
Ada masanya kulit kita tidak mahu beri kerjasama, tiba-tiba sahaja ia bertukar kusam dan tidak bermaya. Walhal tidak pernah pula anda tinggal sebarang rutin penjagaan. Dan lebih menakutkan lagi, majlis dah nak dekat! Biasalah kadangkala cantik perempuan ini ikut mood dan hormon.
Sudahlah kulit kusam, mood nak bermekap pun jadi malas. Anda boleh tinggalkan beberapa teknik ‘berat’ dengan mengaplikasi 7 teknik yang boleh diamalkan setiap kali anda malas untuk mekap tapi mahu nampak berseri!
SOALAN:
Macam mana nak nampak wajah berseri tapi tak perlu bersolek tebal?
JAWAPAN:
#1 Guna concealer – Malas untuk sapu keseluruhan wajah dengan foundation? Tutup sahaja cela wajah dengan menggunakan concealer. Terutamanya dibawah mata, tepi hidung dan parut jerawat.
#2 Maskara – Hidupkan kembali mata dengan maskara. Bukaan mata bertambah galak dan tak perlu bercelak tebal.
#3 Garis alis mata – Biasa pakai celak atas alis mata, kali ini ambil pensil mata warna cerah seperti nude atau putih untuk diwarnakan pada garis alis mata. Teknik itu boleh mengubah bentuk mata jadi lebih besar.
#4 Kening jangan lupa – Kening tebal? Sikat bulu kening biar rapi dan untuk si kening nipis, lukis sikit bentuk kening dan tambah warna dalam garisan kening terutamanya dibahagian hujung.
#5 Bronzer – Tukar muka pucat anda dengan menyapu bronzer di bahagian tulang pipi dan garis rambut (dahi). Anda boleh guna shimmering bronzer untuk hasil lebih mengagumkan. Setiap sapuan bronzer boleh menaikkan seri dan struktur wajah.
#6 Pakai gincu berglos – Ramai kini lebih menyukai gincu jenis matte tapi dari pendapat penulis, gincu jenis glos lebih sesuai untuk hasil segar. Tekstur berkilat dan lembab buat bibir nampak sihat sekaligus senyuman anda juga jadi menarik!
#7 Bawa setting spray – Bekalan paling penting untuk kulit wajah dan mekap kekal segar serta terhidrasi ialah setting spray.
Hanya Dengan DIY Kiub Timun Madu, Anda Boleh Miliki Kulit Yang Cantik & ‘Glowing’

Buat bakal pengantin yang ada masalah lebam di bawah mata dan mahu miliki kulit wajah yang bersih, berseri dan sihat, boleh cuba petua semula jadi yang dikongsikan oleh Faarihah Kadir. Mudah je, hanya gunakan bahan-bahan yang ada di dapur.
Bukan sahaja mudah, petua ini juga selamat untuk digunakan kerana tiada bahan kimia yang digunakan. Lakukan secara konsisten dan rasai sendiri perubahan pada wajah anda. Hanya gunakan timun dan madu je! Berikut merupakan perkongsiannya.

Kulit Sihat Cantik Dan Glowing Dengan Menggunakan Bahan Dari Dapur.
Hai uolls, hari ni I nak share satu tips untuk dapatkan kulit glowing hanya menggunakan bahan dari dapur sahaja.
Bahan-Bahan:
- Timun
- Madu
- Air bersih

Cara-Cara Membuat:
1. Masukkan potongan timun, madu dan air bersih ke dalam mesin pengisar.

2. Kisar sehingga hancur dan lumat.

3. Masukkan ke dalam bekas kiub ais, simpan dalam peti sejuk dan bekukan.

4. Setelah beku, gosokkan selama 10 minit di sekitar wajah dan bilas menggunakan air bersih. Amalkan setiap malam.


Tips ini penting untuk menghilangkan lebam bawah mata dan kulit muka yang bersih glowing dan sihat. Muka pun akan terasa segar serta liang-liang pori akan mengecil.
Jangan lupa #share untuk dapatkan kulit yang sihat, dan cantik. Jooom kita cantik dengan bahan semulajadi hanya dari dapur.
Semoga bermanfaat, selamat mencuba!
Sumber: Faarihah Kadir
Rozlan Nassir Dari Pensyarah Fesyen Ke Jurumekap Profesional. Tiada Apa Yang Mustahil!

Pemilik yang nama Rozlan Nassir bukanlah asing dalam industri mekap tanah air. Meskipun baru lima tahun berkecimpung sepenuhnya dalam bidang ini, namun populariti dan hasil kerjanya ini kian meniti di bibir selebriti dan bakal ratu sehari.
Latar Belakang
Merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan, Rozlan Nassir ialah anak ke enam dari tujuh orang adik-beradik.
Mendapat pendidikan awal di Kelantan dan seterusnya melanjutkan pengajian Diploma di UiTM Seri Iskandar, beliau meneruskan hingga ke peringkat ijazah sarjana di UiTM Shah Alam dan kini sedang menyambung pengajian sarjana di UiTM Shah Alam.
Peluang menyelami isi hati jurumekap muda ini memberi dimensi berbeza dalam menggapai cita-cita sebuah impian. Menurut Rozlan, semuanya bermula dari minat yang mendalam. Baginya tiada yang mustahil dilakukan jika mempunyai minat dan keazaman yang tinggi. Tambahnya lagi, dia sama sekali tidak menyangka akan memberi sepenuh perhatian dalam profession ini.
“Saya berada dalam industri solekan bermula dari 2007 lagi, tetapi ketika itu saya masih lagi belajar di universiti. Kemudiaan saya bekerja di sebuah IPTA tempatan sebagai Pensyarah. Pada masa itu, saya hanya menjadi jurumekap sambilan sahaja. Bermula 2013, saya mengambil keputusan untuk menjadi fulltime makeup artist hingga kini. Alhamdulillah.” Ungkap Rozlan memulakan bicara.
Bagaimana Mencipta Nama?
Tatkala ditanya bagaimana dia membina hingga dikenali sehingga ke hari ini, Rozlan menjawab dalam nada bersahaja.
“Pengalaman merupakan perkara paling penting untuk memastikan ‘artwork’ kita dikenali dan diingati.
Selain itu, ‘observation’ dan kepekaan dengan setiap perincian kualiti solekan merupakan perkara utama yang dititikberatkan.” Tambahnya lagi sambal tersenyum.
Nyata, beliau seorang yang mesra dan juga peramah ini tidak pernah lokek dalam memberitahu rahsia kejayaan beliau selama ini.
“Saya rasa masih banyak lagi yang perlu dicapai tetapi bersyukur dengan apa yg dikecapi hari ini.
Rahsia Kejayaan
Kejayaan tiada resepi tersembunyi tetapi kesungguhan kerja akan mencerminkan diri sebenar kita.” Jelasnya merendah diri.
Bagi mendapatkan sentuhan yang menarik, bukanlah mudah.Rozlan percaya persaingan itu adalah sesuatu yang sihat dan semua orang dianugerahkan kelebihan masing-masing. Baginya, persaingan ada di mana-mana, terpulang pada kita untuk meletakkan saingan itu pada sudut positif atau negatif.
Sesuai dengan identiti dan signature Rozlan Nassir, ‘timeless’, hasil sentuhannya tidak banyak berubah
dari dulu hingga kini, yang berbeza dari masa ke semasa adalah material dan juga jenama alat solekan tersebut.
Ternyata bukanlah mudah untuk melaksanakan tugasan yang diamanahkan, selain diberi kepercayaan untuk menata rias seseorang. Semuanya harus dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan penuh teliti.
Apabila ditanya bagaimana dia mendapat inspirasi untuk menata rias pelanggan atau pengantin mengikut karektor tersendiri, Rozlan menjawab,
“Mengenali setiap karektor mereka adalah perkara asas sebelum saya memulakan kerja. Makeup tidak semestinya mempunyai satu resipi sahaja. Teknik dan langkah penggunaan alatan solekan berbeza-beza mengikut karektor seseorang.Tidak salah jika saya katakan, kanvas saya berubah mengikut karektor pelanggan tersendiri. Niatkan di hati yang kita tidak merubah rupa asal pelanggan kita, kita cuma mencantikkan.” Ujar Rozlan berkongsi tip.
Cabaran Yang Pernah Dihadapi
Lumrah dalam membina kerjaya, pasti ada cabarannya. Malah cabaran itu juga yang akan menjadi resepi utama beliau menjadi seseorang yang dikenali kini.
“Saya pernah menyiapkan solekan pengantin VVIP dalam keadaan gelap kerana bekalan elektrik terputus. Syukur solekan sudah hampir siap dan rambut sudah digulung, tunggu untuk disetkan sahaja.” Katanya lagi. Selain itu, Saya sering mengendalikan perkahwinan Di-Raja dan juga VIP di Malaysia.
Perkahwinan Diraja penuh dengan protokol dan wedding VIP is all about ‘punctuality’.
Bagi kebanyakan jurumekap, perkara yang paling merisaukan mereka ialah ‘makeup pecah’. Oleh itu Rozlan akui menata rias pengantin pada majlis perkahwinan outdoor adalah lebih mencabar kerana faktor cuaca. Dan majlis perkahwinan indoor lebih mudah diuruskan.
Berkongsi dengan kami momen indah sepanjang beliau bergelar jurumekap profesional ini. ,mungkin ramai yang tidak tahu, Rozlan Nassir merupakan ‘bestman’ kepada Fattah sewaktu di majlis perkahwinan Fattah dan Fazura tempoh hari.
“Ini adalah pengalaman paling bermakna buat saya dalam industri ini.” Katanya sambil tersenyum.
Nasihat Kepada MUA Baru
Diminta untuk memberikan nasihat kepada jurumekap yang baru berkecimpung di dalam industri ini.
“Saya tidak terlalu senior untuk memberi nasihat kepada pelapis-pelapis baru.Sedikit nasihat daripada saya, kita perlu sentiasa kreatif dalam mencari idea segar,yang penting terapkan kesungguhan dalam setiap apa yang dilakukan. Setiap kerjaya ada cabaran berbeza, jadi sangat penting kita tahu ‘how to survive?’. Kepada junior makeup artist, jangan malu mendapatkan ilmu dan resipi solekan daripada yang lebih senior dari anda. Katanya mengakhiri perbualan.
Selulit Sebelum Kahwin Memanglah Boleh Sorok, Lepas Kahwin Habis Suami Nampak

