
Jangan membenci keputusan Allah, jangan mengeluh kerana takdir tidak sebaik harapanmu, tak usah menyesali perpisahan yang kamu alami.
Kerana pasti ada alasan terbaik kenapa jodohmu bukan dia, ada aturan indah mengapa yang kamu inginmu tidak direstui Allah, meskipun kamu sangat menyintai dia.
Jangan Membenci Takdir Kerana Perpisahan Itu Terjadi Kerana Allah Tahu Dia Bukan yang Terbaik Untukmu
Oleh sebab itu, tenangkan hatimu dengan penuh prasangka baik kepada-Nya, jangan kamu membenci takdir yang menimpa kamu hari ini.
Jangan Mempersoalkan Ketetapan Allah, Sebab Allah Tahu yang Mana yang Memang Lebih Baik Untukmu
Berhentilah bersedih dan berhentilah membuang airmatamu
Ketahuilah, dia memang bukan untukmu walau kamu telah memegangnya erat, walau kamu tidak merelakan, maka pasti Allah akan mengambilnya.
Meskipun bukan mudah jalan yang akan kamu lalui, percayalah akhirnya kamu akan menemui pasangan yang Allah kirimkan didalam setiap doa-doamu.
“Pencipta, jika si dia takdirku permudahkanlah penyatuan kami, jika si dia bukan takdirku kau jarakkan kami supaya si dia tidak menganggu hatiku ini.”
Kau mula meminta kerana hatimu rasa terganggu. Hati gundah gelana apabila dijentik dengan perasaan minat dan suka pada insan yang berkemungkinan melengkapi fitrahmu.
Kau tahu kau bukan insan yang mudah untuk memberikan hatimu hanya untuk cubaan. Kau adalah insan yang sentiasa mencuba untuk mendahulukan tuntutan Penciptamu sebelum menurut kehendak hatimu.
Namun detik ini kau rasa hatimu adakalanya kalah dengan godaan kehendak fitrah dirimu. Doamu beratapkan matahari dan juga bintang seiring dengan khusyuk hingga sanubari.
Buatlah Kerja Rumah Bersama, Kalau Rajin Buat Jadual Supaya Masing-masing Ada Tugas

Apakah Hukum Isteri Menyuruh Suami Untuk Buat Kerja Rumah? Ini Jawapan. Kehidupan rumahtangga bukan hanya aku aku dan kau kau tapi kita iaitu bersama-sama dalam melakukan setiap perkara. Namun sering si isteri rasa bersalah, apakah hukumnya si isteri menyuruh suami untuk buat kerja rumah?
Soalan :
Berdosakah saya menyuruh suami membuat kerja-kerja rumah kerana saya dalam keadaan tidak sihat?
Jawapan :
Kehidupan rumah tangga adalah satu perkongsian hidup antara suami isteri. Oleh itu tidak salah dan tidak berdosa sekiranya isteri meminta bantuan suami untuk membuat kerja-kerja rumah dengan jujur tanpa niat hendak memperhambakan suami. Sementara suami pula sekiranya isteri dalam keadaan tidak sihat wajiblah dia membantu isterinya itu. Sekiranya dia membiarkan isterinya melakukan kerja-kerja berat sehingga memudaratkan isteri, maka dia dianggap telah menganiya isteri.
Contohilah Rasulullah kerana baginda merupakan manusia yang paling baik melayani isteri.Dalam masa yang sama, isteri hendaklah meminta bantuan suami dengan menggunakan kata-kata yang lembut supaya suami tidak merasakan ia suatu arahan.
Tidak rasa dibebani, mereka melaksanakan setiap perkara itu dengan ikhlas dan tidak mengharapkan balasan daripada suami. Cukup dengan penghargaan, kasih sayang dan kesediaan suami untuk membantu apabila diperlukanDalam senario ini, suami sebagai ketua keluarga seharusnya memainkan peranan utama dalam mengatur segala urusan rumah tangga dan jangan sesekali mengambil kesempatan atas kebaikan isteri.
.
Mengikut hukum Islam, suami bertanggungjawab dalam menguruskan perkara di bawah:
• Menjaga anak
• Menyediakan makan minum dan tempat tinggal untuk isteri dan anak
• Mengurus segala urusan rumah tangga
• Mendidik anak dan memastikan mereka mendapat pendidikan sempurna
• Menyelenggara hal ehwal rumah tangga seperti memasak, mengemas rumah dan menjahit.
Perkara yang boleh dilakukan bagi mengeratkan kasih sayang sesebuah keluarga:
• Suami, isteri dan anak bergotong-royong melakukan kerja di rumah seperti mengemas rumah dan memasak
• Berkomunikasi dan meluahkan apa juga masalah dihadapi
• Tidak memendam rasa marah atau penat yang ditanggung
• Lakukan tugasan sebagai seorang suami dan isteri dengan ikhlas
• Didik anak untuk menjalankan tugas mereka sejak kecil
Gambar hiasan: Tangkap Pictures
Jika Hubungan Dihalang, Buat 6 Cara Ini Untuk Tawan Hati Orang Tua

Apa akan jadi jika hubungan yang sudah dijalin bertahun-tahun dengan si dia akhirnya terhalang kerana restu orang tua yang belum diterima? Perlu diingatkan jika anda mahukan hubungan yang berterusan, restu daripada kedua ibu bapa menjadi keutamaan. Tiada keberkatan sesebuah hubungan jika pasangan bersikap mementingkan diri sendiri kerana kelak akan merugikan.
Be rational dan lakukan yang terbaik untuk memenangi hati orang tua anda. Kamu juga merasakan sakit yang sama ketika masa mengenalkan dia kepada orang tuamu. Secara halus dan kata-kata yang berhemah, orang tuamu menolak untuk merestui hubungan ini.
Sakitnya tak tertahan kan! Anda jangan panik dan jadi bingung. Apa kata cuba usahakan langkah ini. Apa jua usaha anda, lakukan dengan penuh kesabaran dan jangan mudah mengalah. Good luck!
1. SEBAIKNYA LIHAT DIRI ANDA DAHULU, MANA TAHU ADA SIKAP ATAU PENAMPILAN YANG PERLU DIUBAH
Ada baiknya semua keputusan dari orang tua difikirkan dengan bijak. Jangan semata-mata kerana tidak direstui, anda menjadi emosi. Mungkin ada kebenarannya, ada beberapa hal yang harus diperbaiki. Dari penampilan sampai sikap, ubah sikap anda sesuai dengan apa kehendak orang tua. Dengan ini semoga cepat mendapat restu dari mereka.
2. JANGAN BOSAN UNTUK BERUSAHA MENGENALKAN PASANGAN ANDA KEPADA ORANG TUA. TAK KENAL MAKA TAK CINTA!
Tak kenal maka tak cinta, pepatah itu mungkin masih sesuai menggambarkan romantis hubungan orang tua dan calon menantu. Untuk itu, kamu harus berusaha lebih untuk mengenalkan pilihanmu itu kepada orang tua. Jangan sampai kebaikan pasanganmu diabaikan kerana anda lupa memberitahukannya kepada orang tua. Orang tua pun perlu tahu prestasi atau kehebatan calon menantunya.
3. Buktikan anda & pasangan sudah biasa berdikari tanpa bantuan orang tua, biar ada pertimbangan lain untuk memberi restu
Orang tua mendidik anaknya agar mampu berdikari hidup nanti. Bayangkan kalau anda dan pasangan sudah biasa hidup berdikari sejak menjalinkan hubungan. Mungkin masing-masing ada membuat bisnes sampingan. Kebarangkalian anda dan pasangan akan cepat direstui, bahkan mungkin disuruh menikah. kecuali ada faktor yang lain, yang membuat orang tua tetap sukar memberikan restunya. Terus bersemangat ye!.
4. Kalau orang tua sangsi dengan kewangan pasangan, ada baiknya anda beri semangat kepada pasangan untuk tekun menggapai karier
Kalau dia sudah stabil dan punya kewangan yang meyakinkan untuk hidup berdua, tentu saja restu pasti datang dengan segera. Orang tua menilai pasti bukan hanya perkara saling sayangnya kalian, tapi apakah anda dan dia sudah siap untuk menghadapi realiti kehidupan berumahtangga. Orang tua pasti takut hubungan yang tidak produktif malah mengabaikan karier dan merosakkan masa depan anaknya.
5. Tanyakan secara langsung kepada orang tua, alasan apa yang membuatkan mereka sukar merestui
Jangan berdiam diri merenungi nasib yang tidak pasti. Anda dan pasangan perlu telus dengan bertanyakan secara berdepan dengan orang tua tentang alasan mereka menolak untuk merestui kalian. Hal ini sangat penting, siapa tahu dengan ini kalian menemui solusi yang tepat. Siapa tahu juga alasan yang diungkapkan orang tua tidak berasas, kalau begini anda hanya perlu memastikan kepada mereka bahawa pilihanmu tepat, walau cuma berhubungan.
6. Mungkin belum waktunya anda mendapat restu, ada baiknya fokus dalam memperkasakan diri dan raih kejayaan sementara usia muda
Anda berdua mungkin belum direstui kerana orang tua kalian tidak mahu anda berdua terjebak dalam situasi percintaan dramatik selagi masih muda. Kalau alasannya benar begitu, anda dan dia lebih baik lakukan hal positif untuk meraih cita-cita. Masa muda hanya datang sekali seumur hidup, manfaatkan dengan baik, menabung untuk hari depan bersama pasangan. Restu orang tua pasti menyambut kalian nantinya.
Andai cara di atas tidak mampu menawan hati orang tua untuk merestui kalian, fikirkan baik-baik, anda punya hak untuk memilih pasangan, biar Allah merestui hingga kalian akhirnya berjodoh. Berikan pengertian kepada orang tua bahawa kamu punya pilihan yang membuat anda bahagia, ini bukan bermaksud melawan orang tua tetapi memang perihal jodoh harus anda perjuangkan dengan sebaiknya.
Kematangan Si Jejaka Buat Wanita Ini Tertarik Lalu Jatuh Hati

Jika sudah jodoh tidak ke mana. Begitu juga dengan pasangan Syed Muhamad Hafiz Bin Syed Munshi Afdzaruddin dan Wan Mahira Binti Prof Dato Dr Wan Mahadzir. Perkenalan yang terjalin sejak pertengahan tahun 2015 menyatukan keduanya dengan satu ikatan yang sah sebagai pasangan suami isteri. Dua tahun perkenalan sudah cukup membuktikan kesetiaan dan keluhuran cinta keduanya. “ Hafiz seorang yang matang disusuli dengan leadership skills yang sangat tinggi. Tambah pula dia soft spoken and caring , itu yang membuat saya tertarik dengannya,”akui Mahira.
Manis mengikut adat Melayu, keduanya mengikat tali pertunangan pada 16 September 2017. Bagi melengkapi majlis pernikahan yang berlangsung pada tarikh 3.3.2018 sebanyak lima dulang hantaran dari pihak lelaki berbalas tujuh dulang berhias indah dari pihak perempuan.
Tema majlis
Rona keemasan menjadi teras utama kerana Mahira menggemari rona tersebut diganding dengan rona neutral. “ Saya suka set up yang kelihatan glamor namun tidak keterlaluan,” ujarnya.
Perancang perkahwinan Kayangan Gallery telah berjaya menarik minatnya sebaik melihat sentuhan pelamin pada majlis perkahwinan Shalma Aina. Ternyata mereka mempunyai cita rasa yang tersendiri dalam merealisasikan pelamin itu. “ Kak Noor sering bertanya pada saya tentang foto yang saya suka untuk membolehkannya melakar keseluruhan set up sebagaimana yang saya suka. Saya sungguh teruja dengan idea yang dihasilkan olehnya” terang Mahira.
Busana dan rias wajah
Memilih Nurita Harith sebagai pereka busana untuk baju nikah dan majlis resepsi adalah pilihan yang tepat. Rekaan baju kahwin yang dihasilkan olehnya tidak pernah menghampanya. Rekaannya mempunyai ciri-ciri kelembutan. Apa yang dihasilkan adalah impian Mahira. Ternyata kala menyarung gaun rekaannya membuat diri kelihatan sungguh glamor. Pereka ini membuat dirinya bukan lagi bermimpi semuanya diinterpretasi menjadi realiti.
Untuk majlis nikah, Erin Leola bertanggungjawab merias wajah dan menyukai cara mekapnya yang versatile. “ Erin tidak takut bereksperimen dengan warna pada pengantin yang disoleknya. Jadi saya yakin Erin boleh ‘naikkan seri wajah’ sebaik menyarungkan baju nikah nanti,” jelas Mahira.
Pada majlis resepsi Leen Zakaria jadi pilihan kerana Mahira salah seorang peminatnya. Mahira yakin Leen mampu menjadikan dirinya nampak glamor saat menyarung gaun dengan perincian mewah.
Keduanya memilih untuk berbulan madu di Itali memandangkan keduanya mahu menghabiskan masa berdua di kota penuh romantis seperti di Venice.
AKAD NIKAH
Tarikh: 3.3.18
Lokasi: Setia City Convention Centre
Dekorasi pelamin: Kayangan Gallery
Busana: Nurita Harith
Solekan & rambut: Erin Leola & Darshidayuartistry
Bunga tangan: Kayangan Gallery
Fotografi: dw.co , ayulrahman, qahharphotography
Videografi: dw.co
RESEPSI PEREMPUAN
Tarikh: 4.3.18
Lokasi: Setia City Convention Centre
Dekorasi pelamin: Kayangan Gallery
Busana: Nurita Harith
Solekan & rambut: Leen Zakaria & Ckayliow
Bunga tangan: Kayangan Gallery
Fotografi: dw.co, ayulrahman, qahharphotography
Videografi: dw.co