Petua dan Amalan Untuk Mempercepatkan Jodoh

5 Petua Jodoh Melekat Macam Magnet, Berpusu- Pusu Nak Masuk Meminang

1 # Memperbetulkan kembali niat kita

Dalam apa-apa pun perkara, semuanya kembali kepada niat kita.

Berbalik kepada konteks artikel ini, Jika niat kita ikhlas, maka kita pun akan mendapatkan sesuai dengan apa yang kita niatkan.

Jika kita berniat mendapatkan jodoh kerana lillahi ta’ala, semata hanya kerana Allah, maka InsyaaAllah, Allah juga akan mentakdirkan kita untuk bertemu dengan seseorang yang juga memiliki niat yang sama.


2 # Muhasabah diri dan reflek kembali untuk melihat sebarang kekurangan pada diri

Jika anda ingin membeli sebuah beg, pasti anda akan memilih beg paling cantik, diantara semua beg yang terdapat di pasaraya bukan?

Tidak mengapa, tiada salahnya. Kerana itu sudah lumrah manusia ingin mendapat sesuatu yang paling cantik semampu dirinya.

Begitu jugalah berkenaan dengan soal jodoh.

Kalau sampai sekarang anda belum bertemu calon pasangan, maka ada baiknya anda melihat kembali diri sendiri, mengesan apa yang kurang pada diri anda.

Kekurangan luaran sebenarnya bukanlah masalah besar, asal kita berusaha untuk tampil kemas dan berpenampilan lebih menarik.

Penampilan ini merupakan faktor yang agak penting dalam mencari jodoh.

Mulailah untuk memperbaiki penampilan anda dengan berpakaian kemas, merapikan rambut, memakai wangian, deodoran, bersukan, diet, dan lain-lain perkara lagi.

IKLAN

Tampilkan diri anda dalam keadaan sebaik yang mungkin.

5 Petua Jodoh Melekat Macam Magnet, Berpusu- Pusu Nak Masuk Meminang


3 # Tingkatkan percaya diri dan buangkan rasa malu tidak bertempat

Bagaimana anda ingin dipercaya orang lain kalau anda tidak percaya pada diri anda sendiri?

Jangan pernah menyerah dalam mendapatkan jodoh, jika anda merasa putus asa atau menghadapi kegagalan, maka anda harus segera bangkit lagi.

Selalu yakin bahawa anda akan bertemu jodoh idaman. Yakinkanlah dia bahawa anda adalah orang terbaik untuk mendampinginya.

Buangkan rasa malu yang tidak bertempat.

Malu itu perlu, tetapi jika malu tidak bertempat ia akan menyusahkan diri sendiri.

IKLAN

Bukankah apa yang kita lakukan itu adalah sesuatu yang benar dan baik menurut agama? Jadi mengapa mesti malu?

Buatlah suatu komitmen yang harus anda penuhi. Kejayaan anda ditentukan oleh niat dan semangat anda sendiri.

Allah maha pengatur, pasti akan mempertemukan kita dengan orang yang memberikan kebahagiaan seperti yang kita angankan. Bahkan mungkin lebih dari yang kita harapkan.

Be positive thinking. Tiada sebab untuk bersedih.

4 # Memperluaskan Jaringan Pergaulan

Antara sebab kita lambat bertemu jodoh adalah kerana kurangnya pergaulan dengan masyarakat.

Luangkan masa untuk menyertai aktiviti kemasyarakatan.

IKLAN

Disamping itu jangan segan untuk bergaul dengan mereka yang sudah berusia, kerana mungkin ada pengalaman yang boleh mereka kongsikan, atau jodoh anda ada dikalangan sanak saudara mereka.

Jangan malu-malu untuk meminta bantuan kepada mereka dan jangan malu-malu juga untuk mengulangi permintaan kita secara rutin agar orang tersebut ingat bahawa kita meminta bantuan kepadanya.

Dunia hari ini menyaksikan perkembangan teknologi informasi sudah semakin maju, manfaatkanlah jejaring sosial untuk membantu anda mendapatkan jodoh.

5 # Memperbaiki Diri Sendiri Dahulu

Ini adalah asas kepada langkah mendapatkan jodoh yang baik.

Jika anda menginginkan jodoh yang soleh atau solehah, maka renungkan dulu adakah  diri anda sendiri layak untuk mendapatkan jodoh yang soleh dan solehah?

Jika anda menginginkan pasangan anda baik dalam agamanya, maka pastikan anda pun baik agamanya.

Solat tepat pada waktu, setiap hari membaca ayat suci al-Quran, solat dhuha dan solat tahajud tidak pernah ditinggalkan.

Jadi, perbaikilah ibadah dan akhlak kita.

Jangan berharap mendapatkan seorang Imam seperti Ali ibn Abi Thalib jika anda tidak berperilaku dan berakhlak seperti Fatimah RA.

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI