Ingat tak macam mana Betty Rahmad dilamar suaminya Ardy Damis? Ada menu ‘extra’ atas pinggan hidangan. Sebenarnya, tidak ada umur yang terlalu muda atau terlalu tua untuk berkahwin. Setiap yang bercinta mestilah nak hubungan diikat dengan ikatan yang sah. Melamar kekasih janganlah tunggu lama sangat.

 

Tapi,macam mana nak tahu jika anda sudah benar-benar bersedia untuk berumahtangga?

 

ANDA JATUH CINTA DENGAN ORANG YANG ANDA INGIN HIDUP BERSAMA

Apabila anda bersama atau bercinta dengan seseorang, salah satu sebab utamanya adalah apabila anda tiba-tiba inginkan perhubungan yang lebih serius iaitu perkahwinan. Dari ksia percintaan itu, jika anda berhasrat untuk mengahwininya makai a jelas menunjukkan anda sudahpun bersedia untuk berumahtangga.

 

Biarkan perasaan itu berkembang secara semula jadi dan hilangkan perasaan ‘in denial’. Jika sepanjang perkenalan atau percintaan itu anda sudah mula merasakan sesuatu yang ‘kurang’, berhadapanlah dengan perasaan itu dan pasangan anda.

 

IKLAN

ANDA TAHU SECARA TERPERINCI DIRI MEREKA

Oh, bukanlah terlalu terperinci tetapi sekurang-kurangnya anda tahu bagaimana sikap dan sifat pasangan anda. andatahu apa yang disukainya, apayang boleh membuatkan si dia rasa marah dan pelbagai situasi lagi yang anda sudah boleh jangka.

 

Sangat penting unutk mengenali seseorang sebelum anda memilih untuk hidup bersamanya. Ini adalah soal kehidupan dan anda serta si dia berhak mendapat yang terbaik. Cubalah mengenalinya dengan baik walaupun anda terpaksa menerima kekurangannya kerana yang melengkapkan sesebuah perhubungan adalah melengkapkannya dengan kekurangan dan kelebihan masing-masing.

 

IKLAN

ANDA TIDAK MENCUBA UNTUK SELAMATKAN MEREKA

Hidup ini terlalu singkat untuk merisikokan diri mengahwini seseorang yang anda tidak kenali dan kemudian menyelamatkan mereka daripada masalah hutang, ketagihan dadah atau pesalah undang-undang. Tentu anda mengharapkan sebuah kebahagiaan dan ketenangan selepas berkahwin kan?

 

ANDA BERSEDIA UNTUK MENJADIKAN ‘MAGIS’ ITU JADI REALITI

Walau apa pun yang terjadi,anda tetap berusaha untuk menjadikan perkahwinan itu satu realiti. Bukan itu sahaja, anda juga bersedia untuk terus menjaga keharmonian dalam perhubungan. Bukan senang seseorang itu hendak berusaha mencapai kejayaan tetapi mereka tetap ada percubaan!

IKLAN

 

ANDA DI DORONG CINTA

Motivasi anda tiba-tiba sudah berubah. Cinta adalah perkara yang mendorong anda untuk meneruskan kehidupan. Cint aitu juga yang mendorong anda untuk lebih berjaya dalam kehidupan. Anda sentiasa ingin melakukan yang terbaik agar perkahwinan yang diimpikan menjadi realiti. Ini tandanya anda sudah bersedia!

 

Yang penting, anda juga sudah bersedia dari segi kestabilan kewangan. Cinta dan sayang sahaja belum cukup untuk membina sebuah keluarga.

 

Kredit foto utama: Instagram Betty Rahmad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI