Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal. Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.
Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.
Setiap lelaki dan wanita mempunyai perasaan cemburu ini. Bezanya cemburu anda itu normal atau tidak sahaja. Kami akan kongsikan dengan anda mengenai 7 tanda yang anda boleh lihat pada pasangan anda, jika si dia seorang yang jenis kuat cemburu.
1. Tidak benarkan anda berkawan dengan lelaki/perempuan lain.
Ciri yang biasa anda akan lihat ialah pasangan anda akan mengawal dan tentukan dengan siapa yang anda patut berkawan. Mereka akan lebih cemburu apabila anda berkawan dengan kawan berlainan jantina. Ini adalah bukti yang sangat jelas pasangan anda adalah seorang kaki cemburu.
Ads
2. Tahu semua ‘password’ akaun anda.
Jika pasangan anda itu meminta password akaun peribadi media sosial anda seperti akaun ‘facebook’, ‘instagram’ dan lain-lain lagi media sosial yang anda ada, anda kena lebih berhati-hati. Si dia mungkin tidak mempercayai anda dan menganggap anda mungkin mahu mempermainkan perasaannya dengan bermesej pada orang lain.
3. Cuba hack akaun media sosial.
Yang paling menakutkan adalah apabila mereka cuba ‘hack’ sendiri akaun anda. Disebabkan mereka tidak mahu anda tahu, mereka cuba godam password akaun media sosial anda sampai akaun media sosial dan email anda kena ‘blocked’.
Ads
4. Anda terpaksa jauhkan daripada kawan lain.
Oleh kerana pasangan anda adalah seorang yang jenis kuat cemburu, anda ambil keputusan untuk menjauhkan diri anda daripada kawan anda yang berlainan jantina. Bagi anda itu adalah kawan. Tetapi bagi mereka, itulah pesaing mereka.
5. Ingin tahu setiap gerak geri.
Ads
Pasangan yang cemburu ini akan meminta laporan daripada anda setiap masa. Anda berada di mana, dengan siapa dan sebagainya adalah antara persoalan-persoalan yang bakal dilontarkan kepada anda. Paling seksa adalah apabila si dia minta anda untuk ‘share location’, ambil gambar, mesej atau ‘call’ sepanjang masa bagi memastikan anda tidak bersama dengan lelaki/ perempuan lain.
6. Mereka cemburu dengan apa sahaja perkara.
Lebih malang jika sifat cemburu mereka menjadi-jadi apabila anda keluar dengan kawan sama jantina atau keluarga anda sendiri pun, anda tetap akan disalahkan kerana tidak memperdulikan si dia. Cemburu pun ada batasnya. Jika dengan keluarga sendiri pun hendak cemburu, memang sesuatu yang tidak patut dilakukan.
7. Pernah bergaduh besar akibat cemburu.
Tanda terakhir yang dapat kami senaraikan jika si dia seorang yang kuat cemburu ialah anda dengan si dia pernah bergaduh besar akibat isu cemburu. Mungkin asalnya suatu benda yang remeh temeh sahaja, tetapi akibat perasaan cemburu yang tidak terkawal, maka ia menjadi besar.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tiada pasangan bersesuaian antara alasan utama wanita lewat berkahwin walaupun kebanyakan mereka menyatakan keinginan mendirikan rumah tangga, pada usia muda.
Kajian Keluarga dan Penduduk Malaysia Kelima 2014 yang dijalankan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), menunjukkan 35.7 peratus wanita bujang memberikan alasan itu menjadi punca mereka membujang.
Bagaimanapun lelaki dan wanita bujang memberikan tiga alasan utama termasuk tidak jumpa pasangan sesuai sehingga bergelar anak dara tua (andartu).
“Kebanyakan mereka bersetuju usia dianggap sesuai berkahwin bagi wanita ialah 26 tahun, manakala lelaki 28 tahun. Wanita yang mencapai usia 33 tahun disifatkan sebagai lewat berkahwin, manakala lelaki pula pada usia 37 tahun.”
Tidak seperti lelaki yang menjadikan masalah kewangan sebagai sebab utama mereka masih membujang, hanya 26 peratus wanita tidak berkahwin menjadikan faktor kewangan sebagai alasan tidak mendirikan rumah tangga.
Dalam kajian sama, 56 peratus lelaki bujang memberikan alasan faktor kewangan menjadi sebab utama mereka masih tidak berkahwin.
“Kira-kira 18.1 peratus wanita bujang menjadikan faktor mengejar karier sebagai sebab mereka lambat berkahwin, manakala 9.4 peratus lelaki memberi alasan mahu mendahulukan kerjaya,
47.1 peratus wanita memilih sifat tanggungjawab sebagai kriteria utama mencari calon suami.
“Ternyata wanita tidak hanya melihat faktor kewangan semata-mata sebaliknya mereka lebih mengambil kira soal nilai murni yang ada pada lelaki supaya mampu menjalankan tanggungjawab sebagai ketua keluarga.”
Ramai wanita berpendidikan tinggi, sebilangannya berkahwin lewat dan sekali gus akan lewat membina keluarga atau mendapat anak.
Berbeza pada tahun 70-an, tidak ramai wanita yang melanjutkan pelajaran di peringkat tertinggi, berbanding sekarang menyebabkan kehidupan mereka ketika itu hanya mengurus anak.
Berbekalkan pendidikan tinggi, wanita kini mempunyai kerjaya tinggi dan sesetengahnya tidak kisah jika lambat berkahwin kerana sibuk mengejar kejayaan lebih baik untuk masa depan.
“Bidang kerjaya juga menyaksikan wanita sudah mampu memegang jawatan tinggi dan tidak bergantung kepada lelaki untuk mencari rezeki.
“Jika dulu kebanyakan wanita tidak memiliki kerjaya dan bergantung sumber pendapatan suami. Kini kerjaya wanita jauh lebih hebat. Justeru untuk mereka bergantung kepada lelaki begitu minimum dan hampir pupus.”
Kelewatan berkahwin menyebabkan mereka akan lewat mendapat anak dan apabila sudah pencen, anak masih bersekolah dan perlu menanggung mereka menjadikan ia situasi yang sukar.
“Dulu masa muda sibuk mencari pekerjaan sesuai, tetapi selepas berjaya sibuk pula dengan kerja. Masa terus berlalu menjadikan kita leka dengan tugas ini, akhirnya umur meningkat.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila isteri merajuk, rasa macam satu rumah pun tunjuk protes pada kita. Mana taknya, apa sahaja yang isteri buat untuk kita selama ni dengan penuh senyuman mesra bertukar menjadi muka masam mencuka. Tak berborak pun, apatah lagi nak bergelak ketawa. Pendek kata, memang sunyi sepi rumah!
Ada banyak sebab sebenarnya yang membuatkan perempuan merajuk, antaranya ialah:
Mood swing
Masalah dengan orang lain
Tudung tak menjadi
Tidur tak mencukupi
Saja nak bergaduh
Tapi macam mana nak handle pasangan/isteri yang merajuk ni?
Duduk dan dengar
Masa si dia sedang bercakap atau meluahkan perasaannya, duduk dan dengarlah dengan penuh kusyuk. Jangan mencelah. Bila tiba masanya dia sudah habis bercakap, mulakan dengan perkataan, “Maaf…”
Hadiah
Kalau ada bajet lebih, belikanlah sesuatu yang dia suka. Andainya anda ingin memujuk dengan membeli makanan, pastikan makanan itu kesukaan isteri, bukan kesukaan anda!
Kejutan
Biatlah satu kejutan romantik. Hantar bunga ke, kek atau coklat. Atau seklurang-kurangnya selitlah nota meminta maaf dan ucapan I Love You di beg tangan isteri. Permohonan maaf di whatsapp dah selalu sangat, jadi ubah kepada cara yang lebih old school.
Buat perkara yang disukai
Kemaslah rumah, sepertimana dia selalu lakukan untuk anda. Mungkin anda boleh memasak untuk isteri yang sedang merajuk. Kalau tak pandai memasak, boleh tengok di Youtube. Masakan yang sedap mungkin dapat curi hati isteri. Namun, masakan yang tak menjadi boleh buat isteri rasa terharu dengan effort yang anda tunjukkan.
Fikir
‘Jejak’ semula bagaimana atau apa yang membuatkan si dia merajuk. Jangan asyik harapkan dia beritahu kesilapan anda sebab bila dah selalu sangat, mesti isteri akan fed-up. Sebagai suami, anda juga perlu berjiwa sensitif.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rumah tangga yang dibina dengan tolenrasi dan saling memahami antara satu sama lain boleh menjadi magnet pelekat bahagia. Ia penting bagi merapatkan hubungan suami isteri sekali gus mengukuhkan institusi kekeluargaan.
Kemesraan perlu dikekalkan agar hubungan yang dibina tidak hambar sehingga membawa kepada perselisihan faham ataupun kasih menjadi semakin pudar yang akhirnya menjurus kepada penceraian. Tidak kira pasangan lama ataupun baharu, setiap pasangan berhak untuk mendapatkan kasih sayang dan bajai rumah tangga dengan kebahagiaan.
Jika anda sayangkan pasangan, lakukan 15 tip mudah ini untuknya. Pasti rumah tangga anda berdua kekal romantis dan bahagia seperti baharu berumah tangga
1. Walau apa yang terjadi, jangan pernah berhenti untuk berdoa kepada Tuhan agar diberi rumah tangga yang diberkati dan sentiasa disayangi pasangan.
2. Tingkatkan romantis dengan sama-sama menyediakan juadah makanan dan saling makan bersuapan dengan pasangan.
3. Usah lokek untuk memuji pasangan agar dia tahu anda prihatin terhadapnya sekali gus meningkatkan rasa perhargaan anda buat pasangan.
4. Beralah dan segera memujuk pasangan jika berlaku perselisihan faham serta jangan biarkan anda berdua tak bertegur sapa dalam tempoh yang lama.
5. Ucapan terima kasih walaupun nampak simple tapi buat pasangan rasa dihargai dan berbesar hati.
6. Simbahi kasih sayang dengan sentiasa mengungkapkan kata-kata romantik kerana ‘ yang sentiasa ada taman mampu menyemarakkan lagi rumah tangga.
7. Peluklah pasangan tujuh kali sehari kerana ia mampu memupuk kemesraan dan mengukuhkan anda berdua dalam satu ikatan yang erat.
8. Jangan halang atau ganggu pasangan melakukan hobi yang digemarinya dan beri sokongan buatnya walaupun anda sekadar menemani.
9. Duduk berdua dalam rumah bukan alasan untuk anda tidak mahu bersiap dan berpenampilan kemas dari hujung rambut sampai ke hujung kaki. Ia penting agar pasangan tak jemu memandang anda.
10. Jagalah maruah pasangan dan jangan aibkan pasangan ketika di hadapan keluarga atau rakan-rakannya.
11. Belikan hadiah yang pasangan boleh guna setiap hari seperti beg tangan, kasut, pakaian atau dompet agar anda tahu yang pasangan menghargai pemberian tersebut.
12. Jadilah seorang pendengar yang baik dan jangan jemu untuk menadah telinga anda mendengar segala keluhan atau ceritanya walaupun ia agak membosankan.
13. Bijaklah mengambil hati pasangan dengan sentiasa mempamerkan keprihatinan anda kepadanya seperti menegur pasangan, “Kenapa nampak letih hari ni? atau “Sudah makan?”.
14. Usah membebel jika pasangan sesat ketika memandu dan jangan ganggu pemanduannya untuk dia ikut jalan pintas yang anda tahu.
15. Fahami jika pasangan ingin bersendirian jika berdepan dengan masalah, janji dia maklumkan kepada anda tempoh yang dia perlukan untuk bersendirian.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!