8 Tip Harungi Cabaran Di Awal Perkahwinan, Pengantin Baru Wajib Praktikkan!

Share

Alam rumah tangga berbeza dengan alam percintaan dan ia penuh dengan cabaran. Inilah yang perlu ditempuhi oleh setiap pasangan suami isteri yang baru berkahwin dalam mematangkan sesebuah perkahwinan. Mungkin ia nampak mudah, namun persediaan fizikal dan mental perlu kuat dalam melayari bahtera perkahwinan.

Cabaran yang datang mungkin berbeza bagi setiap pasangan. Perselisihan faham dan pergaduhan sering terjadi dan ia merupakan cabaran dalam rumah tangga. nilah yang mematangkan setiap pasangan dalam melayari bahtera rumah tangga. Malah, ia juga mengeratkan lagi hubungan suami isteri itu. Jom lihat cara untuk mengatasi cabaran di awal perkahwinan anda yang Pengantin sediakan!

1.UBAH RUTIN ANDA

Kalau hidup bagaikan rutin bermaksud anda telah mengambil kesempatan terhadap pasangan anda. Sesekali, lepaskan rutin itu dan pergilah berpacaran di mana-mana. Elakkan dari pergi balik kerja dan tidak memberi perhatian kepada pasangan anda serta perhubungan anda.

Kalau terlampau fokus kepada rutin sahaja, anda akan berasa kurang berpuas hati dengan perhubungan anda. Pasangan anda akan merasainya juga. Perkahwinan itu adalah perhubungan antara dua individu dan bukan seorang sahaja.

2. BERKOMUNIKASI

Bercerita, bersembang dan berbincang. Berceritalah mengenai pelbagai perkara tidak kira besar atau kecil. Seperti bagaimana kerjanya hari ini atau bagaimana hendak berjimat atau membelanjakan duit. Ia akan menolong mengenali pasangan kita dnegan lebih mendalam, menyelesaikan isu tertentu dan kekal berhubung dengan pasangan anda.

3. BERSIAP UNTUK SATU SAMA LAIN

Jangan lupa mandi! Bangun dan pakai pakaian yang pasangan anda suka. Pastikan anda wangi, Jangan mengambil endah perhubungan itu. Pastikan ia sentiasa istimewa. Apabila anda lupa untuk tampil sempuran, secara tidak langusng anda menghantar mesej kepada pasangan yang anda tidak kisah lagi dan anda tidak benar berminat dalam mengekalkan cinta antara anda berdua. Anda pelu menghantar isyarat kepada pasangan yang anda masih lagi ‘hot.’

4. TUNGGU UNTUK MENDAPATKAN ZURIAT

Kalau boleh tunggu dulu sebelum anda merancang keluarga atau mendapatkan anak. Ini memberi masa kepada anda dan pasangan anda utuk membina asas rumah tangga yang kukuh. Pastikan perkahwinan itu mampu membina keluarga yang diimpikan. Ini bermaksud merapatkan diri secara emosi, tahu menyelesaikan masalah dengan mudah dan cari ritma anda sebagai pasangan yang sudah berkahwin.

5. JANGAN LUPA KELUARGA DAN RAKAN

Tidak bermakna apabila anda sudah berkahwin, anda perlu melupakan kawan dan keluarga atau apa sahaja yang bermakna kepada anda. Perlu diingat, anda juga perlu bersosial dengan kawan supaya berasa bersemangat dengan pasangan. Jangan mengharapkan pasangan anda untuk menjadi segala-galanya untuk anda.

6. BERSEDIA UNTUK BLUES SELEPAS BERKAHWIN

Sedar bahawa anda mungkin akan mengalami post nupital depression (PND). Ini bermakna anda akan rasa sedih dalam masa tiga atau enam bulan selepas berkahwin. Selepas keseronokan merancang perkahwinan dan sudah pulang dari bulan madu dan kembali kepada kehidupan normal, barulah PND akan muncul.

Biasanya si isteri akan sedia bercerita mengenai prasaan dia dan si suami jarang meluahkan perasaannya. Cuba kurangkan bercerita mengenai perkara yang sudah berlalu dan keluar bersama, Fahamilah bahawa anda akan mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan baru ini.

7. PUNYAI HUBUNGAN INTIM YANG BAIK

Hubungan intim amat penting dalam perkahwinan. pastikan kehidupan seks anda memuaskan utnuk anda berdua. Hubungan intim bukan bermula di katil tetapi bermula dengan berbincang dan melakukan apa sahaja yang membuat pasangan adna tersenyum.

8. SIMPAN DUIT

Kebijaksanaan mengurus kewangan keluarga adalah penting . Kerana ia adalah antara penyebab pasangan bergaduh dan bercerai. Anda boleh merancang majlis perkahwinan yang glamor dan menjalani hidup berdua tnpa perlu meminjam di bank. Jangan belanja lebih daripada apa yang ada. Fikirkan cara hendak menyumpan duit untuk hari tua anda.

IKLAN