Malunya bila dah tiba hari bahagia masih ada kesan garisan selulit di seluruh kawasan tersembunyi. Siapa yang tidak mahu kelihatan sempurna buat pasangan, namun kita perlu tahu cara terbaik untuk menghilangkan garis mengaibkan ini. Semoga berguna buat semua bakal pengantin.
Selulit adalah bahagian kulit yang kelihatan seperti tidak rata. Ia terbentuk apabila tisu lemak bahagian dalam pada kulit menolak ke atas tisu penghubung. Dianggarkan lebih 85% wanita berusia 21 tahun ke atas mempunyai selulit. Walaupun masalah ini boleh berlaku kepada sesiapa, namun ia jarang berlaku kepada lelaki.
Punca selulit
Tidak banyak yang diketahui apa yang menyebabkan masalah ini. Tetapi terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan kemunculannya, adalah seperti:
- Pertambahan usia
- Perubahan hormon – seperti penurunan estrogen, insulin
- Keradangan tisu
- Peningkatan tisu lemak disebabkan kenaikan berat
- Kehilangan kolagen – kitaran oksigen rendah
- Masalah peredaran lemak – masalah umum pada bahagian kaki
- Aliran limfa lemah
- Penipisan epidermis – lapisan luar kulit
- Metabolisme perlahan
- Kurang melakukan aktiviti fizikal
- Dehidrasi
- Peningkatan lemak badan
Simptom
Kemunculan permukaan yang berlekuk-lekuk, menggerutu – seperti kulit oren – yang kerap berlaku pada bahagian perut, punggung dan paha adalah antara simptom selulit. Masalah ini juga boleh berlaku pada bahagian bawah lengan dan payudara. Untuk masalah selulit ringan, ia tidak akan jelas kelihatan kecuali apabila kulit ‘dicubit’.
Faktor risiko
Masalah yang sering dan lebih dialami oleh individu wanita ini, kebanyakannya berlaku selepas akil baligh. Ini kerana lemak wanita biasa diedarkan pada bahagian paha, pinggul dan punggung – yang merupakan kawasan umum munculnya selulit. Ia biasa berlaku seiring dengan pertambahan usia, penuaan – di mana kulit menjadi semakin kurang keanjalan.
Pertambahan berat juga boleh menyebabkan masalah ini menjadi lebih ketara, tetapi individu yang kurus juga mungkin mempunyai selulit. Adakalanya faktor genetik juga memainkan peranan dalam kewujudan selulit selain gaya hidup yang tidak sihat dan tidak aktif yang cenderung menyebabkan munculnya masalah ini, termasuk faktor kehamilan.
Rawatan
Kenyataannya, tiada sebarang rawatan yang boleh menyingkirkan selulit secara efektif. Berikut antara rawatan yang boleh mengurangkan penampilan selulit, sekurang-kurangnya untuk tempoh sementara.
- Berat badan
Jika anda mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti, mengurangkan berat badan melalui pengambilan diet pemakanan yang sihat dan senaman secara teratur, mungkin dapat membantu mengurangkan kewujudan kulit menggerutu ini.
- Menyedut lemak
Menyedut lemak atau lebih dikenali sebagai liposuction – antara rawatan untuk masalah selulit – di mana lemak akan diserap keluar dari badan. Proses ini mungkin boleh membantu membentuk badan tetapi ia tidak membuang selulit dan mungkin menyebabkan masalah ini semakin teruk. Jadi ia mungkin bukan rawatan yang sesuai.
- Urutan
Ia berdasarkan idea untuk memberikan urutan pada bahagian yang bermasalah untuk meningkatkan pengedaran darah dan mengurangkan pengekalan cecair dalam badan. Ia mungkin dapat memberikan keadaan pinggul dan punggung yang lebih baik.
- Laser
Dikenali sebagai sistem radiofrekuensi, yang memberikan hasil lebih baik. Merupakan gabungan antara urutan, liposuction atau terapi cahaya. Ia mencairkan lemak, meningkatkan penghasilan kolagen dan mengetatkan kulit, meningkatkan peredaran darah, dan mengurangkan pengekalan cecair. Hasil dari rawatan ini mampu bertahan untuk tempoh 6 bulan.
- Minum air
Meminum lebih banyak air merupakan antara pilihan rawatan yang mudah untuk dilakukan yang dapat membantu mengatasi masalah sembelit. Ia bukan sahaja akan membantu mengekalkan hidrasi pada badan, tetapi air juga membantu menyingkirkan toksin yang cenderung menyebabkan pengumpulan lemak. Air juga membantu menggalakkan peredaran dan aliran limfa.
- Senaman
Sesetengah senaman kaki dan glute boleh membantu mengetatkan kulit pada sekitar kawasan paha. Ia juga membantu mengurangkan masalah pada kulit ini. Senaman tidak akan menghilangkan masalah ini tetapi ia menjadikan otot lebih kuat dan kulit lebih anjal dan ketat yang sekali gus mengurangkan penampilannya. Berikut antar beberapa senaman yang boleh anda cuba; squat, jump-squat, step-up, Glute/leg kick-backs dan side-to-side.Antara senaman lain yang boleh membantu mengurangkan selulit adalah seperti berbasikal, menari, mendaki, berlari, berenang dan berjalan.
Gaya hidup sihat
Seperti yang dikatakan awal tadi, tiada cara untuk mencegah selulit. Ia merupakan satu keadaan biasa yang meningkat selari dengan peningkatan usia dan pilihan gaya hidup tertentu. Anda sememangnya tidak boleh mengawal pertambahan usia, tetapi perubahan gaya hidup yang lebih sihat boleh mengurangkan jumlah kewujudan selulit pada bahagian paha.
Tulisan : Oleh Asyikin Md Isa
Sumber : (https://hellodoktor.com/).