Rata-rata kedai emas sekarang ni bersusun orang menunggu giliran nak masuk. Maklumlah, harga emas tengah murah. Jangan takut berbelanja untuk beli barang kemas asalkan tahu bagaimana untuk mendapat untung lebih lagi.
Tak sah kalau kahwin tak ada barang kemas kan? Bukannya wajib tetapi sekurang-kurangnya ketika kahwin ada juga satu barang kemas yang kita boleh simpan sebagai harta. Tak ada wanita yang tak sukakan emas cuma kena tahu keuntungannya bila berbelanja untuk barang kemas.
TIP BELI BARANG KEMAS
- Emas 916 atau 999
Kedua-dua jenis emas ini mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Sebab tu anda boleh lihat perbezaan harga kedua-duanya yang begitu ketara berbanding emas putih.
2. Jangan beli emas putih
Kenapa nak beli emas putih? Sebab warna emas kuning tak sesuai dengan warna kulit ke? Ish…rugilah macam tu. Emas putih tidak ada nilai melainkan nilai cinta anda pada si dia. Eh! Emas putih sukar untuk dijual semula.
3. Elak beli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai ‘2nd hand value’nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian. Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.
4. Survey harga upah
Ha, ini yang Pesona Pengantin nak kongsikan ilmu yang diberikan pengguna Facebook ShaQiela.
Mari kita mula mengira guys..
-Kedai A harga Rm225/gm
-Kedai B harga Rm238/gm
Nampak? Korang mesti la pergi kedai A kan? Aku beli tadi Gelang Tangan Gajah berat 15gm. Bila staff kira-kira tadi selepas aku nego nego nego dan nego dapat total Rm4050.”
Tidak habis di situ, SyaQiela berkunjung ke kedai emas lain untuk membuat perbandingan. Apabila ditanya tentang harga semasa, staf beritahu RM238/gm.
Yelah, tadi RM225 je kan… Jauh kan beza. Takpa, kita teruskan misi. Maka di sini adalah huraiannya.
Jom mengira!
Kiraan kedai A :-
Harga semasa Rm225/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm4050
15gm x Rm225 = Rm3375 (harga asal per gm)
Rm4050 – Rm3375 = Rm675 (harga upah barang)
Kedai A upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm675. Anda rasa murah ke mahal?
Meh check kedai B pulakk.
Kiraan Kedai B :-
Harga semasa Rm238/gm
Total harga yang diberi untuk gelang seberat 15gm selepas nego adalah Rm3800
15gm x Rm238 = Rm3570 (harga asal per gm)
Rm3800 – Rm3570 = Rm230 (harga upah barang)
Kedai B upah untuk seutas gelang 15gm adalah Rm230.
Kedai A Rm4050 (harga semasa Rm225/gm)
Kedai B Rm3800 (harga semasa Rm238/gm)
Harga upah boleh dirunding
Apa yang penting di sini adalah HARGA UPAH BARANG KEMAS.
Utk 15gm gelang tu harga upah sahaja bermula dari Rm100 hingga ke Rm900 lebih dan sebagai pelanggan, anda BOLEH menurunkan harga upah mengikut persetujuan kedai.
Jadi.. Nak beli emas lepas ni jangan terlalu pandang pada harga per gram. Ambil tahu pasal harga upah. (Upah berbeza ikut jenis dan design emas ye)
Tak semestinya kedai A harga gram lagi murah dari kedai B bermakna barang kedai A murah! Masuk dulu buat kira kira.”
Sebab tu sambil-sambil cuci mata, kena tahu juga bagaimana barang kemas boleh jadi nilai lebih baik untuk kita bagi jangka masa panjang.
BELI BARANG KEMAS & BAYAR SECARA ANSURAN!
Jom Pesona Pengantin bagi anda ‘çuci mata’ lagi dengan pelbagai jenis barangan kemas yang sangat cantik dan moden rekaannya. A&C Jewellery bukan sahaja menawarkan rekaan barang kemas terkini dan moden malah anda juga boleh membeli mengikut bajet sendiri. Nak bayar secara ansuran pun boleh!
Untuk beli cincin secara online, ada tip mudah yang anda boleh cuba.
- Kena tahu ukuran saiz jari. Boleh sahaja singgah mana-mana kedai emas dan ukur jari di sana.
- Pastikan ukiran cincin tidak terlalu tajam. Kena fikir sama ada corak cincin tu boleh tersangkut pada kain atau tak.
- Pastikan anda chat dengan penjual. Anda boleh tanya soalan berkaitan untuk tahu lebih lanjut lagi tentang cincin yang ada mahu. Bukan kena bayar pun!
Dah tahu nak pilih yang mana?
Kredit foto: Instagram Elisya Sandha dan Danial Zaini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI