share S untuk pasangan baru kahwin yang berniaga macam aku,
S – Serah
S – Syukur
S – Selawat
S – Sedekah
S – Solat
Jadi kalau korang yang baru kahwin atau nak kahwin jangan takut pegang pada 5S ni sampai korang berjaya in sha Allah paling kurang dua tahun ja. Jadi tolong share dan tag pada yang takut nak kahwin muda…
Tak salah kahwin muda jika sedar komitmen kita setelah berumah tangga. Nak enjoy, ajaklah pasangan bersama. Ingat keberkatan dalam perkahwinan tu yang buat kita bahagia. Jika bahagia pasangan kita, maka bahagialah kita. Setiap apa yang hendak di lakukan, jangan ketepikan pasangan anda! Ingat janji ketika bercinta, susah senang bersama…
Sumber Gambar: FB Al Mubarak dan Isteri
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua mampu bertahan dengan ujian perkahwinan, nak-nak apabila hubungan suami isteri masih setahun jagung. Belum melepasi fasa-fasa tertentu, jadi banyak kesabaran yang diperlukan untuk tempuh dugaan.
Namun, sebaiknya cubalah bertahan walau rasa agak berat dan sedikit kecewa dengan ujian yang datang menyinggah.
Jenis-Jenis Ujian Dalam Rumah Tangga
1. Ujian Mentua
Tak semua orang memiliki mertua yang baik. Ada yang terpaksa berhadapan dengan mertua yang selalu mencari salahnya, memandang kelemahannya dan mencanang kekurangannya. Hal kecil diperbesarkan mertua kerana mertua tidak boleh menerima dia seadanya untuk ujian ini, hanya ada 2 keadaan.
Pertama, isteri menceritakan layanan mertua kepada suami, suami juga nampak dan faham dengan situasi isteri, maka suami akan cuba menasihati ibunya untuk tidak berbuat sedemikian pada isterinya. Jika orang tuanya masih meneruskan perbuatan itu, suami menjarakkan isteri dengan mertua untuk sementara waktu.
Kedua, suami menganggap isteri memperburukkan orang tuanya, suami tak nak mendengar dan minta isteri jangan buat macam tu sedangkan apa yang dinyatakan isteri itu adalah perkara benar. Isteri dipersalahkan suami, suami tak nak faham dan memilih untuk menyebelahi orang tuanya 100%.
Untuk keadaan ini, hanya kesabaran si isteri yang menentukan berapa lama hubungan itu akan bertahan.
2. Ujian Ipar
Tak semua orang juga memiliki ipar yang baik. Ada pasangan yang mempunyai ipar yang suka mencampuri urusan rumah tangga mereka. Apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan apa yang mereka beli, semuanya ipar ambik tahu dengan tujuan untuk menyampaikan perkara itu kepada seseorang. Ipar kerap mencari salah pasangan adik-beradiknya kerana tidak serasi, tidak suka dan tidak puas hati kepadanya. Ipar mengawal rumah tangga abangnya, kakaknya atau adiknya hanya kerana satu perasaan yang dipanggil dengki.
3. Ujian Kewangan
Setiap pasangan pasti akan menghadapi ujian kewangan ini dalam beberapa tahun pertama setelah mendirikan rumah tangga. Dulu, gaji bulanan yang diperolehi hanya untuk perbelanjaan seorang.
Tetapi kini berdua, apa yang suami makan, isteri makan. Apa yang suami pakai, isteri pakai segala galanya kena berkongsi. Waktu ini, ada pasangan yang akan bergaduh sebab kewangan walaupun kedua duanya ada pendapatan. Maka, perancangan sebelum dan selepas mendirikan rumah tangga sangat penting bagi memastikan kewangan setiap pasangan itu teratur dan terurus.
4. Ujian Anak
Expectation yang ada dalam setiap pasangan iaitu bila berkahwin, kita akan dapat zuriat. Anak ini rezeki dan bila rezeki, maka Allah s.w.t tidak berjanji bahawa kita akan dapat apa yang kita impikan itu dengan segera. Allah s.w.t nak kita usaha dan sabar. Allah s.w.t hanya akan bagi rezeki anak bila mana Dia merasakan pasangan itu sudah bersedia untuk menerima kehadiran anak itu di sisi mereka.
Ujian terbesar tentang anak ini ialah pertanyaan yang tiada hentinya daripada mereka yang berada di sekeliling pasangan tersebut. Pertanyaan ini yang akan membuatkan pasangan tertekan dan terbeban.
5. Ujian Kecurangan
Adakah kita dah mengenali pasangan sewaktu kita bercinta dgnnya? Adakah kita betul betul tahu luar dalam pasangan masa kita berkawan dengannnya? Kita hanya akan mengenali siapa pasangan kita, perangainya dan tabiat pasangan bila mana kita dah sebantal dan sekatil dengannya.
Dia mungkin ada mengenali orang lain sebelum berkahwin dengan kita, dia mungkin rapat denga rakan sepejabatnya atau dia mungkin ada bekas kekasih. Dan kemungkinan dia masih berhubung dengan orang orang ini sangatlah tinggi. Gejala kecurangan ini perlu dibendung di awal perkahwinan supaya tidak berlarutan dan berterusan.
Akhir Kalam, ada pasangan yang mampu menempuhi kesemua ujian ujian yang dinyatakan. Ada yang tak. Bagi mereka yang berjaya, mugkin sekarang mereka dah berbahagia. Bagi yang tidak, mungkin sekarang mereka dah berpisah. Hanya 2 pilihan itu sahaja yang ada untuk sesebuah rumah tangga bila diuji Allah s.w.t.
Banyakkan Berdoa. Dan dekatkan diri dengan Allah SWT. Semoga rumah tangga kita diberkati Allah SWT dan berbahagia hingga akhir hayat.
Kunci kebahagiaan adalah sabar, ikhlas dan sentiasa bertolak ansur dalam apa jua perkara. Buangkan rasa ego dan jangan membanding bandingkan pasangan kita dengan orang lain.
Terimalah buruk baik pasangan kita itu seadanya kerana perkahwinan itu sebenarnya menyatukan dua insan yang serba kekurangan dan tak sempurna.
Semoga Kita Semua Di Rahmati Allah Taala.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!